Uncategorized Welcome home Savvy June 15, 2016

Spread the love

Rindunya kat anak saya yang satu ni, lama tak jumpa, kesian dia, lama dia kene tinggal kat rumah mak mertua di Pahang, dalam 2 tahun jugalah, lama kan ;). Memang sebelum ni enjinnya tersengguk-sengguk dan kekadang gear bertukar sendirinya dari D ke N. Hohoho memang pengalaman ngeri sebab sedang saya merentas kesibukan kota dengan kenderaan kiri kanan, dia boleh pulak mati di tengah-tengah tu. Memang mak nerbes, dan selepas tu seakan merajuk dengan dia.

Anak ke 5 😉

Banyak dah saya belanja nak baiki enjinnya tu. Ramai juga yang recommend mana-mana bengkel yang boleh atasi masalah Savvy ni, baik bengkel proton dan bengkel independent semuanya mengecewakan. Sedih rasanya, savvy yang kuharap dapat save kan duit minyak, nampaknya telah burst bajet saya setiap bulan hohohoho. Bila dah berapa nak perform, daripada terbiar kene hujan dan panas, kami nekad hantar Savvy balik kampung, parking di bawah bumbung, dan kekadang mak mertua rajin juga mengelapnya ;).

Tapi 2/3 minggu lepas, suami buka mulut katanya nak bawa Savvy balik ke pangkuanku ;). Saya risau lepas ke nak bawa kereta tu jalan jejauh tu? Dibuatnya mati tengah hutan Mancis-Karak tu camno? Masak kita nanti. Tapi suami saya ni memang nekad orangnya, kalau dia sebut A janganlah kita memandai sebut Z, tak maunya dia.

Memang puas hati, enjin tip top semula

Kebetulan kakak ipar balik ke pahang dengan anak menantunya. Ha masa itulah suami minta tolong bawakan sekali Savvy tu balik ke KL. Hohoho kesian anak buah tu, berpeluh kuyup sebab aircond Savvy rosak rupanya. Tapi surprisingly, Alhamdulillah Savvy selamat sampai tanpa mati enjin dan perjalanannya dipermudahkan. Alololo windu saya kat kereta ni. My 1st car kekdahnya ;).

Tq kepada kawan opis yang rekemen bengkel kereta di Sungai Cincin, Gombak. Dengan perbelanjaan RM2,500 inilah yang mereka baiki dan servis. Ada waranti 3 bulan, DAN ALHAMDULILLAH ENJINNYA KEMBALI PULIH SEDIAKALA. Masih sedap dipandu dan sangat menggembirakan saya. Syukur ya Allah, ada hikmah dan betulnya cakap suami, jadi jangan sesekali melawan cakap suami tau!! hahahaha.

Syukur sangat sebab dapat memandu Savvy comel ku ini. Senang saya nak menyelit dan parking pun sangat memudahkan. Cuma rasa kecil di jalan, bila dah biasa pandu mpv, bila pandu savvy ni, kereta belakang rasa dekat je dengan kita, rasa boleh jengah dalam kereta ada apa?? ;). Jimat minyak itu semestinya ;), duit selebihnya tu bolehla shopping pulak, eh eh!!! 🙂

P/S- Dah sebulan saya memandu savvy ke opis, so far ok, tp kekadang ada juga rasa macam kene buli ngan kete besar2 hahahah, reda je ;), kepada pemilik savvy yang nak tahu lebih lanjut tentang bengkel tu bolehla call sendiri seperti no tertera di resit atas.


Spread the love

Tags : , , , , , , ,

10 Comments

  • anuar posted on June 15, 2016 at 9:43 am

    Wah.. bestnya meredah kesesakan jalan raya dgn kete kecil seperti Savy.. dulu jiran saya ada.pakai Savy.. tapi enjin dah rosak, dan dia terpaksa jual Savy tersebut..
    anuar recently posted..Confirm! Restoran Simpang Tiga Ipoh Telah pun menyertai Program Mykad Smart Shopper (MSSP)My Profile

    Reply
  • Rohana posted on June 15, 2016 at 10:08 am

    Tu la hari tu tetiba je nampak si comel ni atas jalan. Igt lg no plate kete jun ni. Dah kembali kepangkuan tuan dia ye.

    Betul jun. Kete kecik senang nak bawak. Dah hbs byr ke savvy tu.

    Reply
  • Raihanah Ahmad posted on June 15, 2016 at 10:40 am

    savvy mmg comel, saya pun wpun ada kete besar ni rasa teringin nak pandu kete kecil je.
    Raihanah Ahmad recently posted..Turunkan Berat Badan – Detox Hati AndaMy Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on June 15, 2016 at 3:04 pm

    Bley lah menyelit² dgn savvy ☺☺
    Fiza Rahman recently posted..Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda AlinMy Profile

    Reply
  • Khairul Zamri posted on June 15, 2016 at 6:58 pm

    Banyak juga kos baik pulih tu tapi takpe demi kereta tersayang
    Khairul Zamri recently posted..Kadar Zakat Fitrah Tahun 2016My Profile

    Reply
  • Dja posted on June 16, 2016 at 12:30 pm

    Memang rasa satu macam bila dah biasa pandu yang besar kemudian beralih kepada kereta kecil …. tapi kereta kecik macam savvy ni memang best bila guna ke tengah bandar . Senang je nak menyelit-nyelit hihi

    Reply
  • Hafizul posted on June 16, 2016 at 3:30 pm

    Wahhh..jadi akak rempit dengan myvi la sekarang ni yer.. haha.. biasalah bila dah biasa dengan keadaan besar, bila bertukar ni rasa lain la..haha..ekk mana jimat dengan viva??

    Reply
  • huda posted on June 17, 2016 at 4:27 am

    dah jarang nampak kete ni kat jalan, kadang2 ade gak nampak, kete camne pun keadaannya tetap dihati sebab banyak jasa
    huda recently posted..Menangi Cabutan Bertuah Khat Kufi Bernilai RM420 Sempena Hari RayaMy Profile

    Reply
  • titan posted on June 17, 2016 at 8:13 am

    fuhh..

    lama gak tak bawa savvy.

    rindu plak rasanya.

    last bawa, kereta kawan. hehe
    titan recently posted..The Journey’s no fun IF you know WHERE you’re going.My Profile

    Reply
  • Masta posted on June 20, 2016 at 8:30 am

    Kereta adik saya pun savvy, pun warna hitam jugak, pun mengalami masalah yang hampir sama… Kereta saya yang bukan savvy, tapi proton jugak pun mengalami masalah sengguk-sengguk jugak. Dugaan betul la… kan?
    Masta recently posted..ROI / balik modal dalam masa seminggu??My Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge