Alhamdulillah sudah pun masuk bulan ke 2 sesi persekolahan bagi tahun 2017. Bagi yang punya anak-anak bersekolah memang akan memikirkan di mana nak daftarkan anak sekolah, sekolah mana yang terbaik, kat mana nak hantar anak untuk dijaga pengasuh, berapa pula caj dan yuran yang akan dikenakan.
Boleh dikatakan menjelang tahun 2017 ni, ramai ibu bapa merungut kerana kenaikan harga upah mengasuh bayi, bayaran yuran bulanan, caj bas/sekolah dan bayaran transit yang dikenakan di nurseri dan sekolah agama swasta yang menyediakan servis dan perkhidmatan ini.
Semuanya memang memerlukan wang, apa tidaknya dalam kekangan ekonomi yang memerlukan kedua-dua suami dan isteri bekerja bagi membiayai tanggungan komitmen sana sini, memang nak tak nak memerlukan kita menghantar anak-anak ke nurseri dan transit.
Bagi ketiga-tiga anak saya yang sudah bersekolah rendah ni, mereka dihantar ke sekolah kebangsaan, dan kemudiannya ke sekolah agama KAFA di mana di situlah tempat mereka makan, mandi dan bersiap ke sekolah.
Tetapi bagi anak kecil saya yang berumur 1 tahun 7 bulan ini pula saya hantar ke rumah jiran berdekatan dengan rumah saya. Sudah setahun lebih pun si adik dengan uminya, setakat ni memang jagaannya baik dan menepati citarasa dan semoga ianya berkekalan.
Berikut adalah caj perbelanjaan anak-anak untuk sebulan:-
- Caj mengaji RM25
- Van 1 hala RM45
- Sekolah agama KAFA RM150
- Transit RM130
- Pengasuh bayi RM350
Jika dahulu semasa menghantar Dzar dari bayi berusia 2 bulan, hanya 3 orang budak yang dijaga oleh Umi, tetapi sekarang in total ada 6 orang budak berusia dari 7 bulan sehingga 6 tahun.
Umi sendiri punya anak seramai 5 orang. Setiap hari saya berdoa semoga Umi dapat menjalankan tugasan menjaga anak-anak asuhan ini sebaiknya tanpa ada sebarang masalah.
Saya pun faham keadaan sekarang memerlukan beliau mencari pendapatan tambahan, tapi setakat ni umi jaga anak-anak ni dengan baik, Alhamdulillah. Semoga anak-anak asuhan umi dengar cakap umi ya.
Tu yang kadang-kadang bila seorang budak yang dijaganya demam semua pun demam, dah macam kat taska pun ya. Kalau selsema pula lama nak elok, dan kekadang bontotnya merah kalau lambat ditukar diapernya.
Bulan April, 2017 nanti nak hantar baby pula ke rumah Umi. Hmmm kalau difikirkan bila dah beranak ramai ni, nak jadi surirumah sepenuh masa pula ;). Hmm tapi selagi hutang keliling pinggang ni belum dilunaskan lagi, baikla bekojo la kito sekueknyo ;).
(5322)
Sebagai ibu bapa yang bekerja, kita tak dapat nak luangkan masa jaga anak-anak sendiri di rumah..
Jadi, kita perlukan pembantu atau tempat jagaan yang sesuai untuk mereka..
Semoga Allah sentiasa memelihara mereka..
Anuar recently posted..Result SEO : Belajar Buat Blog
semoga dipermudahkan urusannya dan diperluaskan rezekinya. besar pengorbanan seorang ibu ni..
Bahrain recently posted..Apa Itu Google AMP?
semoga dipermudahkan urusan aju. bila kita kerja memanglah kena cari yang betul2 ok utk tolong jaga ank2
RAIHANAH AHMAD recently posted..Risiko Kekurangan Zat Besi Semasa Mengandung
Setuju dengan upah jaga anak sekarng makin mahal..ni adik SA yang baru bersalin ni cakap dia dah upah pengasuh utk jaga anak dia nanti lepas pantang..caj dikenakan RM450 sebulan….mak oiiiiii
moga dipermudahkan urusan untuk aju sekeluarga…memang sekarang mahal… upah pengasuh pun dah meningkay… Alhamdulillah, anak ema cuma seorang jer yang jaga…harga pun masih murah..nenek sal jaga untuk buat teman hari-hari biasa saja.
as salam ema bule tahu nenek sal tu duduk mana tak saya memang cari orang yang ikhlas nak jaga anak bukan sebab duit semata kalu area kl/selangor bule kontek saya kat 01127066268 thank u
p/s: anak saya seorang je
sy area pekan kapar, boleh w/u 0162802472
umi nuha, saya tak pasti ema tu stay di mana, tapi baik puan cari yang berdekatan dengan rumah untuk puan senang hantar dan ambil
Memang san sini harga naik aju. Terbeban sebab banyak sangat kos sara diri sekarang ni
Mazniazmi recently posted..Checklist aktiviti untuk ibu mengandung bijak. Minggu 12
semakin risau pulak nak beranak banyak..
sebab sekarang dua-dua bekerja..
nasib baik dua anak dah besar….tetapi perbelanjaan sekaolah mereka perrgh…
boleh tahan..
moga anda dan keluarga dilimpahni dengan rezeki dari sumber yang halal dan tak putus dengannya
Fuh.. sebelum ada anak, nak kena ada persediaan mental dan kewangan ni.. Kena lagi sekarang banyak barang naik harga..
dedauncomel.com recently posted..Dapat RM 5 Dengan Setiap Link Yang Anda Promote
Memang mahal skrg ni.. tapi nak buat mcm mana.. kenalah hadap jugak
Zaman sekarang ni tak boleh nak kata apa.
.
Beban sara hidup tinggi
.
Kerja pun susah nak cari
Ibu Zaid recently posted..Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung Trimester 1 hingga 3
Nak tak nak itulah namanya kehidupan kan Aju?
Noriza Abdul Rahman recently posted..Landmark Study Suplemen Shaklee Bukan Kajian Mengarut dan Provokasi
Mama ni nasib baiklah ada atuk nenek yang memang suka ada cucu kat rumah
.
Kalau tidak risau juga nak hantar kat luar sana
.
Bukan senang nak cari orang jujur amanah jaga anak orang ni
Mama Hakim recently posted..Panduan Makanan Terbaik untuk Kencing Manis 2017