Parenting Kebaikan amalan bertungku bukan sekadar semasa berpantang March 8, 2017

Spread the love

Hari ini sudah pun hari ke 27 saya berpantang. Alhamdulillah sudah rasa sihat dan kuat rasa badan ni. Tapi masih belum buat kerja-kerja berat lagi ya. Belum angkat benda berat, tidak mengemop, vakum semua tu. Saya berpantang sendiri je sekarang ni sebab emak saya baru lepas operate sebelah matanya untuk buang katarak.

Alhamdulillah mak sihat aje dan dia pun sedang berpantang di rumah kakak saya ?. Hari ini saya nak share tentang kebaikan amalan bertungku yang sememangnya bagus untuk semua aspek lebih-lebih lagi yang ingin tahu tips untuk memecahkan lelemak di badan tu.

Setakat ini saya belum lagi mengelat tidak bertungku, kalau nak tahu bertungku ni memang elok sangat kesannya. Bertungku bukan setakat molek dibuat dalam pantang tapi elok juga untuk lelaki dan perempuan dan boleh dibuat bila-bila masa dan tengok keadaan juga, janganla masa tengah drive pun sibuk nak bertungku kan, agak-agak ler, biarlah kene pada tempat dan masanya ?.

Bertungku dengan daun mengkudu

Ok kaedah saya ni ambil batu sungai, panaskan atas api dapur dalam 10-15 minit, api sederhana je, kemudian alaskan daun mengkudu dan balut dengan tuala kecil. Ha siapa yang tak kenal daun mengkudu tu, macam tulah rupa dia ;).

Syukurla depan rumah ni ada pokok mengkudu wakaf, depa duk tanam tepi padang mainan ni tapi tengok takde pun orang datang ambil buah dia. Saya pun tawakal je amik kat situ ?.  Moga yang tanam tu halalkan dan dapatla dia pahala juga.

Alaskan batu dengan daun mengkudu
Bertungku guna batu sungai

Tukang urut kata, batu tungku ni boleh di tungku di bahagian badan, perut dan bahagian kaki, senang cakap satu badan ni elok bertungku. Seeloknya baring dan tungku satu-satu tempat untuk beberapa minit, syok sebab rasa panas je badan, elok sangat untuk ibu-ibu berpantang kan.

Jangan dibiarkan badan sejuk, tak elok nanti boleh masuk angin, jadi bentan atau boleh demam dibuatnya. Ok sebenarnya bertungku ni elok untuk :-

  • Ibu-ibu yang berpantang
  • Mereka yang rasa berat sangat badan macam galas batu
  • Mereka yang sakit kaki urat keras/sejuk kaki
  • Mereka yang sokmo krem bahagian rahim
  • Mereka yang sakit belikat bila tarik nafas sakit sampai rusuk
  • Mereka yang sakit bahagian ari2 (rahim jatuh)
  • Mereka yang sakit belakang duduk lebih 3 jam kat opis
  • Mereka yang duk menderita berguling-guling ‘period pain’

[BACA] Pengalaman pergi fisio di DEMC

Panaskan selama 10-15minit

Sedangkan masa saya pergi sesi fisio dulu pun diorang letak hotpack di belakang saya untuk legakan sakit belakang. Maksudnya memang dalam perubatan pun diorang buat benda yang sama dengan cara tradisional.

Dan faedah bertungku ni pulak selain untuk mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim, ianya juga boleh memecahkan lelemak. Hohohoho boleh kuruslah dengan bertungku ?. Ehem ehem korang yang nak kurus tu apa lagi? Lepas ni pakat-pakatla pergi sungai cari kayu, eh cari batu hahahaha ?.


Spread the love

Tags : , , , , , , , ,

9 Comments

  • Suria Amanda posted on March 8, 2017 at 2:31 pm

    Terus rasa nak berurut..dan rasa nak bertungku jugak…mesti best kan…
    Suria Amanda recently posted..Menu Masakan Hujung Minggu Suria Amanda Memang Tak Boleh DipisahkanMy Profile

    Reply
  • Lisak posted on March 8, 2017 at 8:38 pm

    Rasa nak bertungku la, tpi mana nk dpt batu sungai hahaha
    Lisak recently posted..Kenapa aku pilih Tyzara ?My Profile

    Reply
    • Nani posted on November 26, 2017 at 4:37 pm

      Takyah batu sungai dah sis ☺ dah ada tungku herba elektrik skrg ni. Hanya charge dan terus pakai toksah bakar-bakar atas api dah. Hihi. Saya pakai dan saya jual 😁 nani -0173644314

      Reply
  • RAIHANAH AHMAD posted on March 9, 2017 at 9:29 am

    memang baguskan, tapi malas je la
    RAIHANAH AHMAD recently posted..Vivix Bantu Proses Apoptosis, Cegah NecrosisMy Profile

    Reply
  • Mazni Azmi posted on March 10, 2017 at 9:25 am

    Sekarang ni pun dah ada tungku moden
    .
    Bantal electric boleh panas
    .
    senang nak pakai
    Mazni Azmi recently posted..Vivix Shaklee Harga & Review Terbaik 2017My Profile

    Reply
  • Hero Borneo posted on March 13, 2017 at 7:51 pm

    Ok juga kalau dapat bertungu ini… Pelbagai masalah kesihatan ringan boleh diatssi
    Hero Borneo recently posted..Kopi Tenom Antara Kopi Yang Sedap Untuk DiminumMy Profile

    Reply
  • Noriza Abdul Rahman posted on March 15, 2017 at 8:48 am

    Dah lama tak merasa bertungku ni. Rinduuu pulak rasanya
    Noriza Abdul Rahman recently posted..Tanda-tanda Amaran Kanser Ovari yang Wanita Tidak Tahu!My Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge