Parenting Berat badan turun 12kg selepas bersalin April 20, 2017

Spread the love

Hallooo amboi amboi amboi nak kata ko kuruslah sekarang ni? 😂…Belum boleh mengaku kurus lagi weii!! Sebelum bersalin berat saya 60kg, masa mengandung berat 77kg. Lepas turun 12kg pun saya masih ada lemak bedooh degil sebanyak 5kg. Cuba teka berapa berat saya sekarang? Ha buat kira-kira kita hari ni hahaha. Memang susah betul nak turun walau sekilo. 

Menu diet untuk ibu menyusu,

Ok pemakanan saya hari-hari, sarapan secawan oat campur susu pekat sikit. Tengahari makan nasi, lauk ikan atau ayam dan wajib ada sayur atau ulaman, malam pulak nasi juga lapar 😄. Ha jangan tinggal kicap tu, itu lagi wajib penyedap makan, sampai suami cakap anak saya tak putih sebab kicap tulah. Eh eh eh macamlah dia tu putih benor ye.. 😄. Sekarang ni kalau makan kat kedai, minum air bali atau limau suam kurang manis, saya belum minum ais secawan lagi tau!! Minum seteguk dua tu adalah hahaha. Betul tak tipu!! Lepas tu air masak wajib 2 liter sehari, wajib sesaja tapi kurusnya tak juga.

Ha ni kenderaan berat ni haha. Merasa makan meatball Ikea sebelum bersalin. Inilah rupa saya semasa mengandung 9 bulan.

Masa berpantang itu ajelah kerja saya, duk surf pasal nak kurus, nak kecikkan peha, nak kecikkan punggung. Walau orang kata itu aset tapi bila dah besor cenggitu dia jadi liabilitilah pulak. So saya anggap hanya dengan jaga pemakanan boleh kurus sebab saya menyusukan Ammar sepenuhnya. Setiap kali menyusu boleh bakar 300-500 kalori, sebab tu lapar je memanjang. Jadi anggapan saya ni salah ya, jaga pemakanan sahaja tidak boleh nak menurunkan berat badan seperti yang kita nakkan tu.

Kene senaman jugak dan itulah yang saya malas nak buat. Tapi bukan malas pun tau, tak cukup masa sebenarnya. Kalau suami saya baca ni mau kene ceramah 2 jam hahaha. Masa tu ada, cuma kita je kot tak manfaatkannya. Hari tu sempat jugalah ber treadmill kat umah, mengayuh sikit. Dan hari-hari timbang, angka tu tetap tak berubah 😂. Suami cakap kat anak-anak,” Ibu ni hari-hari timbang, sama je kot”. Takpelah as long as tak lebih 65kg dahla, ayat menyedap hati mak ni ha.

Tahan nafsu makan itu azab kan sebenarnya. Contohnya malam tadi, keluar jemput anak balik tuisyen. Anak-anak request nak makan burger, memang jarangla makan burger ni, yang selalunya bergembira je haha. So beli 3 biji burger untuk suami, kak long dan adam. Suami pelawa makan, gigitla burger tu 2 gigit. Dalam hati taknak makan tapi bau dia sedap giler wehh!!! Tak boleh nak menolak. Bila dapat makan tu ya Allah rasa nak lagi!! 😂😂😂.

Dan kak long ni jenis makan selalu kongsi dengan saya, tengok-tengok dia makan separuh je. Lepas tu terus cakap,” Ibu nah, Najwa dah kenyang”. Bagaikan mengantuk disorongkan tilam, mak rembat ngappp terus!! Sedapnya burger ni!! Ngape sedap sangat ni, hancus diet saya 😅. Takpelah janji tak melebih-lebih makan tu dahla, jangan nak terlalu memikir sangat. Tapi pikir jugakk muahahahha.

Ha ni nama dia posing menyerong nak nampak kurus. Dan hasilnya berjaya tipu mata korang. So lainkali posing macam ni tau.

Dan keazaman nak turun berat badan ni kenelah istiqamah. Harap-harap mudahlah nak turun lagi 5kg ni. Jom kita bersama-sama jaga kesihatan. Elakkan makanan berlemak, kurangkan minuman bergula, amalkan gaya hidup sihat jom!!!


Spread the love

Tags : , , , , , ,

17 Comments

  • mamatisya posted on April 20, 2017 at 11:57 am

    bab senaman mmg kemalasan tp dlu mmg fully breastfeeding turun sgt…lg kurus sebelum pregnant…tp mkn mcm2 sbb lpr je kn hehe…
    mamatisya recently posted..Chicken Combo Set @ Teh Tarik Place, Aeon Shah AlamMy Profile

    Reply
  • Anuar posted on April 20, 2017 at 12:38 pm

    Wah bestnya… Tahniah…
    dan terima kasih kerana sudi berkongsi tips diet yang diamalkan..
    Anuar recently posted..Hadiah-hadiah berjumlah RM50 Ribu untuk dimenangi dalam Cabaran Affiliate MEGA 2017My Profile

    Reply
  • Fiza Rahman posted on April 20, 2017 at 2:55 pm

    Wahhh… Nampak perbezaannya. Tapi kalau breastfeed memang cepat kurus.
    Fiza Rahman recently posted..Bila Temperature Kereta Tiba-Tiba Naik !!!My Profile

    Reply
  • Dja posted on April 20, 2017 at 5:53 pm

    Wah, tetiba rasa jeles tahap gaban laa pulak Aju oii …huhuhu.. 🙂

    Reply
  • Ibu Zarith posted on April 21, 2017 at 2:08 am

    Amboi cantik selim melim lepas bersalin ye. tahniah hehe
    Ibu Zarith recently posted..Setelah 10 Tahun Menanti Akhirnya Isteri Hamil Anak KeduaMy Profile

    Reply
  • Ibu Zaid posted on April 21, 2017 at 8:55 am

    Amboi, beza benar kenderaan berat dengan kenderaan sukan tu ya
    .
    Macam mana aju turun berat banyak cam tu
    .
    Ibu teruja nak tahu
    Ibu Zaid recently posted..Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung Trimester 1 hingga 3My Profile

    Reply
  • mrhanafi posted on April 21, 2017 at 10:47 am

    berat yang ideal pasti idaman semua orang…

    nampak la perbezaan yang ketara..

    pasti ramai yang jeles..

    termasuk wife saya yang nak slim..

    tapi saya tak kisah pun tentang saiz..
    mrhanafi recently posted..Orang Kaya Nak Bagi Hadiah RM50 RibuMy Profile

    Reply
  • Noriza Abdul Rahman posted on April 21, 2017 at 3:01 pm

    Kurangkan minuman bergula tu betul sebab selain menggemokkan badan dia juga menyebabkan penyakit kronik
    Noriza Abdul Rahman recently posted..Amaran!!! Anda Perlu Tahu 10 Tanda Kemungkinan Ada Penyakit Buah Pinggang!My Profile

    Reply
  • Ibu Mifzal posted on April 21, 2017 at 3:45 pm

    wah..bestnya aju…dapat turun byk kilo tu..sy ni x tau la bila dpt buang lemak2 ni..
    Ibu Mifzal recently posted..Aplikasi MediQuest Untuk Semak Produk Berdaftar Dengan KKMMy Profile

    Reply
  • dedauncomel.com posted on April 21, 2017 at 7:43 pm

    wahh tahniah.. 12kg tu.. bukan senang..

    nak tahan nafsu makan tu memang susah kan
    dedauncomel.com recently posted..Peluang Kedua Untuk H12-Media ?My Profile

    Reply
  • Hero Borneo posted on April 24, 2017 at 10:18 am

    bukan setakat perempuan..lelaki pun sekarang ini nak jaga badan dan jaga kesihatan
    Hero Borneo recently posted..Demi Ukhuwah Blogwalking Tetap DiteruskanMy Profile

    Reply
  • Fatin posted on April 24, 2017 at 11:30 am

    You are such a motivation to people who always give excuses about their weight. Good luck for the remaining 5kg!

    Reply
  • RAIHANAH AHMAD posted on April 24, 2017 at 1:29 pm

    wah dah kuruslah aju. tahniah
    RAIHANAH AHMAD recently posted..Pengguna Shaklee Paling Rendah Risiko Diabetes / Kencing ManisMy Profile

    Reply
  • Mazni Azmi posted on April 26, 2017 at 10:28 am

    Wah banyak turun Aju
    .
    Sampai 12 kg semasa pantang
    .
    Aju breastfeed sekali ke?
    Mazni Azmi recently posted..Kaki Kebas Kencing Manis. Rawat Segera Sebelum TerlambatMy Profile

    Reply
  • ema posted on April 28, 2017 at 4:27 pm

    semasa pantang memang mudah turun..tp bila dah selepas dua tiga bulan..naik balik tu ada.

    Reply
  • Nisa posted on May 18, 2017 at 9:37 pm

    I had an emergency c-section, dan paling saya takutkan before bersalin adalah pembedahan. Not because of the operation process, but the treatment and for the weight loss process after labor. You know, banyak pantang larang for those yang kena c-section – no bengkung, tangas whatsoever. Kengkawan semua kata, waktu berpantang lah mudah untuk bentukkan semula perut tu, which make me more sadder sebab perut masih bloated.

    🙁

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge