Parenting Cara saya maintain penyusuan bayi di bulan puasa May 27, 2017

Spread the love

Alhamdulillah anak bongsu saya, Ammar masih lagi menyusu badan sepenuhnya. Hmm itulah matlamat utama saya setiap kali mengandung dan semestinya korang pun sama kan. Kita ni kalau boleh nakkan yang terbaik untuk anak-anak.

Dan selain bertindak sebagai antibodi badan mereka, ianya juga menjimatkan duit hahaha. Mana taknya susu bayi kan memahal kan, jadinya sebagai cara nak berjimat, haruslah mencari cara yang terbaik juga.

Ammar dan Dzar penghibur hati kami. Keletah diorg ni memang menjadi igauan sepanjang masa ;).

Saya tau sangat, kalau tiba bulan Ramadan semua ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi pasti nak tahu macamana nak maintain pengeluaran susu kan. Dan soalan yang kerap bermain di fikiran adalah, apa nak buat kalau susu drop di bulan puasa? Hmmm aiyoo manyak stress ka?

Jangan stress, kalau tengok di facebook dan google banyak sangat petua dan tips untuk banyakkan dan tingkatkan pengeluaran susu badan ni. Hanya terpulang kepada ibu-ibu untuk mempraktikkannya atau tidak.

Klik [Mengumpul stok EBM seawal 3 hari selepas bersalin]

#1. Kerap kosongkan payudara

Antara tips dalam pembacaan saya adalah kerap susukan bayi atau kerap pam susu. Kalau ikutkan sesi mengepam di ofis adalah 3 kali sehari. Jam 8:00 pagi, 12:00 tengahari dan 4:30 petang.

Kalau tak sempat pam petang tu, saya akan pam dalam kereta sambil drive. Alhamdulillah kereta auto, kalau manual tak tahulah jadi apa kat pam tu, mau tumpah bertabur susu agaknya ;).

Saya juga mengepam sambil susukan bayi, dapatla 2/ 3oz sekali pam. Memang tak banyak kuantitinya tapi kalau simpan sikit-sikit lelama banyakla kan. Dan paling best pam jam 4-5pagi.

Waktu ni pam sebelah je pun dah dapat 4oz walau Ammar 1-2 kali bangun menyusu. Itu semua rezeki, dan kita perlu usaha. Dan kalau dah berusaha tapi masih belum capai matlamatnya, kita tawakal pada Allah dan berdoa moga Allah permudahkan.

#2. Air masak umpama kawan karib

Bila dah kerap pam, pastinya kerapkan minum air. Ada yang tanya macamana nak minum semasa puasa? Nah ikut jadual kat gambar bawah ni, insha allah Allah permudahkan.

Kalau boleh letak air di dalam botol 1-2 liter dan letak tepi korang masa nonton tv, atau berterawikh. Andai kata kering tekak boleh gogok je terus, mudah sebab takdelah terlupa nak minum air kan. Haha itu tips saya, dan amat praktikal buat saya ;).

Tips minum air masak di bulan puasa.

#3. Amalkan pemakanan yang betul.

Selain tu pemakanan. Ha bab pemakanan ni memang kene jaga sebab penghasilan susu juga berkait dengan apa yang kita makan kan.

Apa yang saya buat sekarang ni, sebelum tido dan sewaktu sahur saya akan minum susu dan 3 biji kurma di susuli air masak 2/3 gelas. Lepas tu elokla elakkan minuman bergas, kafein dan berais.

Nak minum boleh tapi kurangkanlah. Sebab orang selalu kata benda sedap ni kebanyakannya memudaratkan, jadi fikir-fikirkanlah.

Stok susu beku Ammar
Moga mencukupi hendaknya

#4. Simpan stok susu

Alhamdulillah saya mula menyimpan susu sejak dalam pantang lagi. Walaupun setiap kali pam saya hanya dapat 5oz sahaja dari kedua-dua payudara namun ianya tidak sekali-kali melemahkan semangat untuk menyusukan bayi.

Sekarang ni Ammar akan minum 3oz setiap kali menyusu di rumah pengasuh, jadi dengan 4 kali pam sehari saya dapat 18-20oz dan mencukupi untuk keperluan Ammar ketika saya bekerja.

Dan setiap kali weekend saya akan pam dan itulah juga stok susu beku untuk Ammar. Bagi yang cukup-cukup makan ni kenelah kuat berusaha untuk pastikan kita ada back up andai kata tetiba susu drop especially di bulan puasa. 

Hmmm boleh faham ya semua?? Kita raikan kedatangan Ramadan dan lalui pengalaman menyusu di bulan puasa dengan menyeronokkan ok!!

Dan di kesempatan ini saya ingin memohon kemaafan andai kata terkasar bahasa, terguris hati dalam penulisan di blog saya ini. Kosong-kosong ya, semoga ibadah kita tahun ini lebih baik dari sebelumnya dan Selamat Berpuasa semua :)!!!!


Spread the love

Tags : , , , , , ,

8 Comments

  • Noriza Abdul Rahman posted on May 27, 2017 at 3:19 pm

    Kita ibu ni mesti kena konsisten jaga makan dan minum kan, sebab kalau tak memang ganggu penyusuan. Tambahan bulan posa pulak
    Noriza Abdul Rahman recently posted..Diusia Muda Pun Dah Osteopenia!Bagaimana Nak Kurangkan Risiko Tulang Rapuh?My Profile

    Reply
  • mrhanafi posted on May 28, 2017 at 5:42 pm

    Ketiga tiga anak saya memang menyusu dengan ibu mereka..

    Nak komen pun sopan
    mrhanafi recently posted..Cara Cepat Selesaikan Hutang RumahMy Profile

    Reply
  • Ibu Mifzal posted on May 29, 2017 at 3:28 pm

    bagusnya..semoga ini juga dapat menjadi motivasi kepada ibu-ibu yang menyusu kan anak.
    Ibu Mifzal recently posted..Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Tahun 1438H / 2017My Profile

    Reply
  • Anuar posted on May 30, 2017 at 4:08 pm

    Tips yang bagus untuk para ibu… Boleh dijadikan rujukan oleh para ibu yang menyusu anak sepanjang bulan Ramadhan…
    Anuar recently posted..Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataanMy Profile

    Reply
  • titan posted on May 31, 2017 at 4:33 am

    okeh.

    leh suh bini baca nih.

    preparation.

    hoho..
    titan recently posted..We were born to make HISTORY.My Profile

    Reply
  • Mazni Azmi Ramadhan posted on June 6, 2017 at 8:27 am

    Untung nya sis ajumohit dapat rezeki susu ibu untuk anak

    Banyak duit pun belum tentu dapat susu kan anak

    Memang banyak cabaran
    Mazni Azmi Ramadhan recently posted..Punca Sakit Buah Pinggang. Awas kencing pekat & berbuih!My Profile

    Reply
  • Ibu Zaid posted on June 23, 2017 at 12:03 pm

    Memang tak senang nak buat sampai 2 tahun kan

    Senang senang je pengasuh bagi susu tepung
    Ibu Zaid recently posted..15 Pantang Larang Ibu Mengandung. Elak Sungguh Sungguh!My Profile

    Reply
  • Ira posted on June 28, 2017 at 10:39 am

    Susu ibu sentiasa menjadi asas y penting untuk setiap perkembangan bayi.
    Ira recently posted..Selamat Hari Bapa, AbahMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge