Umum Jalan-jalan survey sofa baru May 9, 2017

Spread the love

Ingat lagi masa baru abis pantang aritu, suami tanya jom kita pergi survey sofa baru nak? Melompat saya keseronokan yahooo!!! bolehla pergi jenjalan walaupun kedai perabot tu 3km je dari rumah .

Yela bosan kot duduk rumah aje, sesekali dapat keluar memang thorbaik!!! Hari ke 45 selepas pantang tu terus cuci mata cari sofa, nak tau juga macamanalah rupa design sofa terkini ni. Eleh cakap macamlah duduk dalam hutan, tanpa facebook dan instagram .

Sofa yang ada sekarang ni dah koyak-koyak, sudah 4 tahun pun umurnya tu. Helok sangatla nak tukar sofa baru, yang lama tu kononnya salesman tu kata leather. Padahal tiruan kot sebab kalau original takdelah macam tu keadaannya.

Anak tengah membesar, dia punya lasak buat lompat-lompat aje atas sofa. Urut dada je ibu tengok kelasakan diorang berjemaah . Sofa lama ni spring nya dah terasa kat bontot kalau duduk dan baring kat situ, kematu je badan ni. 2 tahun lepas kami tukar spring kenelah caj RM200, lani dah koyak nak tukar badan dia pun sama harga macam beli sofa baru. Jadi baikla beli yang baru .

FELLA DESIGN

Ini pun cantik tapi masalah dia warna tu cepat kotor, almaklumlah anak tengah membesar
Saya suka macam ni sebab kaki dia tinggi senang nak mop dan vakum bawah lantai tu. Tapi fikir bila kusyen tu semua kene lanyak, hmm memang jenuhla nak jaga kan
Yang ni cantik tapi warna tu cepat kotor, kalau nak tukar warna dia kene tambah lagi RM400, phewww reject

Kalau diikutkan saya nak cari sofa yang materialnya dari fabrik. Ni semua pengaruh iklan kedai perabot kat Facebook. Hmm sekarang ni serba serbi online je, yang duduk rumah tu ingat jimat duit ke? Lagi teruk shopping dari yang bekerja .

Contohnya perabot kat atas ni, saya suka tengok design sofa dan kaki kayu yang nampak moden kontemporari sangat. Tapi suami pulak berbeza pendapat, katanya baik beli yang leather sebab anak-anak tengah lasak ni mesti diorang suka tumpahkan makanan. Kalau leather senang nak lap dan dibersihkan. Tetiba rasa sedih, impian berkecai berderai-derai.

KEDAI PERABOT U3, SHAH ALAM

Saya suka yang macam ni ala-ala klasik retro tapi suami pula tak suka, apakan daya
ini pun cantik tapi suami kata nanti kaki dia cepat patah sebab anak-anak suka melompat kat sofa, huhu reject jugak

Takpela cakap suami tu ada betulnya, nanti dah comot saya juga yang bising. Jadi nak berkat hidup tak??? nak takk??? Jadi dengarlah cakap suami ya, hehe saya redha.

Ha kami ada jugak survey kat Fella Design, diorang banyak sofa material fabrik, design tu cantik dah tapi nak maintain tulah malas. Lepas tu guna bantal-bantal besar macam tu, bebudak ni dapat bantal tu buat kuda je . So takmolah design macam tu, jadi cari aje yang ala-ala kat bawah ni.

Hmmm korang rasa inikah pilihan kami? hmmm

Salesman tu kata ini pure leather, dan dia siap demo macamana kalau beza yang leather dan bukan leather. Tapi saya rasa ini pun bukan 100 peratus leather kan, sebab kalau purely leather harganya mesti mahal berganda. Takpelah janji selesa dan senang nak jaga sudahla.

So kami pilih design macam yang atas ni dan tukar warna kepada hitam dan merah. Harga dia? Yang ni special sikit sebab saya tak pernah jumpa kombinasi 3+1+1, sebab impian saya nak wing chair tapi tak dapat. Makanya jadilah dapat design yang macam ni.

Alahai lena kat sofa baru

Jadi kami pilih warna hitam merah untuk ikut tema warna rumah. Ok yang ni lebih kurang RM4K harga dia, dan masa yang di ambil adalah 2 minggu untuk diorang siapkan di kilang dan hantar ke rumah. Hmm inilah dia idaman hati, oklah syukurrr dah dapat apa yang dihajatkan ;).


Spread the love

Tags : , , , , , , , , ,

29 Comments

  • anuar posted on May 9, 2017 at 8:05 am

    Ni kira beli sofa raya terus lah ni yer..
    Tahniah…
    anuar recently posted..Ada 2 Cabaran Affiliate Mega Sedang Berlangsung Sekarang ni. Jom Sertai!My Profile

    Reply
  • Mama Hakim posted on May 9, 2017 at 8:53 am

    Custom made ya aju. Boleh tempah ikut warna pilihan kita, dah macam jadi dropship untuk perabot pula kan
    Mama Hakim recently posted..5 Cara Mencegah Penyakit Kencing ManisMy Profile

    Reply
  • Suria Amanda posted on May 9, 2017 at 10:03 am

    Alaaa bestnya jalan2 beli sofa…bila la SA nak pi beli sofa ni..future husband pun x cakap apa lagi…rumah nak siap dah
    Suria Amanda recently posted..Dah Renew Domain Suriaamanda.comMy Profile

    Reply
  • Ibu Mifzal posted on May 9, 2017 at 10:09 am

    wah cantiknya..sofa baru..boleh buat raya terus tu..suka warnanya hitam merah..nmpk menawan..
    Ibu Mifzal recently posted..Mandi Manda Di Taman Eko Rimba Kledang SaiongMy Profile

    Reply
  • Ibu zaid posted on May 9, 2017 at 2:15 pm

    Nampaknya ada orang beli sofa raya aeal tahun ni

    Sempat anak dah buah tidur lagi

    Hihi
    Ibu zaid recently posted..5 Cara Mencegah Penyakit Kencing ManisMy Profile

    Reply
  • Hafizul posted on May 9, 2017 at 2:45 pm

    Wah-wah-wah… lena tu dapat tido sofa baru.. haha.. nampak memang tahan lasak je…

    Reply
  • siti hazreen posted on May 10, 2017 at 10:27 pm

    wah, memang rambang mata dibuatnya kan…yg penting selesa…dan kena dengan dompet hehe
    siti hazreen recently posted..Tips Kejayaan Pasukan CaturMy Profile

    Reply
  • Khairul Zamri posted on May 10, 2017 at 11:34 pm

    Putih mata nak pilih sofa baru tu nampaknya
    Khairul Zamri recently posted..Beli Xiaomi Mi Band 2 OnlineMy Profile

    Reply
  • Mazni Azmi posted on May 11, 2017 at 8:45 am

    Maznee ni ada 2 anak lelaki yang sangat aktif. Tak berani lagi nak pakai sofa. Menangis tak berlagu gamaknya
    Mazni Azmi recently posted..Makanan Anti Kanser Payudara & Vivix ShakleeMy Profile

    Reply
  • ros posted on May 11, 2017 at 9:39 am

    cantiknya sofa.
    Boleh pakai raya terus ni.

    Reply
  • sarah posted on May 12, 2017 at 7:05 am

    Senangnya, bisalah coba sofa raya besok nih#eh, #hahaha salam kenal, salam blogwalking

    Reply
  • Noriza Abdul Rahman posted on May 15, 2017 at 9:14 pm

    Sakan Aju beli sofa, merangkap sofa raya lah yer?
    Noriza Abdul Rahman recently posted..Bagaimana Nak Tahu Buah Pinggang Sudah Tidak Berfungsi?My Profile

    Reply
  • nikkhazami posted on May 16, 2017 at 12:44 pm

    cantik yang warna gray tu
    nikkhazami recently posted..Tempat Shopping dan Hotel Menarik di Kuala LumpurMy Profile

    Reply
  • RAIHANAH AHMAD posted on May 16, 2017 at 1:30 pm

    bestnya shopping sofa baru. betul tu bila ada anak kecik dan lasak memang kena ambil kira perangai anak2. hahah
    RAIHANAH AHMAD recently posted..15 Kepentingan Magnesium Untuk KesihatanMy Profile

    Reply
  • dedauncomel.com posted on May 18, 2017 at 2:58 am

    Best juga jalan-jalan tengok sofa.. Banyak sofa menarik, susah nak pilih.. tapi pilihan sofa awak memang cantik dan sesuai dengan anak-anak yang masih kecil 😉
    dedauncomel.com recently posted..Kelebihan Disqus – Kenapa Saya Suka Guna Disqus?My Profile

    Reply
  • mrhanafi posted on May 29, 2017 at 10:20 am

    wah..best juga kalau ada sofar yang baru masa raya nanti
    mrhanafi recently posted..Mengapa Saya Peluk Agama IslamMy Profile

    Reply
  • Jueliza Jamani posted on August 24, 2017 at 5:26 pm

    woww cantik2.. harga boleh tahan.. telan air liur kejap hahahah

    Reply
  • Mimie posted on August 29, 2017 at 12:37 pm

    Nak cari sofa faktor utama mesti kita fikirkan anak anak. Anak anak tengabh membesar faham faham sajalah kan.
    Mimie recently posted..Merdeka!Merdeka!Blogger ContestMy Profile

    Reply
  • Mama pipie posted on November 3, 2017 at 11:31 am

    Mmg cantiklah.. pandai pilih sofa best
    Mama pipie recently posted..Tips jimat bil elektrikMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge