Umum Happy 13th Anniversary to us June 6, 2017

Spread the love

Alhamdulillah.

13 tahun dah rupanya.

Alhamdulillah.

13 tahun yang indah

Pejam celik pejam celik, bila dicongak rupanya sudahpun 13 tahun usia perkahwinan saya dan suami. Rasa macam baru je kami kahwin hahahah hakk. Itulah kawan suka duka, sakit pening akhirnya membawa ke muntah-muntah hahahaha.

Gaduh-gaduh tapi akhirnya kawan semula. Dialah lelaki yang saya kenal 22 tahun lepas sejak sekolah rendah dan akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Alhamdulillah dia yang terbaik Allah datangkan kepada saya.

Kek coklat moist, ya allah sedapnya, tq bang, tapi bahaya makan selalu mau potong kaki dibuatnya 😉

Orang tanya dah 13 tahun kak? Aah dik, kejap je rasanya dah pun 5 orang anak kami. Bukan senang nak mengharungi bahtera yang penuh pancaroba tapi insha allah ianya mudah jika kita sesama pasangan saling mempercayai dan membantu pasangan dan menjaga hati pasangan kita.

Saya bukanlah orang yang terbaik untuk dijadikan idola dan contoh sebab kekadang tu ada je cabaran yang mendatangi dan syukur suami ni jenis nyabor dengan bininya. Sangat positif dan sangat-sangat penyabar.

Adik Ammar doakan ibu dan abah bahagia ke akhir hayat, dengan ucapan, adik takmo adik tau!! Gagagagaa

Hadiah anniversary?

Kami bukanlah pasangan romantik, tapi insha allah akan saling mengingati tarikh-tarikh istimewa ini. Semalam takde candle light dinner tapi masa tengah sibuk memasak ayam lemak cili api untuk berbuka, suami datang dan kata amboi khusyuknya masak sampai tak sedar Najiha simpan kek dalam peti. Yeke bang?? Alololo suwit laki den ni, jadi penat-penat masak tu semua dah hilang sebab seronok ada kejutan kek tu ;).

Barulah terasa diri ini amat berharga hahha. Macam ni barulah semangat nak jaga anak-anak, buat kerja rumah dan seangkatannya. Apa hadiah tahun ni?

Tak pernah mengharap nak dapat hadiah, as long as we are still together dengan anak-anak yang menceriakan ini pun sudah kira hadiah terbaik buat saya. Si kecil ini kira hadiah gakla ni, budak masham ni sangat mudah dijaga, TQ Allah, kurniakan terbaik buat kami :). Dan rasanya kilang pun bolehla nak diisytihar di tutup.

Doa saya agar perkahwinan kami akan kekal bahagia ke akhir hayat. Moga dipanjangkan lagi usia kami untuk sentiasa mengingati hari-hari dan tarikh bahagia sebegini, ameen.


Spread the love

Tags : , , , , ,

11 Comments

  • mamatisya posted on June 6, 2017 at 1:01 pm

    happy 13th anniversary & berbahagia hingga hujung nyawa
    mamatisya recently posted..Nasi Arab Chicken Mandy utk kali ke2…yummmmMy Profile

    Reply
  • SAPS posted on June 6, 2017 at 3:51 pm

    Salam.. saps tak truja kan… tahniah dan happy anniversary ke 13 ye tuan dan puan..semoga kekal bahagia

    Reply
  • Anuar posted on June 6, 2017 at 4:36 pm

    Tahniah…
    Semoga ikatan perkahwinan kekal hingga ke Jannah… Sweet couple… 😉
    Anuar recently posted..Pakar Copywriting terus Mengganas!!!!My Profile

    Reply
  • RAIHANAH AHMAD posted on June 7, 2017 at 6:46 am

    tahniah, semoga berbahagia selalu
    RAIHANAH AHMAD recently posted..Rawat Luka Melecur Dengan CollagenMy Profile

    Reply
  • Mama Hakim posted on June 7, 2017 at 2:25 pm

    Masyaaallah

    Dari sekolah rendah

    Tak lambat rasanya saya doakan

    Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma

    Wa jama a baina kuma fi khair

    Mama ucapkan semoga bahagia rumahtangga kalian

    Amin
    Mama Hakim recently posted..Bahaya Diabetis Kepada Buah Pinggang Kita! ElakkanMy Profile

    Reply
  • ema posted on June 7, 2017 at 3:41 pm

    Happy Anniversay Aju
    ema recently posted..Nasi Lemak, Sedap Pada Sambal Atau Sedap Pada NasiMy Profile

    Reply
  • Khairul Zamri posted on June 7, 2017 at 11:01 pm

    Semoga kekal bersama dan bahagia hingga ke akhir hayat dan jannah.
    Khairul Zamri recently posted..Kadar Zakat Fitrah Tahun 2017 Bersamaan 1438HMy Profile

    Reply
  • titan posted on June 8, 2017 at 7:39 am

    tu dia.

    13 tahun.

    kita baru je lagi.
    titan recently posted..My Ramadhan HomeMy Profile

    Reply
  • Mazni Azmi posted on June 8, 2017 at 2:24 pm

    Kalau ada anak dah 13 tahun umurnya

    Masa cepat berlalu kan aju
    Mazni Azmi recently posted..Set Mengandung Shaklee Untuk Kencing Manis. Kawal Gula Sekarang!My Profile

    Reply
  • Afizah Abd Rahman posted on June 23, 2017 at 2:31 pm

    Alhamdulillah…Happy 13th wedding anniversary aju & husband
    Afizah Abd Rahman recently posted..Checklist Ubat For Baby And Kids Sebelum Balik KampungMy Profile

    Reply
  • mrhanafi posted on July 2, 2017 at 8:05 am

    tahniah..dah lama juga tu..

    13 tahun bukan satu tempoh yang pendek..

    dah cecah satu dekad
    mrhanafi recently posted..Cara Buat Duit Online Yang Tak Berani Orang BuatMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge