Umum Semak baki akaun Tabung Haji secara online June 1, 2017

Spread the love

Menabung di Akaun Tabung Haji

Bab menyimpan ni kalau tak istiqamah memang ke laut jawabnya. Selain potongan gaji, saya juga membuat pindahan online dari bank CIMB ke Tabung Haji, jika masih ada lebihan dari duit gaji bulanan.

Apabila pindahan sudah dibuat, saya biasanya akan menelefon pihak TH untuk mengetahui baki terkini kerana tiada cara lain yang boleh dibuat selain pergi sendiri ke cawangan Tabung Haji terdekat.

Tetapi sekarang ni lebih mudah lagi kerana anda boleh semak baki akaun Tabung Haji secara online atau di dalam talian.

Semak baki akaun Tabung Haji secara online

Amat mudah kerana ianya boleh disemak melalui Maybank2U.com. TAPI sebelum itu, anda perlu daftarkan dahulu akaun TH di ATM Maybank dan maklumat yang diperlukan adalah no akaun TH dan no siri buku akaun TH.

Jadi pergi kemana-mana ATM Maybank terdekat untuk lakukan pendaftaran ini. Jom saya ajarkan satu per satu langkah untuk mendaftarkan no akaun Tabung Haji anda di Mesin ATM Maybank.

Semak baki akaun Tabung Haji secara online
Semak baki akaun Tabung Haji secara online
Semak baki akaun Tabung Haji secara online
Nombor akaun dan nombor siri Tabung Haji
  1. Masukkan Kad ATM Maybank
  2. Pilih “Tabung Haji”
  3. Pilih “Daftar Akaun Tabung Haji ke ATM”
  4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji
  5. Pilih “Ya” dan ke skrin seterusnya
  6. Masukkan nombor siri buku Tabung Haji
  7. Pilih “Ya” untuk kepastian
  8. Sistem akan memproses permintaan anda dan slip akan dikeluarkan.
  9. Tarraaa!!! Akaun TH sedia untuk disemak serta merta 😉

Baca—> Pindahan Wang Online ke Tabung Haji melalui CIMBCLICKS

 

Semak baki akaun Tabung Haji secara online
Klik Accounts and Banking – All Accounts dan nampaklah Tabung Haji
Semak baki akaun Tabung Haji secara online
Ha inilah transaksi yang ada di sini, nak semak baki, transfer duit TH ke akaun lain, pendek kata semua bulehla 😉

Seterusnya anda boleh terus menyemak akaun Tabung Haji di Maybank2u. Bukan setakat semak, bahkan anda juga boleh buat pindahan dan pengeluaran dari akaun tersebut. Transaksi ini hanya boleh diakses secara online dari jam 6pagi sehingga 12 pagi sahaja.

Mudah kan? Sekarang memang mudah sebab semuanya di hujung jemari. Menyimpanlah demi keperluan masa akan datang.


Spread the love

Tags : , , , , , ,

14 Comments

  • Amran posted on June 1, 2017 at 9:25 am

    Biasanya semakin mudah simpanan dikeluarkan, semakin mudah la habisnya.. Harap2 semua penyimpan mampu kawal nafsu. Kalau tak, sampai ke mati la duit pi haji tak cukup2..
    Amran recently posted..Ini Rahsia Pembuatan Winning Resume Yang Wajib Anda TahuMy Profile

    Reply
  • mamatisya posted on June 1, 2017 at 9:27 am

    tq utk info..nanti bole try
    mamatisya recently posted..Susu Kurma Farm Fresh 2 liter sempena RamadhanMy Profile

    Reply
  • Anuar posted on June 1, 2017 at 12:54 pm

    Info yang menarik… Lepas ni semakin mudah kita nak semak baki akaun Tabung haji…
    Dah tak perlu pergi ke Tabung Haji seperti biasa..
    Anuar recently posted..Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataanMy Profile

    Reply
  • ema posted on June 2, 2017 at 12:19 pm

    Memang mudah bila ada atas talian ni..yealah tabung haji pun satu jer kat KL ni…menara Tabung Haji tu jer…hehehe

    Reply
  • seri nian posted on June 7, 2017 at 1:53 am

    semakin mudah zaman sekarang ni nak check tabung haji

    Reply
    • Mazni Azmi posted on July 14, 2017 at 9:09 am

      Betul. sekarang ni pakai maybank2u saja dah boleh semak

      Reply
  • Noriza Abdul Rahman posted on June 19, 2017 at 3:10 pm

    Memang mudah bila tengok online kan? Tak perlu nak ke kaunter untuk update buku
    Noriza Abdul Rahman recently posted..Bahaya Tersembunyi Di sebalik Manisnya Gula!My Profile

    Reply
  • Mazni Azmi posted on July 14, 2017 at 9:08 am

    Buat simpanan ni kena buat secara tak sedar

    Supaya kita tak rasa pun duit tu keluar

    Biar lupa terus pun bagus

    Sedar sedar dah banyak
    Mazni Azmi recently posted..ESP Shaklee & 11 Kebaikan Untuk Ibu MengandungMy Profile

    Reply
  • Cap10mie posted on June 30, 2018 at 8:47 pm

    Kalo utk pengguna kad cimb bank…bole semak kew…?..huhu…

    Reply
    • ajumohit posted on July 2, 2018 at 12:31 pm

      Saya dah call cimb, setakat ni diorang tak provide lagi servis ni, yang hanya adalah transfer dari CIMB ke Tabung Haji sahaja.

      Reply
    • Lihi posted on October 5, 2018 at 1:08 am

      Dah bleh kan skg..dh buat blom?salin no acc TH dengan no siri buku TH..g atm cimb msok kad mcm biase..pilih’lain lain’..pilih ‘TH pautan’..nnti msok no acc..msok no siri bku..sme mcm mybank

      Reply
      • ajumohit posted on January 19, 2019 at 11:00 pm

        tq atas info sis

        Reply
  • Ana posted on December 29, 2018 at 3:28 pm

    Waktu cuti umum atau weekend, boleh semak baki th secara online guna mb2u tak?

    Reply
    • ajumohit posted on December 30, 2018 at 11:50 am

      ya weekend pun boleh check baki akaun tabung haji guna mbb2u

      Reply

    Leave a Reply

    CommentLuv badge