Uncategorized Open House Lemang Tok’ki, Bentong August 2, 2017

Spread the love

Ini mak budak dengan bebudak, macam adik beradik tak? jangan kecam saya hahaha

 

Kedai Lemang Tok'ki Bentong
Suasana dalam kedai Tok’ki, best sebab kekampungan sangat dengan struktur kayu dan zink

 

Inilah rupa baru bangun tidur, tengoklah si adam takde mood langsung nk tengok camera, si Dzar plak malu-malu suruh tengok camera, apppaaa daaa

 

Ibu anak 5
Garang kan muka baby Ammar, hmm dia pun baru bangun tidur, kenapa dia buka mata terus kat kedai lemang ibu?? Mungkin itulah persoalan dalam mindanya 😉

 

Baca diam-diam je ye, taulah da abis raya kan, tapi saya baru nak up cerita open house hahaha. Kali ni special sebab, suami yang ajak datang sini. Kalau ikutkan Ahad adalah hari ride beliau, tapi boleh pulak kali ni shuben pelawa kami pergi open house Lemang Tok’ki, Bentong. Giler tak suka kan? Mestilah seronok sebab dapat jenjalan plus makan sedap. Bab diet tu, belakang cerita :).

Pagi lagi dah kejutkan anak-anak semua sebab dah lama rasanya tak berjalan hari Ahad. Selalu diorang bangun pagi, sarapan, mandi dan lepak depan TV. Takpun melayan si baby dan saya pulak pagi lagi dah sibuk kemas rumah, mengemop dan masak untuk lunch. Senang bila kerja siap awal, lepas tu dah boleh melepak juga dengan diorang sambil layan Ammar dan lena kejap ;).

Ha awal pagi pukul 7 ktorang dah mula gerak dari rumah. Senang awal-awal keluar sebab apa tau?, sebab kat Lemang Tokki tu memang port panas dan weekend macam ni selalunya penuh dengan geng motor semua, jadi harap-harap bila dah sampai awal adalah tempat duduk kan. Jadi jom kita lumba, tengok siapa sampai awal hahahah.

 

Ada orang tanya tak susah ke berjalan dengan baby kecik? So far anak dah 5 ni jadi pengalaman pun kira banyakla juga kan, bolehla nak handle si kecik yang saya dah mula bawak keluar dari umurnya 2 bulan. Keluar beli barang, pergi kedai makan, jenjalan cuci mata. Tapi dengan syarat mesti parking depan kedai atau cari port makan tersorok sebab senang nak bagi susu badan ;). Bukan apa baby kalau melalak mesti volume suara dia maximum terus, takde nak tunggu-tunggu dah. Nanti kita pulak segan bila orang tengok-tengok kan. Biasanya baby ni, kalau dah menyusu, dia akan minta susu lagi dalam masa 2 jam macam tu, jadi lepas dah siap menyusu tu, bertaburanlah maknya berjalan dan jaga-jaga jelah nak bagi susu lagi bila baby dah mula merengek lapar.

 

Ayam panggang lemang tokki
Sedap kan tengok ayam bakar ni

 

Lemang rendang ayam
Inilah penyedap rasa kat sini,lemang terbaikkkk

 

Lemang Tokki
Banyak lemang menanti untuk di makan,juga yang menunggu giliran untuk di bakar

 

Auwww manisnya pasangan ini, semoga bahagia kekal ke jannah, jangan sesekali berani nak ajak dia gi karaoke eaa, tumbuk kang

 

Ha bila dah sampai kat Lemang Tokki ni, syukur adalah tempat untuk kami bertujuh ni. Tu dia ramai orang bak hang!! Masing-masing dah mula menikmati juadah raya, apalagi kalau bukan lemang popular bersama rendang ayam, ayam bakar kuah cili dan hidangan lain termasuklah bihun goreng, nasi goreng, sosej, air sirap dan teh panas. Walaupun line beratur nak ambil lemang dan ayam bakar ni panjang tapi cepat je nak dapat makanan tu sebab diorang dah siap-siap atur dalam pinggan dan memasing tinggal nak grab je. Baguih tak payah nak tunggu lama kan sebab orang semakin lama makin ramai dan bebudak pun tak jenuh menunggu.

 

2/3 kali repeat jugalah beratur ambil lemang dan ayam bakar tu, senang, sebab anak dara tu dah boleh harap, cuma yelah malu-malu kucing. Lepas kene pujuk ngan ibu abah, barulah diorang berdua pergi beratur ambil makanan. Kalau tak berteman alamat takdelah nak pergi pun tu. Hahha lepas tu terfikir siapa yang pemalu sebenarnya ni? Kesian anak pulak jadi mangsa kikiki. Takpe nak biasakan kamu dengan public supaya ada keyakinan diri sebab diorang pemalu. Tengokla maknya kan hahaha.

Tq Lemang Tokki atas jemputan rumah terbuka ini, tahun depan buat lagi ya, moga murah rezeki hendaknya. Bagus kan cara mereka hargai pelanggan mereka. Ini pun salah satu cara promosi namanya :).


Spread the love

Tags : , , , ,

7 Comments

  • Lisa posted on August 2, 2017 at 6:45 pm

    Sedapnya tengok lemang. Saya di qatar rindu nak makan…heheh

    Reply
  • mamtisya posted on August 2, 2017 at 8:03 pm

    wah jauh openhouse ye..nmpk sedap lemang tu
    mamtisya recently posted..27 Syawal ~ Majlis Jamuan Raya KBM HQ 2017My Profile

    Reply
  • raihana posted on August 2, 2017 at 8:59 pm

    seronok berkumpul ramai2 sambil dpt makan sedap..😋😋

    Reply
  • Ida posted on August 2, 2017 at 10:01 pm

    Wah, hari kejadian baru suami cakap. Kalau bgtau hari Sabtu, insyaAllah sampai juga kami. Ahaha!! Glamur betul lemang tok’ ki ni. Sedap sangatkahh??
    Ida recently posted..Rahsia Kembalikan Tenaga Untuk Pesakit Darah TinggiMy Profile

    Reply
  • Mazni Azmi posted on August 4, 2017 at 10:54 am

    Lepas makan lauk lauk berat heavyweight tu terus jadi gagah perkasa ya sis ajumohit

    hehe
    Mazni Azmi recently posted..Ostematrix untuk ibu mengandung & 7 Kebaikannya! Bukan kalsium biasaMy Profile

    Reply
  • titan posted on August 7, 2017 at 4:47 pm

    adeh.

    rindu plak nak makan lemang sekarang nih.

    aduh.
    titan recently posted..The Super Collosal Big Fat Boss Baby.My Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge