Travel Percutian ke Kuala Terengganu di musim hujan December 5, 2017

Spread the love

Sebelum ni memang tak pernah ada planning nak bercuti ke Kuala Terengganu, tapi kebetulan last minute suami bagitau yang kawan motornya menjemput ke majlis kahwin diaorang dalam masa cuti sekolah ni, jadi dari takde nak ke mana-mana makanya dah ada plan, yeay yang happy of course anak-anak sebab terisi jugalah cuti mereka.

Ibu pun tumpang happy juga 🙂 sebab sebelum ni suami plan nak ride ke sana dengan kawan-kawan je tapi tetiba tukar pulak dari plan naik motor ke naik kereta pula. Semangat nak bercuti ke Kuala Terengganu, walaupun dah tahu sekarang ni musim hujan dan dalam tv dan radio dah heboh bagitau banjir sana dan sini. Tapi bila kawan suami yang dah tiba kat sana kata keadaan ok dan tak banjir teruk jadi kami pun redah juga.

Lama betul masa saya ambil untuk menaip entri ni, sejak ada baby kecil yang umurnya sekarang 9 bulan setengah, dan 2 tahun lebih, makin lama makin cemburu tengok ibu pegang handphone update blog. Tapi ibu pelan-pelan siapkan entri ni supaya kenangan kita takkan terhapus begitu saja hahaha.

Anak dua kat depan, kat belakang ada 3 lagi hahaha itu kot suami saya nak bagitau kalau tengok jarinya tu

Perjalanan ke Kuala Terengganu ambil masa 5 jam dan baby Ammar dan Dzar  sangat behave dan terkawal nampaknya. Ibu-ibulah katakan, saya memang dah siapkan semua kudap-kudapan dan air kotak supaya perut diorang sentiasa penuh, bila penuh mata ngantuk kan? so ngantuk tidur je sepanjang perjalanan dan relaxla sikit ibu abah nak borak. Masa itulah jela nak borak kan, waktu lain sibuk pula dengan si comel Ammar, sian abah kurang kasih sayang haha.

Bersemut pulak entri kali ni hoho
Hatiku tenang di sini walau laut bergelora kat belakang nun

Pukul 12 tengahari, Jumaat, kami dah sampai di KT, apalagi cari kedai makanlah sebab dah lapar sangat. Ammar pun saya bagi makan lenyekkan nasi dengan kuah sayur, bagi perut Ammar kenyang dulu, barulah ibu dapat makan dengan tenang. Hmm makan ikan singganglah kita, hirup kuah di kala hujan renyai, emm sedap! Lepas makan kita bergambar kat Pantai Batu Burok, bila nampak buai ni macam menarik kami pun singgahla, ko tengokla gaya mengalahkan bebudak pulak kan hahaha.

Kalau ikutkan hujan bermula dari awal perjalanan kami sehinggalah kami check in di Seri Indah Resort, Kuala Terengganu. Tapi indah nama dari rupa sebab biliknya sedikit kotor dan old school walau harga RM250 satu malam dengan katil queen dan single bed, tapi tak setaraf dengan harganya. Memang dekat dengan laut, mungkin atas sebab faktor tu yang buatkan bilik ni jadi agak tak terjaga. Air laut dan pasir buatkan lantai parkir jadi kusam dan tak cantik. Pheww takpelah sebab niat nak bagi anak mandi pool je, dan malam besok tu saya dah book hotel lain.

Mandilah nak nanti dah kecut tangan naiklah ya

Anak-anak dan pool memang takleh berpisah, selagi kita tak bagi masuk pool selagi tu diorang duk zikir di telinga. Haisshh boleh mendatangkan marah pulak diorang ni, saya tak benarkan sebab sebab hujan kot, kalau tak hujan diorang taknak mandi pun saya paksa diorng terjun pool hahaha kejam mak ko kan.

Mok cik ni berape? hok tu berape? nampak macam mintak diskaun tapi bukan ya

Hmm lepas anak dah mandi kolam kita mula lapar lagi jadi mohla cari makanan. Korang jangan cuak bila tak tahu mana nak tuju, just guna hujung jari dan google ‘tempat makan best di kuala terengganu’, emphh berderet entri blog yanb ada. Bila dah google dan baca rupanya ICT atau ikan celup tepung itu sangat femes kat area airport KT. Mohle bergegas kita ke sana.

Lapar rupanya ingatkan dah tak ingat nak makan bila mandi pool
Yummy kan adam

Kat sini diorang dah siapkan semuanya dalam satu pinggan dan semuanya layan diri. Datang ke depan dan grab!! Saya ambil ikan pari celup tepung, ikan kembung tepung, sotong tepung, udang tepung, beehun, fishball, bebola crab, kepok lekor dan 5 jenis air jadi jumlahnya RM50. Tapi mengenyangkan. Puas hatilah dapat makan menu femes kat sini barulah jenjalan cari makan namanya.

Lepak betul si Dzar, budak comel petah bercakap walau baru 2 1/2 tahun
Dear Dzar, moga jadi anak yang baik dan soleh ya

Lepas tu jenjalan pulak sekitar tepi pantai, suka view tepi pantai macam ni, redup dan menenangkan. Tapi kalau korang dapat tengok laut tu memang risau jugak sebab kuat ombaknya. Tapi angin tu bila kena kat muka sejuk je, nyaman sangat sampai ke tulang sum sum. Aduyai tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata, memang bestlah trip kali ni, santai dan menenangkan. Jiwa ni rasa puas bila dapat lari dari hiruk pikuk di pejabat. Tq Allah, so kita sambung next entri ya.


Spread the love

Tags : , , ,

12 Comments

  • titan posted on December 5, 2017 at 1:40 am

    tu dia,

    sempat main buaian lagi tu.

    haha..
    titan recently posted..Doktor Gigi yang COMEL.My Profile

    Reply
  • Anuar posted on December 5, 2017 at 3:26 pm

    Bestnya dapat bercuti ke Terengganu…
    Dah lama teringin nak bawa anak-anak ke sana… Tapi masa belum mengizinkan..
    Anuar recently posted..Betul ke boleh buat duit dengan Affiliate?My Profile

    Reply
  • rujukan posted on December 5, 2017 at 5:22 pm

    saya kawin dengan orang terengganu, buat masa ni masih belum berkesempatan untuk ronda ronda terengganu lagi
    rujukan recently posted..Review Peribadi Mengenai Perodua Myvi 2018My Profile

    Reply
  • Mazni Azmi posted on December 6, 2017 at 4:15 pm

    Anak susu ibu memang maznee perasan macam tu aju

    amboi

    Kawan motor sukan kawen
    Mazni Azmi recently posted..Senangnya petua awet muda dari pakar kecantikan! Ramai dah cubaMy Profile

    Reply
  • Mama Hakim posted on December 6, 2017 at 4:16 pm

    Hati hati bawa motor laju laju ya Aju

    Ingatlah orang yang tersayang
    Mama Hakim recently posted..Patutlah cara rawatan kencing manis kurang berjaya! Ini sebabnyaMy Profile

    Reply
  • Ibu Zaid posted on December 7, 2017 at 2:53 pm

    Pantai belah belah pantai timur memang lawa

    tapi belah sabah sarawak katanya lagi dara

    Ibu memang suka duduk tepi pantai

    rasa tenang
    Ibu Zaid recently posted..Taman Rama Rama & Reptilia di Melaka! Jalan jalan bersama keluargaMy Profile

    Reply
  • NORIZA ABDUL RAHMAN posted on December 7, 2017 at 6:47 pm

    Amboi Aju layan sungguh romantika naik buai sesama ya!
    NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted..Cetaphil Baby untuk Anak yang Sering Menggaru Gatal-gatalMy Profile

    Reply
  • Ibu Zaid posted on December 12, 2017 at 3:18 pm

    Dah balik terengganu ke aju?

    Lama bercuti

    Blog pun jarang update masa cuti sekolah ni
    Ibu Zaid recently posted..Pantai Puteri di Melaka Cantik & Terjaga! Banyak aktiviti menarik untuk keluargaMy Profile

    Reply
  • sabree hussin posted on December 19, 2017 at 8:06 pm

    Pantai batu Burok tu boleh mandi ke? Atau cuma boleh jalan-jalan dan lepak-lepak tepi pantai je ye?
    sabree hussin recently posted..Kenapa kawan-kawan di media sosial tak support bisnes kita?My Profile

    Reply
  • Thenewsia posted on December 20, 2017 at 3:31 pm

    Comel anak2 akak, semoga besar jadi soleh ye 🙂

    Reply
  • Juni posted on January 22, 2018 at 3:59 pm

    senangnya bisa liburan dengan keluarga…
    best momment.. sakina mawaddah warahmah… amiin
    Juni recently posted..Perbedaan KPR Konvensional dan KPR SyariahMy Profile

    Reply
  • B.C posted on January 22, 2018 at 4:01 pm

    i am single.. tahun baru kemarin saya liburan dengan kawan ke gunung..
    B.C recently posted..Kontraktor Gudang dan Pabrik BergaransiMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge