Parenting Risiko darah rendah semasa menyusukan bayi January 19, 2018

Spread the love

Alhamdulillah masih lagi diberikan rezeki untuk menyusukan bayi Ammar. Pejam celik pejam celik dan 11 bulan pun budak kecik ni. Perkembangan Ammar sekarang?

Sangat aktif melasak, memanjat sana sini dan suka menempel kat ibu. Normallah kalau bebudak kecik menempel kat kita, bukan boleh tengok ibu berenggang dengan dia, asal kita bangun je dia mesti menjerit melalak. Huhu hai lah anak, betapa manjanya dan berperangai raja ko ya.

Sepanjang menyusukan Ammar saya tidak ambil sebarang supplement. Hanya minum susu Anlene yang sekarang ni siap ada collagen tau dalam susu tu, selain susu saya juga makan madu, kurma dan olive oil. Dan kalau nak tahu period pertama saya adalah 10 bulan selepas bersalin.

Lama kan, dan rasanya korang pun ada yang lebih lama dari tu. So bila datang si period ni memang susu badan akan berkurangan sikit dari biasa. Waktu tu semua rasa pun ada, penat, sakit perut, tak selesa tapi tetap jugalah menyusukan Ammar.

Nak dijadikan cerita, pagi kelmarin bila terjaga dari tidur, kepala terus rasa berpinar. Peningnya tuhan sahaja yang tau. Tutup mata berpusing dan berpinar kepala ni, kalau baring pun memang rasa berpinar sama je.

Masa tu terfikir, alamak darah tinggi ke aku ni, stress kerja memang ada dan waktu tu kata takkan hypertension?? Mengandung lagi ke? Ish tak mungkinlah mengandung sebab tengah period kot…Macam-macam terfikir kau!!

Tapi tetap juga gagahkan diri bangun nak kejut anak-anak untuk ke sekolah, siapkan itu dan ini. Susukan Ammar dah tentulah kan, dan waktu ni rasa apalah yang tak kene dengan diri aku ni. Suami kata, nanti pergi klinik dulu, cek tekanan darah.

Dalam hati saya, ala kerja banyak kat opis, nak MC macam malas pulak. Fikir punya fikir, nak drive pun pening acaner nak gi kerja. Last-last ke klinik jugalah. Suami saya bising katanya kalau fikir kerja sampai bila pun tak habis. Hihi sayang jugak ko kat aku ye suami .

Lepas dah hantar anak-anak ke rumah pengasuh, sarapanlah dulu kan haha sebab bukan selalu dating ngan cik abang ni. Makan lebih kurang je sebab pening kan. Dalam pada makan lebih kurang order mee goreng mamak ngan air suam jugaklah hahaha. Habis sepinggan kata ko!! Pening ke tak pening ke selera makan tetap nombor satu hahaha!!

Siap makan, terus pi klinik. Bestnya kat klinik ni buka awal jam 8.00 pagi, doktor ada 2 orang. Kira cepat sikitla turn nak jumpa doktor bila ada 2 orang doktor ni. Masuk-masuk bilik doktor, doktor tanya kenapa puan?

Saya pening doktor, bangun pagi kepala pusing. Doktor tanya, ada darah tinggi ke? Takde doktor. Puan menyusukan bayi ke? Ya, jawab saya. Puan period ke? Heavy? Ya period doktor, tak heavy biasa je.

Puan makan supplement atau vitamin tak? Takde doktor, minum susu Anlene je. Owhh susu je tak cukup puan, kene makan vitamin juga. Tu yang pening tu sebab anak dah amik vitamin dari penyusuan, tu yang puan kene ambil vitamin lebih. Obimin yang makan masa mengandung ada lagi? Ada lagi doktor. Ha makan tu, jangan tak makan.

darah rendah masa susukan bayi
Dapat MC yeay!!

Dan bila cek tekanan darah rupanya bacaannya ialah 106/69, kalau bacaan normal biasanya dalam 120/80. Emm memangla puan pening sebab darah rendah. Owhh patutlah pusing kepala saya ni doctor.

Oleh itu doctor pun bagi saya MC, emm tapi saya nak pergi kerja jugak doctor, doctor bagi saya time slip jela. Doktor kata, “nak pergi kerja juga ke? baik puan rehat je kat rumah,”. Hokey! Baiklah doctor saya menurut perintah….

nasi kandar penang jalan tar
Nasi Kandar Penang Jalan TAR

Seronok jugalah dapat cuti rehat ni, sebab lepas pergi klinik suami ajak makan Nasi Kandar Penang kat area Jalan TAR, KL. Katanya nak naikkan darah saya tu. Kekekek tak kelakar langsung bang.

So beringatlah semua ibu-ibu ya, pastikan korang jaga pemakanan dan ambil supplement dan vitamin tambahan untuk badan sendiri dan anak-anak. Kalau kita ni sakit, umpamanya operasi di rumah tu boleh tergendala. Banyak benda yang kita perlu uruskan, kalau bukan kita siapa lagi kan….salam sihat dari ibu lima anak..


Spread the love

Tags : , , , , , ,

9 Comments

  • Afizah Abd Rahman posted on January 19, 2018 at 9:57 am

    Owhhh… Baru tahu pasal ni. Menyusu pon boleh sebabkan darah rendah yer.
    Afizah Abd Rahman recently posted..Resipi Simple Chocolate Cheese Cake Tanpa TelurMy Profile

    Reply
  • Bisesa posted on January 19, 2018 at 6:12 pm

    Ibu kekasih sejati.. fighting for mom yang sedang menyusui. 2 tahun eksklusif.
    semoga anak2 bisa menjadi anak yang sholeh sholehah.. cerdas dan berakhlak mulia.. amiin
    Bisesa recently posted..Kelebihan Membeli Rumah KPRMy Profile

    Reply
  • Azmi Abdul Rahman posted on January 21, 2018 at 7:42 am

    Puan wajib jaga makan, sebab anak akan sedut banyak khasiat dari ibunya
    Azmi Abdul Rahman recently posted..Cara tempah hotel online di Melaka! Harga murah & dapat diskaun tambahan.My Profile

    Reply
  • Mama Hakim posted on January 22, 2018 at 12:00 pm

    Banyak betul pengorbanan ibu menyusu untuk anak anak kan. Sebab kena jaga serba serbi
    Mama Hakim recently posted..Krim Malam Terbaik Untuk Kulit Cantik & Awet Muda!My Profile

    Reply
  • Juni posted on January 22, 2018 at 3:54 pm

    kata emak saya dulu pas saya masih bayi saya sudah minum susu kemasan. dan tidak mau minum air susu emak^^
    Juni recently posted..Cara Mendapatkan Info Rumah Subsidi MurahMy Profile

    Reply
  • Mazni Azmi posted on January 22, 2018 at 5:50 pm

    Aju yang dah susukan 4 orang anak pun boleh kena hb rendah kan. Semoga kuat ya aju dan susu banyak.

    Nak dapat 2 tahun juga
    Mazni Azmi recently posted..Shaklee YOUTH Activating Serum Putihkan Kulit Berminyak & Sensitif!My Profile

    Reply
  • Thenewsia posted on January 23, 2018 at 7:45 am

    Jaga kesihatan tu puan, kan encik suami dah bising tu 😉

    Reply
  • Ibu Zaid posted on January 23, 2018 at 12:28 pm

    Ibu pernah menyusu selama setahun untuk seorang anak, itu pun dah rasa susah. Semoga Aju kuat
    Ibu Zaid recently posted..Susu Kambing Wildan Untuk ibu Mengandung!My Profile

    Reply
  • nurul fatin adiana posted on February 3, 2018 at 11:55 am

    pengorbanan ibu dari lah mengandung, melahirkan dan menyusu… banyak nutrien badan ibu anak ambil…nak tak nak kena jaga makan juga, mkn makanan berkhasiat dan top up vitamin..

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge