Blogging Legakan selsema, batuk dan hidung tersumbat dengan Balm Bayi Tok Syed February 22, 2018

Spread the love

Balm Bayi Tok Syed

Ramai yang minta tips dari saya, macamana nak legakan selsema dan batuk anak-anak mereka. Saya ni bukanlah pandai sangat, tapi bila anak sendiri dah ramai, pengalaman pun bermacam-macam.

Insha Allah kalau nak bagi tips sikit-sikit tu bolehlah, sis cuba ya hahaha. Ha hari ni saya nak kongsikan balm bayi yang saya gunakan untuk legakan selsema, batuk dan hidung tersumbat iaitu Balm Bayi Tok Syed.

Melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat
Ringan dan mudah dibawa kemana-mana

Ramuan bahan dalam balm bayi Tok Syed

Perkara pertama yang saya nak tau, balm ni panas tak? Balm ni melekit tak? Sesuai untuk bayi tak? Eh banyaknya soalan ya, dan untuk menjawab soalan tu, saya cuba balm ni sendiri. Bila saya buka penutup balm, bau yang wangi dan sedap terus menusuk ke hidung.

Spontan je mulut ni, “Emmm, sedapnya bau dia!!!”. Kalau tengok di website http://www.toksyed.com/ balm ini diperbuat daripada

  1. Beeswax – Lilin lebah yang mempunyai manfaat sebagai pelembap kulit, keradangan kulit dan pelembut bibir,
  2. Virgin Coconut Oil – Sebagai pembasmi kuman kerana sifat anti bakteria  yang menjadi bahan penting minyak kelapa dara,
  3. Sunflower Oil – Kandungannya yang kaya dengan Vitamin E menjadikannya sebagai bahan antioksidan yang berfungsi meneutralkan radikal bebas. Bijinya yang kaya dengan nutrien menjadikannya sesuai untuk kegunaan luaran dan juga
  4. Essential Oil – Gabungan dari beberapa minyak beraroma yang diekstrak dari daun, tumbuhan dan juga kulit sesetengah buah melalui kaedah distrill dan cold pressing.
Bahan-bahan yang digunakan dalam Balm Bayi Tok Syed
Bila bau pun dah sedap, dan kita sapu pula pada bayi dan anak-anak, automatic terus nak cium-cium je bebudak tu, tak busukla, tapi wangi je selalu. Dan paling best balm bayi ni tak melekit dan tak panas, maksudnya korang boleh juga sapukan pada bayi yang baru lahir. Sapukan di perut, dada, belakang badan dan tapak kaki bayi.
Urutan ni akan buatkan mereka tidur lena dan perut pun tak meragam. Urutan ni memang penting untuk pastikan anak-anak akan selesa dan lena sepanjang tidurnya.
balm bayi tok syed
Balm Bayi Tok Syed
Budak tecit comel ni pun suka bau balm ni

Balm bayi Tok Syed ni ringan dan mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja. Selain bayi dan kanak-kanak, seisi rumah pun boleh gunakan balm ni.

Kalau nak tahu isi kandungan balm ni adalah 45gram dan boleh bertahan dalam masa 1 ke 2 bulan sekiranya digunakan setiap hari secara konsisten. Dan bekasnya pula diperbuat dari plastik dan tak perlu risau jika ianya jatuh dan pecah, sangat tahan okay.

Saya faham bila anak-anak selsema dan batuk, diorang akan rasa tak selesa dan susah nak bernafas. Di sinilah kita akan nampak keberkesanan balm bayi ini bila disapukan pada dada dan belakang badan mereka.

Korang akan nampak perbezaan sebelum dan selepas menyapukan balm ini yang mana selepas tu mereka akan lebih mudah bernafas dan mudah hendak tidur bila batuk berkurangan.

Dan elok disapukan sebelum mereka tidur dan yang penting standby balm ni kat katil. Takdelah menggagau mencari bila batuk malam-malam.

Video teknik urutan bayi

Saya juga kongsikan cara-cara urutan badan untuk bayi dan kanak-kanak menggunakan balm bayi Tok Syed ini. Sangat mudah dan berkesan untuk memberi kelegaan kepada anak-anak yang mana kita tahu urutan ini juga dapat memberi tidur yang lena dan panjang.

Emm best kan tengok video perkongsian saya tentang balm bayi ni?. Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk balm bayi ini, bolehla terus  link di bawah atau hubungi terus talian telefon yang tertera.

Harga :
RM80 (45g)
Tok Syed Distribution Sdn. Bhd.
Ground Floor, PKNS Complex
40000 Shah Alam, Selangor
Website :
Pautan untuk beli produk :
Facebook :
Instagram :
Telefon :
016-826 2990

Spread the love

Tags : , , , , , ,

9 Comments

  • Azmi Abdul Rahman posted on February 22, 2018 at 11:12 am

    Banyak produk untuk bayi keluaran tempatan berada di pasaran sekarang. TOk syed pun dah pandai juga
    Azmi Abdul Rahman recently posted..18 Tempat Menarik di Shah Alam untuk Jalan Makan Angin!My Profile

    Reply
  • NORIZA ABDUL RAHMAN posted on February 22, 2018 at 7:30 pm

    Baby saya sekarang ni pun hidung tersumbat, boleh try lah balm baby ni
    NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted..Masker Vitamin C Boleh Pudarkan Parut JerawatMy Profile

    Reply
  • Nora Karim posted on February 23, 2018 at 2:02 am

    Menarik… banyak pilihan dah sekarang. Boleh pilih ikut kesesuaian kita. Tinggal nak dengan tak nak je kan?! 😀

    Reply
  • Nasa Azman posted on February 27, 2018 at 12:30 pm

    Anak saya 2 2 orang selalu juga selesema semasa musim hujan. Berguna ada balm sebegini
    Nasa Azman recently posted..Pinjaman perumahan Kerajaan (LPPSA) dan juga home loan dengan pihak bank. Apa yang perlu anda tahu untuk binaan rumah sesebuah?My Profile

    Reply
  • Amir Mazlan posted on March 4, 2018 at 3:15 pm

    kalau hidung bapak budak yang tersumbat, selalunya guna minyak angin cap kapak 😀
    Amir Mazlan recently posted..Jual barang online tanpa perlu susah-susah mengadap WhatsApp berjam-jamMy Profile

    Reply
  • Mazni Azmi posted on March 6, 2018 at 10:40 am

    Anak Mazni pun sedang selesema ni, musim panas ramai tak sihat dan berjangkit
    Mazni Azmi recently posted..Skincare Terbaik Malaysia Yang Paling Berkesan? Ini Cara Ringkas Untuk Buat Pilihan!My Profile

    Reply
  • Ibu Zaid posted on March 8, 2018 at 4:24 pm

    Ibu cukup risau sebab anak anak di nurseri sana sini tak sihat
    Ibu Zaid recently posted..Tempat Makan Best Di Melaka? Kedai makanan sedap buat air liur kita meleleh!My Profile

    Reply
  • Xplorasi Destinasi posted on March 17, 2018 at 7:46 pm

    Saya pun kerap kena selsema 🙁

    Nampak macam sesuai untuk saya guna ni
    Xplorasi Destinasi recently posted..Saya nak beri anda RM120 untuk anda pergi bercutiMy Profile

    Reply
  • Yulianti sari posted on February 26, 2019 at 7:48 pm

    Saya punya bayi juga sering tersumbat, mau coba juga….
    Yulianti sari recently posted..Pipi yang indah dan cara membentuknyaMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge