Parenting Menang contest Back to School BATA 2018 February 12, 2018

Spread the love

Alhamdulillah….

Kemenangan pertama 2018. Enjin bercontest baru nak panas. Alhamdulilah ini betul-betul rezeki anak-anak sebab hadiahnya pun set serba berdiri, hahaha set berdiri macam set hantaran pulak ya. Ini rezeki anak-anak sebab hadiahnya set keperluan persekolahan, dari stokin, kasut hinggalah ke beg. Masa menang tu saya terus fikir, alamak berebutlah diorang semua ni nanti.

Menang contest BATA 2018

Alhamdulillah sangkut juga nama saya

Tapi syukur bila saya bagitau ibu menang contest BATA, diorang ni macam faham-faham je nak divide hadiah tu sesama adik beradik. Bila dah berbincang sesama diorang, keputusan yang dibuat adalah Kaklong dapat stokin sebab aritu kami dah belikan dia kasut baru, Najiha dapat beg sebab dia still pakai beg lama, dan Adam dapat kasut sebab dia pakai kasut tahun lepas je. Alhamdulillah rezeki korang semua.

Suami menjeling kat Bag Northstar hihihihi

Dan bila dah dapat surat dari BATA untuk redeem hadiah ni, kami pun terus serbu AEON Wangsa Maju. Bagi je surat tu kat staff kat situ dan diorang pun check online, Syukur mudah je urusan dalam talian. Tak payah nak call HQ even hari cuti. Dan bila dah sah je boleh ambil 3 barang ni, hmmm melilau terus mencarinya.

Pilihan bag sekolah Northstar tak banyak, cuma ini saja design yang ada dengan 3 pilihan warna. So Najiha pilih warna merah, hahaha ini warna perempuan. Tak susah nak cari ni kalau letak beg kat transit, sekali pandang terus boleh jumpa dah hahaha. Harga beg ni RM45.99.

Bukan kasut ni yang saya pilih, tapi yang kat depan tu haha

Kasut sekolah BATA pula ada beberapa pilihan. Adam ni jenis tak cermat jaga kebersihan kasut, jadi saya pilih yang bukan jenis fabric. Ambil yang semuanya getah. Bila tengok tiada limit untuk harga hadiah ni, makanya saya pilih yang paling mahal of course hihi. Harga kasut pula RM69.90.

Stokin pun ok kan kaklong, sayang kak long

Dan sekarang tiba pula giliran hadiah Kak Long, takdelah nak pilih sangat sebab stoking je pun kan hahaha. Eh jangan sedih tau kak long, stoking pun bukan dapat sepasang, tapi satu pek tu ada 3 pasang. Harga stokin pulak RM14.90, hmmm sesuai untuk Kak Long tukar-tukar stokin setiap hari kan.

Jalan-jalan, pon pon tepi-tepi keretapi nak lalu
Kami nak pusing-pusing, jomla naik sekali

Alhamdulillah total semua hadiah ni adalah RM134.88, syukur Allah dapatlah menceriakan bebudak ni dan menjimatkan poket ibu abah. Bila dah dapat hadiah memasing, ibu pulak nak cari hadiah untuk diri sendiri kekekeke. Yang penting Ammar dan Dzar pun happy sebab dapat naik kepala keretapi ni, free je dan hanya perlu letak IC korang je kat kaunter. Jom pusing-pusing AEON.

Salam sayang dari ibu 5 anak.


Spread the love

Tags : , , , , , , ,

14 Comments

  • mamatisya posted on February 12, 2018 at 11:20 am

    tahniah..syok la adiah tkde limit tu..bole la amik yg mahal

    Reply
  • Anuar posted on February 12, 2018 at 4:11 pm

    Tahniah… Rezeki tu..
    Anuar recently posted..2 Berita baik sebelum cuti Tahun Baru Cina 2018My Profile

    Reply
  • Ema posted on February 13, 2018 at 11:58 am

    Wah, dapat keperluan sekolah..bestnya..Tahniah.

    Reply
  • Hasrul Hassan posted on February 14, 2018 at 11:12 am

    Wahh syoknya menang hadiah dari BATA. Tahniah tahniah. Mesti anak suka ni …
    Hasrul Hassan recently posted..Peluang Jana Income – EzBuy Blogger RecruitmentMy Profile

    Reply
  • bisesa contractor posted on February 14, 2018 at 2:24 pm

    wow.. menang contest ya.. congrulation.. semoga berkah dan next bisa menang contest lagi di banyak event. amiin.
    bisesa contractor recently posted..Jasa Kontraktor Bangunan Pabrik SidoarjoMy Profile

    Reply
  • Hans posted on February 15, 2018 at 12:30 am

    tahniah
    rezeki tahun baru

    Reply
  • Thenewsia posted on February 15, 2018 at 6:44 pm

    Tahniah akak. Rezeki untuk anak2 kan 😉

    Reply
  • Mama Hakim posted on February 17, 2018 at 8:08 am

    Sibuk benar aju masa anak anak nak masuk sekolah kan, mujur menang hadiah bata

    dapat jimatkan duit. Berbaloi
    Mama Hakim recently posted..Jerawat Batu Di Dagu & Dahi? Apa Badan Kita Cuba Beritahu!My Profile

    Reply
  • Ibu Zaid posted on February 18, 2018 at 8:13 am

    Rezeki aju dapat menang contest selalu, alhamdulillah
    Ibu Zaid recently posted..Cara Menghilangkan Jerawat Batu? Ibu Mengandung & Adik Manis Wajib Cuba!My Profile

    Reply
  • izwan posted on February 20, 2018 at 11:37 am

    alhamdulillah. tahniah…

    memang jimat belanja sikit kalau dapat hadiah macam ni
    izwan recently posted..Takaful Itu Bantu-MembantuMy Profile

    Reply
  • Jueliza Jamani posted on February 21, 2018 at 6:00 pm

    Tahniah..

    Reply
  • Azmi Abdul Rahman posted on February 22, 2018 at 11:16 am

    Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan puan
    Azmi Abdul Rahman recently posted..18 Tempat Menarik di Shah Alam untuk Jalan Makan Angin!My Profile

    Reply
  • Nora Karim posted on February 23, 2018 at 2:08 am

    Alhamdulillah… tahniah… memang rezekilah. Tak pe kak long… stoking pun ok kan… 😀
    Nora Karim recently posted..Resipi Mudah: Asam Pedas Ikan SardinMy Profile

    Reply
  • Nasa Azman posted on February 27, 2018 at 10:37 am

    Akhir tahun memang penat ibu bapa cari barang keperluan anak untuk sekolah sesi baru
    Nasa Azman recently posted..Pinjaman perumahan Kerajaan (LPPSA) dan juga home loan dengan pihak bank. Apa yang perlu anda tahu untuk binaan rumah sesebuah?My Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge