Umum Aktiviti sukaneka penduduk yang ceria dan sporting April 30, 2018

Spread the love

Sukaneka penduduk

Sukan, sukan, sukan. Lama dah rasanya tak buat aktiviti kesukanan berkumpulan ni. Sebenarnya kawasan kejiranan saya ni pun dah berkurun tak buat aktiviti sukaneka penduduk macam ni. Kalau diikutkan baguslah kalau kita ada semangat kesukanan dan kejiranan, barulah kita kenal mengenal antara sesama kita. Selalu berselisih bahu, kereta, motor, van tapi tak kenal pun sapa kan, tapi dengan adanya aktiviti kejiranan penduduk macam ni, lebih erat hubungan kan.

Aktiviti boling padang

Saya rasa kaum lelaki takdak masalah sebab diorang selalu bersua muka kat surau waktu solat berjemaah. Tapi yang hat perempuan ni mungkin terhad sikit atas kekangan menjaga anak kecil di rumah, dan saya pulak kalau balik kerja dah almost pukul 7 malam, terus je masuk rumah. Kalau borak pun dengan pengasuh bebudak ni jela masa ambil diorang lepas balik kerja, itupun tak sampai 10 minit. Sampailah satu hari tu saya ternampak banner Sukaneka penduduk, dan bila suami bagitau ada borang aktiviti nak kene isi, wahh terus excited nak join sebab aktiviti pun sesuai dengan kemahiran kita orang perempuan.

Inilah hubby kita, ni pulak sukan tiup tepung cari gegula
Bersungguh bebudak ni ha, bagus2 acik suka nengoknya semangat lebih

Saya join anyam ketupat dan cucuk benang dalam jarum. Bukanlah hebat sangat pun anyam tapi saje join suka-suka, walau dalam hati memang harap nak menang haha. Anak-anak pulak join aktiviti lari ikat kaki, tiup tepung dan musical chair. Suami tak join sebab dia AJK penduduk hihihi. Memang sebelum sukaneka takdak istilah berlatih, main terjah macam bidan terjun. Pada hari kejadian barulah merasa pegang daun kelapa yang setahun sekali je menganyamnya hahaha.

Amboi tekun memasing ya, hahaha baguihhh anak sapalah ni
anyam ketupat daun kepala
Yang saya anyam belah kanan tu, comel kan hahaha tengokla tuan dia
sukan anyam ketupat
Hoi tak sabar memasing nampaknya, tunggu juri kata on je, hahaha

Wahh meriah sangat acara pagi Sabtu tu. Ramai jiran yan datang bersama anak-anak dan keluarga masing-masing. Alhamdulillah semua sangat sporting dan supportive. Dan tak lupa cuaca pagi tu pun sangat bagus walau panas membahang. Yang bestnya pihak AJK siap mohon supaya lori Milo pun datang, dan yang lagi best dapat minum milo bercawan-cawan. Wahh best-best, teringat zaman sekolah dulu dapat minum air milo, samalah rasa dia tetap sedapppp!! Yang bezanya kali ni anak-anak yang beratur amik air milo, hmm puaslah minum :).

Untungla dapat minum milo
Anak-anak dara saya

Walaupun setahun sekali anyam ketupat, alhamdulillah dapatlah tempat ke tiga, dengan hasil 5 biji ketupat. Syarat permainan ni mudah je, anyam ketupat dalam masa 15 minit dan paling banyak yang jadi pemenang. Tak kisahla kemas atau tak, janji ada rupa ketupat. Daun pulak pendek je, puaslah semua peserta guna kemahiran memasing nak menyiapkannya. Dalam masa 15 minit, tara!! Aktiviti cucuk benang dalam jarum pulak dalam berkumpulan, yang ni kumpulan kami juara!!! Yeayy main seronok seronok, kalau menang bonus lah hahahaha.

Si kecik berdamping dengan ibunya hahaha
Si Adam dan kengkawannya

Anak-anak pun happy giler dapat join aktiviti sukan. Budak mana yang tak suka main sukan kan, buat sungguh-sungguh semuanya. Seronok mak pak tengok. Mak pak pun sama naik memasing, semua pakat nak menang kan. Macam inilah semangat yang kita nak, barulah ada bonding kata orang :).

Tahniah buat semua yang join aktiviti ni, tak kira menang atau tak, anda adalah pemenang di hati orang kesayangan anda cia cia cia hahaha. Dan hadiah untuk pemenang acara adalah medal, oklah tu, bertambahlah koleksi rantai untuk hari raya ni, hihi…


Spread the love

Tags : , , , ,

7 Comments

  • encikhafiz.com posted on April 30, 2018 at 9:56 am

    wah seronoknya waktu hujung minggu diluangkan dengan aktiviti begini. bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan malah boleh menyihatkan tubuh badan.
    encikhafiz.com recently posted..Resepi Mudah Nasi Arab Khabsah AyamMy Profile

    Reply
  • Ibu Zaid posted on April 30, 2018 at 6:56 pm

    Ibu zaid singgah blogwalking. Terima kasih sis aju keran singgah blog walking. Bagus betul kesatuan penduduk di kawasan aju. Semoga rukun damai
    Ibu Zaid recently posted..Makan Sedap Di KL? Aduh Laparnya! Ini 10 Tempat Best di Kuala LumpurMy Profile

    Reply
  • Mama Hakim posted on May 3, 2018 at 2:51 pm

    Alhamdulillah rukun damai dan meriah aktiviti penduduk tempat aju. Nak pergi surau dan beramah mesra pun seronok kan
    Mama Hakim recently posted..Ubat kencing manis tradisional? Bagusnya Petua! Ini 10 Herba untuk kawal gulaMy Profile

    Reply
  • mrhanafi posted on May 7, 2018 at 10:06 am

    kalau ada acara sukaneka sebegini..

    saya lah orang yang paling main-main..

    enjoy habis..

    hahahahaha
    mrhanafi recently posted..3 Perkara Wajib Untuk Jadi Orang KayaMy Profile

    Reply
  • Noriza Rahman posted on May 8, 2018 at 11:42 pm

    Tengok ketupat nasi tu macam esok dah nak raya. Meriah!
    Noriza Rahman recently posted..Esok Pilihanraya? Jom Balik Mengundi, Tunaikan Hak Anda!My Profile

    Reply
  • nasa azman posted on May 14, 2018 at 2:22 pm

    Selamat menjamu selera saya ucapkan. Singgah blogwalking petang isnin ni. Biasa kalau semangat macam ni, surau dan masjid mesti hidup
    nasa azman recently posted..Cara Semak Report CCRIS Online. Pinjaman Perumahan Mudah Lulus Jika Rekod Cantik! Wah, Senangnya!My Profile

    Reply
  • Zurainny Ismail posted on May 25, 2018 at 9:26 am

    Waa….seronoknya dpt bersukan! Tapi part yg akak paling suka – van milo! Dah lama x minum milo free ni, entah knp, akak rasa milo tu la yg paling sedap. Mgkn sbb suasana… 😀

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge