Umum Cuci peti ais dengan air cuka April 23, 2018

Spread the love

Tak tahulah hantu apa yang merasuk badan ni malam tadi. Tepat jarum jam menunjukkan pukul 9.00 malam, terus je ajak suami tolong cuci peti ais. Dah lama nak buat kerja ni, tapi tahap malas ya ampun tak tahulah pasal apa.

Bila tahap malas dah takde, tetiba mood rajin datang tiba-tiba. Dia yang rajin tu sebab si budak kecik tu dah tido awal malam tu, tu yang cepat je nak kemas itu ini. Biasalah itu ‘pendamping’ namanya, bila dia dah tidur baru semua kerja boleh dibuat dengan cepat dan mudah.

cuci peti ais dengan air cuka
Air paip dan cuka

Sebelum ni saya cuci peti ais guna air paip biasa dan dilap dengan tuala basah tanpa guna sabun atau bahan lain. Tapi kali ni saya cuka air cuka dan campuran air paip. Sebab dari pembacaan saya, cuka ni adalah bahan pencuci yang terbaik dan selamat untuk digunakan ya.

Alah boleh guna cuka untuk masakan itulah kengkawan. Dah tu celupkan tuala good morning dan perah justeru teruslah lapkan peti ais sebersihnya. Mudah kan?

cuci peti ais
Suami dan adam yang sama membantu, terima kasih bang, saya tau cabut je tray tu, nak pasang saya dah lupa hahaha

Tapi sebelum tu, pertama sekali, keluarkan segala mak nenek barang yang ada dalam peti ais. Saja saya tak tunjuk gambar sebelum tu sebab dikhuatiri korang pengsan, bangun, pengsan lagi dan tak bangun-bangun. Hahaha sebab tempoyak tahun lepas pun ada lagi. Tapi jangan risau sebab kat tong sampah dah saya campakkannya.

Like new kan hahahaha, hantu baik merasuk badan

Bila dah keluar segala mak nenek barang yang ada dalam peti ais, mulalah bawa keluar tray peti ais tu satu persatu, tray yang tepi pintu, barulah rasa susah nak bawa keluar sebab dah melekat dengan kicaplah, susulah yang dah tumpah dalam peti. Dan tray tu terus basuh guna sponge kat sinki. Janganlah masuk mesin basuh pulak kan, hahaha melawak je.

Bahagian pintu peti ais

Kemudian bila dah clear peti ais, laplah dengan hati gembira sebab ko adalah tak sabar nak tengok hasilnya hahaha. Buat cepat-cepat tapi pastikan peti ais bersih ya. Dan dapat tengok hasil kotoran seperti dalam besen di atas.

Eiiyeee kotorlah kan. Lepas tu saya asingkan barang mana yang boleh pakai dan tak. Yang masih boleh pakai tu simpan dalam peti semula, yang dah setahun expired tu campaklah dalam tong sampah dan jangan fikir lagi dua tiga kali hihihi.

Yang mana boleh simpan dalam tupperware masukla dalam tupperware, takpe nak guna tipuweii pun boleh janji kemas. Dan taraaaaa!! Inilah hasilnya.

Settle dah mengemas dengan barangnya sekali
Padangan penuh peti ais, ha lega mak dah boleh tidur dengan lena malam ni hahaha

Bila dah siap kemas bahagian bawah, ko sambunglah bersihkan bahagian atas pulak. Hmm bercinta nak lap, sebab saya lupa bahagian atas ni ada hihihi. Sambunglah kejap sebab bukan teruk mana pun. Dan bila tengok hasil macam ni rasa hati seronok tak terkira, dan hasilnya jam 12 pun belum tidur lagi sedangkan biasanya pukul 10.30 malam saya sudah hanyut. Yeay lega settle satu kerja yang ke sekian kali tertangguh lamanya.


Spread the love

Tags : , , , , , ,

10 Comments

  • mamatisya posted on April 23, 2018 at 4:11 pm

    berkilau peti ais tu..nk cuci mmg bercinta kn tp tula kena cuci juga…

    Reply
  • Ibu Zaid posted on April 23, 2018 at 6:57 pm

    Ibu singgah blog walking hari isnin. Dah macam baru peti ais aju tu. Blink blink
    Ibu Zaid recently posted..Tempat menarik di Selangor Waktu Malam & Siang? Wow, Cantiknya 20 Lokasi Ini!My Profile

    Reply
  • Mama Hakim posted on April 24, 2018 at 3:47 pm

    Cuka memang ada banyak kegunaan untuk keperluan rumah. Salah satu darinya ialah bersihkan tile dan peti sejuk
    Mama Hakim recently posted..Jerawat di dagu? Aduh sakitnya! Ini cara menghilangkan tanpa tinggal parut!My Profile

    Reply
  • Mazni Azmi posted on April 24, 2018 at 4:16 pm

    Terima kasih aju atas tips yang bagus ni. Mazni nak cuba
    Mazni Azmi recently posted..Kelengkapan bersalin ibu dan anak? Ini senarai barang WAJIB bawa ke hospital!My Profile

    Reply
  • nasa azman posted on April 24, 2018 at 6:32 pm

    Peti ais yang tak di bersihkan jadi berkerak dan nampak buruk. Elok bersihkan selalu.
    nasa azman recently posted..Mengapa Harga Rumah Yang Berbeza Walaupun Saiz Dan Bentuknya Sama?My Profile

    Reply
  • Cik Renex posted on April 25, 2018 at 9:52 am

    Wah da mcm baru peti ais tu.😍

    Reply
  • Muja posted on April 25, 2018 at 2:27 pm

    Kt rumah muja tu, nasib baik Nik pandai jaga. Pandai buang kalau barang dah seminggu lebih. Setakat ni ok lagi. Lagi 2 3 bulan tak tahu lagi. H3h3

    Reply
  • mrhanafi posted on April 29, 2018 at 11:11 am

    belum pernah saya guna cuka untuk cuti peti ais..

    mahu jug saya juga nanti
    mrhanafi recently posted..Mencari Pasangan HidupMy Profile

    Reply
  • nazra posted on May 8, 2018 at 10:05 am

    oh baru tahu cuci peti ais dengan cuka. kena try ni. hehehe ^_^

    Reply
  • Noriza Rahman posted on May 8, 2018 at 11:45 pm

    Nampak bersih, kemas dan tersusun. Memang kena selalu cuci peti ais lah kan?
    Noriza Rahman recently posted..Cepat Pinang Sebelum Tawaran Habis!My Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge