Umum Selamat Berpuasa | Senarai menu bersahur dan berbuka untuk sebulan May 16, 2018

Spread the love

Alhamdulillah sempat lagi berjumpa Bulan Ramadhan. Pejam celik pejam celik, dan bulan Syaaban, lepas tu besok dah pun bulan Ramadhan. Dah abis ganti puasa ke uols? Mestilah dah kan, Alhamdulillah. Serius memang terasa cepat masa berlalu, sampai kekadang tak sempat nak update blog ni :).

Sempat jamah sarapan pagi nasi lemak, besok dah tak leh dah kan

Kebiasaannya bulan Ramadhan ni target semua orang adalah untuk banyakkan ibadah dan aim untuk habiskan 30 juzuk AlQuran. Beruntung kalau kita dapat luangkan masa untuk ibadah ni sebab pahalanya masya Allah memang banyak dan berganda. Contoh saya yang punya anak berderet dan ada yang masih kecil ni, nak pergi surau untuk solat Terawikh tu secara konsisten memang agak mustahil, tapi buat je kat rumah janji niat tu ada dan tak nafikan ada juga yang ter miss. So tahun ni azam semoga dapat buat Solat Terawikh setiap malam, Insha Allah.

Bila sebut bulan puasa, semua mak-mak terus terbayang apa menu nak masak untuk bersahur dan berbuka. Macam saya anak 5 orang, campur kami laki bini dah 7 orang, memang berbaloi masak sendiri lauk ni dari beli kat bazar. Kekadang peniaga dah letak minimum harga contohnya RM5 untuk sebungkus lauk dan sayur, padahal kuantitinya tak berapa banyak pun, sekali hadap tak cukup pulak.

So lagi bagus masak sebab boleh ulang makan. Bila masak ni memangla penat tapi puashati sebab bolehlah elak dari kene food poisoning. Inilah penyakit yang kami anak beranak selalu kene setiap kali bulan Ramadhan dulu-dulu. Yelah lauk beli siap ni kita tak tau tahap kebersihan dan keterkiniannya, entah semalam punya ke, kelmarin ke, cara masak tak teliti. Hmm baiklah masak, walau penat tapi puashati sebab suami dan anak-anak dapat makan air tangan ibunya.

Sila klik Gambar untuk Resepi Lengkap
Sila klik Gambar untuk Resepi Penuh

Nah saya dah ada senarai menu untuk bersahur dan berbuka untuk sebulan berpuasa. Korang ingat tak pening nak fikir masak menu apa hari-hari? Memang serius buntu, tapi dengan adanya list ni, korang adalah idea nak masak apa walau tak ikut list menu ni 100% kan. Ini kira guideline, nak ikut boleh tak ikut pun takpe, kira suka hati koranglah.

Selamat berpuasa semua

So di kesempatan ini saya memohon maaf jika ada silap dan salah sepanjang saya menulis blog, dan jangan simpan dalam hati. Ku berharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna. Hahaha ini lirik lagu Ramadhan daaa hahahaha.


Spread the love

Tags : , , , , , ,

5 Comments

  • Anuar posted on May 16, 2018 at 3:31 pm

    Salam 1 Ramadhan dan selamat menjalani Ibadah Berpuasa..
    Anuar recently posted..Cara Alternatif Nak Dapatkan Wang Tunai RM30 Ribu ++ sebagai modal perniagaanMy Profile

    Reply
  • Ibu Zaid posted on May 17, 2018 at 5:45 pm

    Assalamualaikum & salam ramadhan dari ibu. Semoga amalan ibadat kita di terima Allah swt. Amin.

    Ibu singgah blogwaking blog sis aju. Samalh dengan Ibu. Mohon maaf atas silap yang pasti ada semasa berinteraksi.
    Ibu Zaid recently posted..Tempat menarik di Kelantan waktu malam & siang! 10 Lokasi Comel LoteMy Profile

    Reply
  • Zuraida Rahim posted on May 19, 2018 at 10:05 am

    Salam Ramadhan Aju.. aku pun dah lama tak berblog. Baru nak mula balik.

    Reply
  • zool posted on May 20, 2018 at 10:58 pm

    Salam Ramadhan juga..
    Semoga amal kita mendapat berkat dariNya

    Reply
  • Noriza Rahman posted on May 21, 2018 at 7:14 am

    Salam Ramadan Aju, semoga bulan ni kita dikurniakan rezeki yang melimpah ruah

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge