Umum Hadiah anniversary tahun 2018 June 12, 2018

Spread the love

Selamat berpuasa semua.

Hari ni ramadhan ke 27 dan 2 hari lagi Raya Aidilfitri akan menjelma. Korang dah siap ke persiapan untuk raya ni? Setakat ni baju, kuih raya dah pun ready sepenuhnya, begitu juga duit raya.

Persiapan ala kadar untuk kami semua, dan yang paling penting adalah misi untuk pastikan anak-anak semuanya happy. Rasanya kita ibu abah ni dah tak fikir sangat nak beraya, tapi bagi anak-anak ini adalah hari yang paling seronok untuk diorang.

Tahun ini macam biasalah, raya di Pahang, suami pun sama, sebab dia itu adalah jiran saya :). Memang orang kata, senanglah korang raya tak pening kepala. Tak payah gaduh-gaduh nak raya mana. Eleh korang yang cakap tu apa tahu?? Kami gaduh juga tapi settle cara baiklah hahaha.

Takpelah kenelah berbincang, walau ada pihak yang makan hati tapi kena bertolak ansurlah. Kalau dua-dua nak menang, siapa nak jadi pengalah. Ha tips tu tau kakaka.

Ok fine, last week kan ke wedding anniversary kami yang ke 14, so takde dah nak celebrate beria, ish bukan tak kisah tau. Tapi wish gitu-gitu dengan sambutan ala kadar, yang penting saling menyayangi gitu hahaha.

Hadiah pun takde, tapiii ada hadiah yang paling bernilai untuk saya dan suami iaitu….

V
V
V
V

Ammar dah boleh berjalan!!!!.

Ceritanya macam ni, balik dari kerja, kebiasaannya saya akan susukan Ammar. Sebelum masak untuk berbuka kenelah bagi upah kat budak kecik tu. Ha masa tulah yang Ammar tunjuk skill berjalannya.

5 langkah.

Then stop jatuh.

Bangun dan berjalan lagi 4 ke 5 langkah.

Semua pun terkejut dan bersorak kat Ammar. Yesss Alhamdulillah u did it sayang. Ammar dah buktikan Ammar boleh berjalan. Cuma lambat sikit je, takpe sayang ini sudah cukup menggembirakan dan melegakan hati ibu.

Biarlah muka ibu tak ready tapi anak ibu ceria nampak gigi hihi

Terima kasih untuk hadiah ini, serius memang ibu abah seronok. Memang akan ingat sampai bila-bila. Anak ramai memang riuh, ada masa tegang ada masa meriah, tapi lebih banyak meriahnya sampai terangkat bumbung rumah hahaha.

Kalau korang tanya, nak anak lagi ke? Hahahha jawapan saya?? Biarlah rahsia kekeke.


Spread the love

Tags : , , ,

3 Comments

  • mama hakim posted on June 19, 2018 at 9:22 am

    Assalamualaikum, selamat hari raya aidil fitri Mama ucapkan kepada sis Aju mohit

    Mohon maaf atas segala salah silap sepanjang blogging.

    Ramadhan dah habis pun, Semoga ada rezeki jumpa lagi ramadhan tahun depan.

    Tahniah amar dah jalan. ALhamdulillah
    mama hakim recently posted..8 Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Sensitif! [BEST] Wajah Tak Pedih & Sakit Lagi.My Profile

    Reply
  • Ibu zaid posted on June 19, 2018 at 2:58 pm

    Hadiah hari raya jugak ni kan aju. Sebab baru hari tu Aju kongsi dalam blog
    Ibu zaid recently posted..Tempat menarik di Langkawi untuk dilawati? Wah cantiknya! Jalan jalan di 10 lokasi best.My Profile

    Reply
  • Afizah Abd Rahman posted on June 21, 2018 at 11:44 am

    Yeayyy… Dah boleh jalan ☺

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge