Umum Tampal wallpaper DIY Kaison di ruang tamu July 10, 2018

Spread the love

Ini cerita aktiviti kami di bulan puasa aritu. Oleh kerana cat merah di dinding ruang tamu ni dah bercapuk-capuk macam kene kulat air, kitaorang decided nak cat baru je dinding ni. Dalam hati nak tukar dari warna merah ke warna kelabu.

Warna kelabu ampak eksklusif di mata saya, dan kenalah dengan tema warna hitam, merah dan putih rumah ni. Tapi suami pulak last minute tu dia bersemangat nak tampal wallpaper.

tampal wallpaper sendiri
Sebelum tampal wallpaper, kalau perhati ada tompok2 putih kat wall

Hahahaha saya selalu bakar suami dengan gambar-gambar deko dari group deco rumahku syurgaku kat facebook tu. Dahla dia pulak terbakar nak menghias rumah hihihi.

Hahaha laki saya ni civil engineering orangnya, pandai ke dia nak tampal menampal ni kan. Biasanya kene ada caralah nak tampal wallpaper ni, eleh apa ada hal, orang perempuan pun boleh buat kerja ni katanya.

Tapi orang dah semangat, dia punya kerja pantas giler. Saya bagi jugakla dia tengok video cara tampal wallpaper DIY.

Terus pagi tu kitaorang pergi Kaison Setia City Mall mencari semua kelengkapan. Yang pening tu nak pilih corak yang bersesuaian dengan tema dan warna rumah kami.

tampal sendiri wallpaper DIY kaison
Hatni tebal sikit wallpaper nya, corak ala 3D
gam wallpaper kaison
Yang ni RM7.50 sebotol
gam serbuk untuk tampal wallpaper kaison
Serbuk gam ni pun RM7.50 sekotak

Saya rasa duk ulang alik kat rak wallpaper tu sejam pun ada. Dahla bulan puasa kan, anak-anak pun dah boring ulang alik tempat yang sama banyak kali.

Bahaya duduk lelama kat Kaison sebab tujuan ko nak beli satu barang tapi bila nak bayar boleh jadi 20 barang, dengan anak-anak punya order lagi haishhh.

Macam-macam corak yang ada, corak abstrak, bunga, batu bata, hmmm cantik-cantik semuanya. So setelah beberapa kali ambil letak, pikir itu ini, inilah corak pilihan hati. Puas wehhh pening kepala hahaha. Suami tanya, aju nak warna apa?

Bila saya tunjuk corak yang saya nak tu, tapi dia tetap pilih pilihan dia jugak. Ko ghase? Hahaha kalau dah suka color merah, tanyalah pendapat kita ni, pilihan dia tetap cantik juga hahaha.

Gunakan wiper silicon ni untuk ratakan tampalan wallpaper

 

Guna paint roller ni untuk roll gam ke dinding rumah

Cara tampal wallpaper DIY Kaison

Saya bagi chance lah suami menang, sebab sebab dia jugak yang nak panjat, tampal semua nanti kan. Ok inilah antara benda yang korang kene ada untuk tampal wallpaper DIY Kaison. Dinding saya ni ukuran 20 meter persegi dan menggunakan lebih kurang 3.5 roll wallpaper.

  • Wallpaper corak pilihan anda
  • Wallpaper Adhesive powder Kaison (serbuk)
  • Wallpaper glue Kaison (cecair)
  • Paint roller
  • Wiper silicon (apa ntah namanya hahaha)

Cara-caranya

Bancuhan gam wallpaper
  • Ok pertama sekali bancuh serbuk Wallpaper Adhesive powder dengan 4 liter air. Masukkan serbuk tu sedikit demi sedikit dalam air dan sambil tu kacau.
  • Kacau secara konsisten supaya serbuk gam tidak berketul dan lama-lama bancuhan akan menjadi likat dan pekat.
  • Saya juga masukkan sebotol Wallpaper glue Kaison untuk menjadikan bancuhan gam tu lebih kuat. Selepas tu korang biarkan selama 15 minit.
tampal wallpaper
Sila lipat dan gunting lebihan wallpaper tu.
  • Kemudian ambil paint roller dan celup dalam BANCUHAN GAM tadi dan roll gam tu pada dinding dan ambil wallpaper dan terus lekatkan ke dinding.
  • Buat secara teliti dan pastikan wallpaper TIDAK MENGGELEMBUNG dengan cara ambil wiper silicon dan ratakan.
  • Jangan terlalu kuat, jika tidak wallpaper anda akan TERKOYAK. Anda juga boleh lap dengan kain lebihan gam yang melekat pada permukaan wallpaper.
pasang wallpaper sendiri
Dah pasang nampak cantik je kan, alhamdulillah lega hihi
wallpaper kaison
Ha selepas dah siap ginilah hasilnya
  • Kemudian ambil gunting dan potong lebihan wallpaper yang berkenaan.
  • Seterusnya ulang langkah yang sama dengan melekatkan wallpaper di sebelah menyebelah dengan pastikan coraknya adalah selari dan seolah bersambung dengan wallpaper yang telah dilekatkan ke dinding.

Haaaahhh lega dah settle tampal wallpaper tu. Tak penat macam nak mengecat rumah, kalau mengecat tu nak kene 2/3 lapis kan. Yang ni sekali tampal, ha terus siap. Tapi yang penting pilihlah corak yang bersesuaian dengan tema rumah anda, InshaAllah rumahtangga aman bahagia hihihi.


Spread the love

Tags : , , , , , , , , ,

15 Comments

  • Hafiz posted on July 10, 2018 at 12:57 pm

    Baru buat juga kat umah guna wallpapar kaison ni.. tapi yg murah punya.. tapi ok juga.. dpt cover cat yg dah huduh tu..

    Reply
  • ejulz posted on July 10, 2018 at 1:36 pm

    cantik 🙂

    Reply
  • Zuraida Rahim posted on July 10, 2018 at 3:27 pm

    Cantik.. kemas je nampak

    Reply
  • Anuar posted on July 10, 2018 at 6:07 pm

    Wallpaper Dekat kaison murah2…
    Design pun cantik2..
    Anuar recently posted..Diari Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim ke 2 (Siri Akhir)My Profile

    Reply
  • Liez posted on July 11, 2018 at 8:30 am

    Suka tgk org lekat wallpaper dkt rumah masing2.. Liez nak buat jugak tap husband xsuka.. dia suka dinding tu bercat.. dinding rumah ni pun dah mcm art street dah.. penuh dgn lukisan anak2.. redooooo

    Reply
  • Mohamad Khairil Bin Hassan posted on July 11, 2018 at 5:43 pm

    first time singgah blog ni 🙂

    menariknya baru tahu cara nak pasang wallpaper..

    Reply
  • Ibu Mifzal posted on July 15, 2018 at 10:55 am

    wow cantik wallpaper tu aju.. kena nga tema

    Reply
  • Ibu Zaid posted on July 18, 2018 at 10:04 am

    Aju ni tinggal mana ya? Boleh pulak pergi setia city mall. Ibu pun selalu pergi sana. Saja nak makan makan dan bawa anak pergi lari kat padang luar tu. Air pancut dia pun lawa.
    Ibu Zaid recently posted..8 Resort di Melaka yang best untuk bercuti!My Profile

    Reply
  • Mama Hakim posted on July 18, 2018 at 12:54 pm

    Seronok tengok semangat suami isteri pasang wall paper. DIY lagi jimatkan aju
    Mama Hakim recently posted..Pelembap muka terbaik di Malaysia! Mana 1 yang paling berkesan?My Profile

    Reply
  • Muhamad Naim posted on August 14, 2018 at 11:07 pm

    Cantik juga wallpaper kaison ni, tak sangka..

    Reply
  • Jannah posted on April 7, 2019 at 12:23 am

    Hai nak tanya .. dah pasang wallpaper tu kan senang tak nak koyak dia balik sebab kite rmh sewa je .. maksud kalau koyak comot dinding tak .

    Reply
    • ajumohit posted on April 7, 2019 at 7:25 am

      memang dinding akan comot sis sebab bila dah kene gam tu akan ada kesan kertas melekat di dinding kalau kita tarik.

      Reply
      • ajumohit posted on October 10, 2019 at 1:57 pm

        kalau nak mudah nnti spray air, bila dah kembang boleh tarik je

        Reply
  • Nur Shazwani Azlan posted on October 9, 2019 at 2:01 am

    Hai.. Nak tanya.. Kalau beli wallpaper yg jenis sticker tu, boleh ke guna gam kaison tu? Sbb yg jenis sticker tu tak kuat sgt..

    Reply
    • ajumohit posted on October 10, 2019 at 1:55 pm

      klu nak guna boleh tp saya tak pasti kalau nak tanggalkan in future nnti macamana, sebab kalau guna wallpaper ni, nak tanggal tu spray air, dia akan kembang dan mudah nak tanggal.

      Reply

    Leave a Reply

    CommentLuv badge