Umum Majlis bertandang di Beruas, Perak August 30, 2018

Spread the love

Hari pertama

Dah cerita hari tu pergi kenduri anak buah kahwin kan? Ha kali ni majlis bertandang ke rumah   lelaki pulak di Beruas, Perak. Semangat semua anak-anak nak pergi sebab ktorang bermalam kat chalet 1 malam. Dan paling best memasing fikir mana tau ada durian sepanjang jalan kampong tu kan, bolehla singgah melahap durian hahaha.

Nah memacam tempat ktorang singgah sepanjang perjalanan. Singgah lunch dekat Nasi Bamboo Sungkai, singgah Kellie’s Castle, singgah Masjid Gopeng solat jap hahaha itupun nak citer kan, ek elee. Kebetulan kakak saya dan anaknya tumpang kereta, so itu yang saje bawak diorang jalan sekali.

Nasi Bamboo, Sungkai

Masa makan kat Sungkai ni, mak aihh ramainya orang, sampai penuhlah semua seat yang hado. Siap berdiri tunggu tepi-tepi meja yang nak habis dah tu, mana taknya kami sampai time peak hour, tambahan pulak cuti sekolah, tu yang ramai sangat orangnya. Dengan askar-askar ni memang banyak bersabar, nak pulak yang kekecik tu, tak mau makan saman bila orang bercakap suruh duduk dendiam.

nasi bamboo sungkai
Ramai giler orang time ni, tapi at last dapat jugalah seat di hujung-hujung kedai ni. Ha apa tunggu lagi makan time
nasi buluh sungkai
Amboih lapar ke adam? Nampaknya semua sedang menikmati makanan

Menggeliat badannya nak berjalan, nak cuit itu ini. Nak suap makan pun susah hahaha. Patutla maknya boleh maintain badan, kita nak makan memang tak boleh nak hadap pun nasinya.

So kenelah bergilir dengan si kakak. Alia pulak jenis makan sikit je, so cepatlah dia boleh jaga adiknya dan ibu boleh makan dengan aman hahaha. Sementara nak siap makan, diorang pulak pow maknya dengan mainan, huhu nasib baik murah jek, dan bolehla diorang behave sebaiknya.

Okeh, dah siap makan, tu kami pun terus ke destinasi seterusnya. Solat dan bagi mandi si kecik2 ni. Dah siap semuanya, kami pun teruslah menuju ke Beruas.

Kellie’s Castle

Dah on the way tu, lalu depan Kellie’s Castle, dan apa lagi singgahla ambil gambar serba sikit. Huishh jauh juga rasanya perjalanan kami ni. Bertolak dari pukul 11.30 pagi, tapi pukul 6.15 petang baru sampai Beruas huhhuu.

Kellie's castle perak
Kellie’s Castle ni nak masuk kene bayar tiket tapi tak tau berapa harga sebab malas nak berjalan dalam tu. Tengok dari jauh sayup-sayup je, hahaha nasiblah dapat ibu yang malas nak mengukur jalan.
kellie's castle perak
Tadi lunch dah makan, ni minum pulak, haus memasing ha, panas terik kan

Kematu punggung rasanya. Durian? Takde pun duriannya, yang hado pokok je dengan pokok kelapa sawit nan menghijau. Tapi yang best dapat menikmati suasana kampunglah.

Hari kedua

Lepas tu siaplah nak bergambar dalam kebun sawit tu, macamlah tak pernah jumpa. Padahal saya kecik-kecik duk membesar dengan sawit nilah haha. Seronoklah dapat stay kat chalet dalam ladang sawit, tapi yang tak best banyak giler lalat sebab katanya dekat dengan reban ayam milik Ayamas yang mana isu ni pernah masuk TV3.

Layankan suami kita yang rajin benor nak bergambar, sportinglah kita ni pun acah-acah nak berlari
Tengok laki saya tu, kemahin posingnya, apsal la leher saya tu macam geliat je hahaha

Huhuhu memanglah tak selesa ko duduk sebilik dengan kawanan lalat. Rasa nak spray je semuanya. Tapi lalat pun macam kita, bila siang banyak giler dia terbang, tapi malam automatic semua takde. Agaknya dia balik rumah tidur, sama macam kita gamaknya kikiki.

Di rumah pengantin lelaki

Ha inilah majlis bertandang di rumah pengantin lelaki. Cantiknya lah anak buah saya ni, macam makciknya ;). Sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua. Meriah kendurinya.

baju pengantin peplum songket
Inilah anak buah saya tu, cantiknya dia, suka tengok baju dan make up nya.
makan mengadap pengantin
Ha suap jangan tak suap hahaha
Last but not least, inilah rombongan kami dari KL dan Selangor. Meriah bangat!!!

Yang bestnya tentulah makan nasi minyak kan. Bukan selalu pun dapat cheating makan ni hahaha. Biasalah si kecik ni meratalah jalannya, janji dapat makanan oklah tu.

Dah siap settle makan, kami terus pulang sebab risaukan jem almaklumlah cuti sekolah dah tamat, semua pun berpusu-pusu nak balik. Dan semoga pengantin dapat menyesuaikan diri dengan pasangan dan keluarga. Semoga berbahagia ke akhir hayat.


Spread the love

Tags : , , ,

1 Comment

  • Ibu Mifzal posted on September 9, 2018 at 9:53 am

    x pernah lg makan tempat baru ns bamboo walaupun dekat. dulu sblm famous selalu jgk makan.
    meriah majlis bertandangnya.

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge