Umum Selamat Hari Lahir untukku August 6, 2018

Spread the love

Alhamdulillah

Terima kasih semua atas ucapan.

Terharu rasa membaca semua ucapan dan doa korang semua. Baik dari facebook, whatsapp dan ucapan lisan. Bersyukur dikelilingi insan yang sangat baik hati, sentiasa mendoakan dan mengingati.

Tahun ini, saya dah pun berusia 20 tahun kikikiki, sila muntah semua. Apo 20 tahun pulak, anak dah pun 5 orang kan. Kita dah 37 tahun dah korang!! Dah tua kan tapi hati tetap muda hahahaha.

Weekend lepas kenduri cukur jambul anak sedara kat Pahang. Meriah giler.

Alhamdulillah Allah bagi lagi peluang untuk bersama keluarga tercinta, membesarkan mereka dan mencurah bakti pada emak dan adik beradik semua. Setiap hari terfikir macamana nanti Allah panggil aku balik ke sana?? Bersediakah aku nanti untuk pulang ke sana??

Ya Allah kalau fikir memang takut dan tak bersedia, tapi bila Allah suruh balik bukan kira kita nak ke tak nak kan. Yang penting kita ni memang kene bersedia dan pulang ke sana dengan semua amalan baiknya. Tapi amalan pun sebesar kuman, rasa banyak buat dosa setiap hari. Moga Allah terima hendaknya amalan kita selama kita hidup ni kan.

TQ husband sebab setia melayan kerenah isterimu, semoga setia berkekalan ke akhir hayat

Setiap hari saya bersyukur kerana Allah bagi saya pasangan hidup yang baik, anak-anak yang sihat dan comel. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih-lebih lagi ujiannya, saya ni amat bersyukur dengan kurniaanNya. Allah uji saya dengan tahap kesihatan mak, Allah ambil arwah ayah, Allah ambil anak sulung saya, tapi itu semua ada hikmahnya.

Dan yang pasti Allah akan temukan kita semua semula di sana. Hishh rindu usah kata, rindu sangat kat arwah ayah. Lama dah tak mimpikan ayah. Pejam celik pejam celik, dah 13 tahun arwah ayah kembali ke rahmatullah.

Lama betul, itu saya, kalau emak, dia lagilah rindu kan. Itu pasangan hidupnya, melengkapi kekurangannya, bersusah senang bersama-sama kan. Semalam balik kampung, emak seronok betul dapat jumpa anak cucunya. Masak macam-macam, biasalah emak kan.

Kalau tak sihat pun mesti dia buat-buat sihat. Tapi dapat pulak anak kuat tidur macam saya, emak nak borak tapi saya dah mengantuk benar, pukul 3 petang tu dapatlah lelap kejap 20 minit, hahahaha. Lepas tu bangun cari makanan, haishhhh emak mesti dah masak dengan perangai saya kakakaka. Bila lagi dapat peluang tidur macam ni, kalau kat rumah sendiri memang tidaklah.

Tapi walau saya kuat tidur dan kuat makan, bila sampai kampung tengahari tu, saya masak untuk mak tau. Hahaha kalau boleh taknak susahkan mak. Kesian dia dahla penat kemas luar rumah, nak masak lagi kan.

Yang paling best mak simpankan durian belakang rumah ni. Walau buah kat pokok dah habis tapi buah yang gugur sebelum tu mak frozen kan dan bila anak-anaknya balik sure semua dapat rasa. Hebatnya mak. Sayang mak!!!

Dan semestinya entri hari ini untuk emak yang susah lahirkan saya ke dunia ini. Sakitnya mak lahirkan anak yang paling tembam dalam 5 beradik ni. Gigihnya mak membesarkan kami semua, Allah uji mak dengan sakit misteri. Tapi Allah kurniakan kemanisan akhirnya.

Aju nak emak tahu yang aju sayangkan emak sampai akhir hayat. Teringat masa mak sakit strok hari tu, kami semua gilir-gilir jaga mak. Dari abang sulung, kakak saya, adik, semuanya bergilir teman mak kat hospital. Mandikan emak, suapkan makan mak, urut mak. Itu baru sikit berbanding jasa mak pada kami.

MAK KAMI SAYANG EMAK, tiada gantinya mak.


Spread the love

3 Comments

  • Ibu Mifzal posted on August 7, 2018 at 8:23 am

    Selamat hari lahir aju. Semoga sentiasa berada di dalam rahmat Ilahi. Seronok tgk gmbr keluarga bahagia.
    Ibu Mifzal recently posted..Throwback : Kisah Mengundi PRU 14My Profile

    Reply
  • mrhanafi posted on August 11, 2018 at 11:00 am

    Alhamdulillah…

    setiap hari kita dilimpahi rezeki dan nikmat yang terkira banyaknya…

    sedar dengan tidak sedar sahaja lagi…

    BTW..

    Selamat hari lahir yang ke 20 plus 17

    Moga panjang umur,murah rezeki,sihat dan diberi petunjuk dari Allah hingga ke akhir hayat
    mrhanafi recently posted..Kayo-kayo Di Plaza Merdeka Kuching SarawakMy Profile

    Reply
  • Azwan posted on August 27, 2018 at 8:45 pm

    Kasihnya ibu membawa ke syurga, sekali derhaka baunyapun tidak akan dapat kita cium.
    Azwan recently posted..7 Langkah Bebas Hutang (Kaedah Dave Ramsey)My Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge