Travel Jalan-jalan bercuti adik beradik makan angin ke Melaka October 22, 2018

Spread the love

Menjadi seorang mak ni memang memenatkan. Menguruskan hal-hal rumah, membesarkan anak-anak, buat kerja itu, buat kerja ini. Ada masa kita memang perlu ‘me time’, nak rehat dan nak lupakan sekejap semua kerja-kerja harian.

Walau tak pergi bercuti, dapat berehat di rumah tanpa gangguan anak-anak pun dah cukup rasanya. Siapa yang sama macam saya? Angkat tangan!! Yeahhh. Bukanlah selfish, tapi itulah cara nak release sedikit stress kan. Duduk kat rumah, buka TV, buka kipas laju-laju, minum milo ais dan makan jajan. Haahah heaven!!

jalan-jalan melaka
Jom mak kita pergi Melaka.

Sebab time anak takdelah baru boleh makan benda yang tak boleh nak makan depan diorang kan. Eleh korang pun macam tu kan? Baik mengaku hahaha :). So bila dah jadi mak ni, barulah tau tanggungjawab tu sangat memenatkan. Dengan kerenah anak-anak dan suami yang bermacam-macam.

Tapi bukanlah sampai menyesal dah jadi mak ni, cuma itulah, kalau ada anak yang tak reti nak hargai mak tu memang teruklah korang. Mak kita ni satu je dalam dunia, tiada gantinya. Ingatlah saat dia melahirkan, membesarkan, menyuapkan makanan, menghantar ke sekolah dan bermacam-macamalah pengorbanannya.

Tapi bila korang tak hargai jasa-jasa mak ni, korang ingat berkat ke hidup ni? Memang taklah jawab dia. Takpelah, apa yang penting, prinsip dia satu je, bila kita buat tak baik kat orang, memang tak mustahil satu hari nanti dia akan kene kat batang hidung sendiri jugak huhuhu.

Percutian keluarga kami ke Melaka.

Mak saya teringin benar nak jalan-jalan ke sana. Katanya teringin nak makan dodol, beli kuih-kuih dan paling penting saya suspect mak dah boring sangat duduk rumahnya kat Pahang nun :). Tak apa mak, selagi kami adik beradik masih ada, Insha Allah kami akan tunaikan dan gembirakan mak.

So kami adik beradik decide tarikh yang semua orang free, book homestay dan mulakan perjalanan kami ke sana. Wah cukup meriah dengan anak-anak yang makin membesar dan tak kurang anak-anak yang kecik tu hahaha. Semua pun happy jumpa sepupu masing-masing, almaklumlah semua ni lebih kurang sebaya je.

Coconut Shake Pantai Klebang

Coconut Shake Pantai Klebang
Coconut Shake Pantai Klebang
Kuih Keria Melaka
Kuih Keria Melaka

Dan duit semuanya kami berkongsi bersama-sama. So itu yang kami guna untuk perbelanjaan sepanjang percutian ni. Kira ni tabung percutianlah, memang best ada dana macam ni. Barulah nak berjalan pun masing-masing seronok kan. So agenda hari pertama tu, sampai je Melaka terus pekena Coconut Shake Pantai Klebang. Dan lepas tu apa lagi, mencari kuih keria gula Melaka.

Melepak sambil berbual tentang hal masa depan, cheh masa depan siapa pulak lah kan. Takdelah cerita masa depan pun, borak-borak kosonglah cerita kami ni, sambil bagi driver rehat kejap melepaskan penat lelah.

Dataran Pahlawan Melaka

Dodo; cair Dataran Pahlawan Melaka
Dataran Pahlawan Melaka, ada dodol cair uolss? Sedap melekat, hmmm sampai melekat kat tekak
souvenir dataran pahlawan melaka
Tengok mak kita happy dia dapat shopping
asam pedas melaka
Asam Pedas Ikan pari
Daging Salai Masak Lemak Cili Api
Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Dah kenyang, kita pergi jalan-jalan di Dataran Pahlawan pulak. Emm best, dapatlah merasa dodol cair, emmm nikmat sungguh! Mak saya happy nampaknya, duk beli macam-macam buah tangan. Macam banyak stok makanan mak beli ni hahaha. Takpe yang penting mak puashati. Dah siap shopping, kami pun makan tengahari Asam Pedas kat area situ juga. Pekena semua menu kat atas ni, pehhh terbaik!!

Homestay Bukit Katil Melaka

homestay bukit katil melaka
Hah Dapat turun kereta terus bersilat anak saya tu, hahaha

Homestay ni kami sewa RM220 untuk satu malam, dan duduknya di Bukit Katil. Kira tengah-tengah antara bandar dan tempat makan seafood Parameswara tu. Biasalah kalau makan angin ni, yang bestnya nak makan, nak berjalan dan makan lagi dan lagi kikikiki

homestay bukit katil melaka
Dapur yang selesa, ada rice cooker, tapi kami tak masak pun huhuu
homestay bukit katil melaka
Ruang Dapur nan selesa
homestay bukit katil melaka
Rumah ni ada 4 bilik, tapi bilik aircond ada sebuah ja

So bila perut dah terisi, masing-masing dah lekit badan, kitaorang terus ke homestay pulak. Hah, dah masuk rumah, hujan pun makin lebat. Korang suspek apa aktiviti kami? Hahahahaha mentidorlah semuanya hahaha. Baik punya tidur, cuma anak-anak je yang duk sibuk main lagi.

Takpelah bagilah peluang diorang nak huha huha kan. Bila dah berkumpul satu family, biasanya saya, adik, kakak dan mak akan berborak sakanlah. Cerita itu dan cerita ini. Bukan senang nak dapat peluang gathering macam ni, jadi gunakan sebaik mungkin. Bila memasing dah mendapat energy, so masanya untuk mengisi perut lagi hahaha.

Medan Ikan Bakar Parameswara Melaka

Ikan bakar parameswara
Ikan siakap 3 rasa
ikan bakar parameswara
Aduii yummy sotong goreng tepung
ikan bakar parameswara melaka
Udang masak butter
berapa harga makan parameswara melaka
Ketam goreng telur masin

So next destination ialah Medan Ikan Bakar Parameswara. Hmmm nyummy, tengoklah apa yang kami hadap ni. Bab mengorder saya dan suami settlekan, so kami duk order ketam masak telur masin, udang butter prawn, ikan tiga rasa, ikan bakar, lala goreng bercili dan sotong goreng tepung. Air sirap satu jug dan air teh o ais satu jug. Hmmm sedap sangat, kenyang, sampai ketat perut ni ha.

Wahh memang best sangat percutian ni, korang pun kalau ada kesempatan macam ni, apa lagi pergilah bawak keluarga bercuti. Sambil-sambil dapat eratkan silaturrahim, kita pun dapat menikmati erti kehidupan sebenar kan hmm. Last but not least, hmmm makan, makan dan makan :).

Asam pedas melaka
Emm menikmati sungguh asam pedas namanya tu
Meriah semuanya time makan, anak-anak kat meja lain

Percutian 2 hari 1 malam ni walau sekejap tapi serius menggembirakan. Tahun depan kami plan nak bercuti lagi, dan duit tabungan bulanan akan bermula tahun depan, 2019. Semoga mak sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah dan beri kami peluang untuk terus balas jasa mak.


Spread the love

1 Comment

  • adianiez AIDA posted on October 25, 2018 at 9:47 am

    wah… welcome to melaka 🙂
    lama juga aida x makan di parameswara.
    sentiasa ramai org sana kalau weekends. weekdays nak gi, kak Nurin xde kan.
    so, tak suka makan2 kalau anak tak cukup korum.

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge