Travel Trip mak-mak makan angin ke Langkawi – Hari Kedua November 19, 2018

Spread the love

Sambungan entri mak-mak makan angin ke Langkawi entri sebelum ni.

percutian ke langkawi bersama rakan pejabat
Inilah homestay kami menginap, wah bab berlakon serah je kat kami haha

Dah macam sinetron pulak rasanya, walau saya memang tak suka betul tengok drama sinetron beratus episode :). Alkisahnya, ini sambungan episod hari kedua percutian kami. Pagi tu semua memang bangun awal, hebat dan semangat :).

Walau bukan tidur kat umah sendiri tapi mungkin sebab penat, masing-masing tidur lena malam tu kekdahnya. Bangun awal, sempat berpoco-poco, dan sarapan pagi. Lihatlah sarapan kami, nasi lemak ikan bilis, kuih muih tradisional dan air yang pelbagai.

Sarapan pagi yang mengenyangkan, perghh tersandor

Apa yang best kat sini ialah makanannya yang sedap dan yang terpenting murah. Rasa puas hati sebab dapat makanan yang dibuat ikhlas dari hati. Kat kawasan kampung memang macam tulah biasanya kan, rasa sedap, harga pun berpatutan.

Dan paling tepat, perut sangat kekenyangan hihi. Mana taknya aktiviti lepas ni memang kene pakai banyak tenaga. Apa lagi kalau bukan aktiviti Mangrove!! Yeay!! Tapi sementara nak tunggu boat tu gerak pukul 9.30pagi, kami pun duk bergambarlah. Kata bertolak awal kan, maka sampai pun awal.

Terlipat kakinya
geng tarian balet
Yeay terbang!!

Ha kemahin ha sensorang punya bakat terpendam. Bila anak-anak dan suami takde, dia punya happy boleh lompat tinggi ha memasing kakakaka. Boleh ulang banyak kali pulak tu, tak sakit pulak kakinya :). Kaedah ballet, kaedah kaki terlipat, menuju puncak semua gaya pun adalah. Tak sangka kengkawan saya ni ya, semua punya bakat luar biasa hahaha.

Bye bye kami gerak gi Mangrove dulu
mangrove langkawi
Posing sat, gaya mesti ada haha
Ceria kemahin
Pandai brother bot ni amikkan gambar kitaorg

Bila dah settle part bergambar, apalagi masanya untuk kami bergerak naik ke bot. Perjalanan untuk sampai  ke destinasi pertama ambil masa 30 ke 40 minit lebih kuranglah. Dengan safety jacket di badan, bot yang berdesup laju, kuatnya menghempas alunan air laut yang kekadang mengganas, perghh ayat novel ko hihi.

Huhh debor sebab bukannya pandai berenang ni huhu. Tawakal janganlah apa-apa berlaku. Dan Alhamdulillah, kami selamat dah tiba di destinasi pertama. Inilah dia Gua Kelawar.

Gua Kelawar Langkawi
Keluar dari gua erus bergambar
Merenung masa depan hahaha
Gua Kelawar, bye bye
Gua buaya, ini on the way dari Gua Kelawar ke tempat Helang
Bab posing bagi kat ko je kan kikiki

Brother bot ni tinggalkan kami kat sini lebih kurang 1/2 jam. Rasa macam lama kan, rasa macam takde aktiviti nak buat kan? Tapi bila dah masuk dalam gua tu, keluar gua, fuh view pokok bakau menggamit mata nau nau.

Boleh jugak nampak stalactite dan stalagmite yang beratus tahun usianya. Memang serius view kat sini memang cantik! Kelawar pun banyak giler dalam gua tu, cuma a bit nervous sebab banyak sangat, sebab tu tak boleh ada flash kamera bagai, dikhuatiri kelawar yang banyak-banyak tu menyerang korang macam drakula, hihi gurau je uolss.

Nampak tak helang tu, besar kan

Done kat Gua Kelawar, kita gerak bagi helang makanlah pulak ya. Bot ni melalui jalan ke Gua Buaya, cantik view dalam gua tu. Monkey pun banyak juga, sambil nak bagi helang makan, si monkey pun tunggu orang bagi dia makanan. Tapi kesian takde makanan untuk ko monkey hahaha.

Helang ni dah tau port makan dia. Bila kami datang, bawak pulak perut ayam, dia dah berterbangan kat atas nun. Ok bila tengok helang tu makan, automatic kita pun lapar.

Jam pun dah tunjuk dekat jam 12 tengahari, so seterusnya brother bot bawak kami ke sangkar ikan. Macam-macam spesies ikan yang ada. Mula-mula brother ikan tu tunjuk macamana nak bagi ikan tu makan, lepas tu kami pulak suap ikan tu makan.

Besar-besar ikannya beb
Pekena fresh orange
Khusyuk dengar penerangan brother ikan ni
sangkar ikan langkawi
Yang saya pegang ni ikan buntal namanya

Perghh siap boleh sentuh ikan tu, cuma nak tangkap je tak boleh. Kot dapat sekor buat ikan stim ke, masak 3 rasa ke best jugak haha. Tapi itu angan-angan ko jela, sebab kalau teringin nak makan, diorang kat sini ada restoran juga.

Bolehla nikmati makan di tengah lautan gittew. Kami order 3 pinggan sotong goreng tepung dan air buah-buahan. Emm sedap giler sotong goreng tepung ni. Memang fresh rasa dia. Then selepas dah kenyang, kami pulanglah ke daratan. Tetiba, terus dapat idea nak mandi laut.

Duduk bersila atas air, ko mampu?? Hahaha
Syokk woa mandi laut best!!!

Yeay!!! Walau tak pandai berenang, dapat celup-celup kaki pun jadilah. Tapi bila dah celup kaki, tak bestlah kalau tak berendam kan, ha ko…Celup satu badan jawab dia. Bestnya dapat menikmati mandi laut di petang hari. Laut bersih, tepian pantai yang menenangkan, hmmm bestnya kalau ada anak-anak sekali hahaha, rindulah tu.

Bila dah berjam-jam berendam, perut ko automatic lapor. Teruslah pergi toilet basuh kaki bagai, start enjin kereta then cari kedai makan. Lapor! Lapor!…Ha mempersembahkan menu makan tengahari merangkap petang, sebab waktu ni dah dekat pukul 5 petang baru nak mencekik :).

Petang tu baik dari mandi laut, pekena nasi daging sedapnya

Settle makan, kami beransur balik ke homestay untuk mandi dan rehatlah jap. Malamnya tema kami warna gold dan dusty pink. Malam tu kami just pusing-pusing Langkawi dan singgah makan kat Veena Reaturant Thai Seafood.

Veena Restaurant, Langkawi, makanan laut
Veena Restaurant, Langkawi
Sambil tunggu makanan kita posing dulu
Pilih-pilih jangan takpilih
Burrpp kenyang nau nau beb

Wahh memang hidangan terbaiklah. Siakap 3 rasa, udang sambal, sotong goreng tepung, telor dadar penutup acara kami di hari kedua. Lepas tu semua kekenyangan sebab dah macam tak larat nak habiskan walau rasanya sedap. Dan yang bestnya, harga hidangan kami malam tu berbaloi dan murah jugakla.

Sangat recommended untuk korang datang makan sini kalau singgah di Langkawi. Kan dah kata kalau jalan-jalan makan angin ni, selain view tempat menarik, tempat makan adalah perkara yang terutama juga. Menjamu mata sambil menjamu perut. Settle hari kedua, kita sambung next episode ya.


Spread the love

Tags :

3 Comments

  • Mimi posted on November 20, 2018 at 2:11 pm

    Dah lama rasanya tak pergi Langkawi ni. Bila lagi nak pergi tak tahulah

    Reply
  • kisahsidairy posted on November 21, 2018 at 11:05 am

    sesekali kan join trip mak² ni memang best…tulah masa nak ber ME TIME…

    Reply
  • amie posted on November 24, 2018 at 5:46 pm

    Seronok tengok mak-mak makan angin…hehehee sesekali memang kena ada masa utk bersama rakan-rakan.

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge