Blogging Dengan Ezbuy kadar ‘shipping’ hanya RM8.80 bagi pembelian dari luar negara December 6, 2018

Spread the love

Sebenarnya saya dah lama berangan nak ke luar negara khususnya Negara China nak cari barang murah. Kalau diikutkan banyak benda nak beli sebab kebanyakan peniaga di sini semuanya ambil barang dari sana. Bezanya peniaga ni beli dalam kuantiti yang banyak, bagi kita yang nak beli setakat 1-2 item ni rasa tak berbaloi kalau nak pergi sana. Mana nak bayar tiket kapal terbang, penginapan dan belanja makan minum.

Pelbagai pilihan kategori produk yang disediakan untuk para pelanggan

Tapi sekarang ni dengan adanya laman web online yang menyediakan platform jual beli secara dalam talian, semuanya semudah abc dan dihujung jari. Klik klik klik, bayar duit dan tunggu je barang yang dipesan sampai di pintu pejabat atau pintu rumah haha. Salah satu laman web yang menyediakan perkhidmatan order barang terus dari China dan USA ini ialah Ezbuy.

Semudah namanya, “pembelian mudah”, yup ianya memang memudahkan. Cakap apa sahaja barang yang anda mahukan, semuanya ada. Contohnya sekarang ni memang trend pokok hiasan palsu di dalam rumah. Adui teringinnya nak beli untuk hias di ruang tamu.

Keahlian dan Kelebihan Prime

Ezbuy menyediakan penghantaran dan perkhidmatan yang terbaik dan berpatutan berbanding perkhidmatan yang lain. Contohnya kalau korang nak enjoy kos penghantaran yang murah dan berbaloi, sangat digalakkan mendaftar sebagai Prime MEMBER SERVICE.

Pilihan di tangan anda untuk penjimatan yang sangat luar biasa.

Perbandingan pakej Prime

Antara pakej yang disediakan untuk pilihan anda. Setiap pakej ditawarkan dengan kadar penghantaran yang sama iaitu hanya serendah RM8.80 sahaja.

Kalau dikira ianya memang murah. Dengan pakej Annual Prime, anda perlu membayar  yuran tahunan sebanyak RM188. Sebaik sahaja ianya diaktifkan untuk jangka masa setahun, korang hanya perlu membayar KOS PENGHANTARAN RM8.80 SAHAJA, TAK KIRA BERAPA KUANTITI, BERAT DAN SAIZ barang yang dipesan untuk setiap pembelian.

Yang kedua ialah pakej Prime Lite, yuran yang akan dikenakan ialah RM99 untuk jangka masa 6 bulan. Tapi kalau korang nak cuba gunakan servis ini untuk 5 hari, kos keahlian untuk trial period sebulan ni hanya akan dicaj RM18.80 sahaja dan waktu tu caj penghantaran akan dicaj sebanyak RM8.80 juga.

kelebihan menggunakan prime
Dalam ilustrasi ini korang boleh nampak dengan jelas perbandingan caj penghantaran antara pembelian tanpa Prime dan yang berdaftar sebagai Prime. Dengan Ezbuy Prime, tiada yuran agen, penghantaran yang dipercayai, harga promosi dan caj pada kadar rata iaitu RM8.80 tanpa mengira berat, saiz dan kuantiti.

Dalam erti kata lain, yang bezanya yuran keahlian mengikut tempoh masa, tapi caj penghantaran adalah sama pada kadar rata iaitu RM8.80. Faham ya?. Jadi minat tak nak cuba perkhidmatan penghantaran PRIME ini. Best kan? Pada korang yang dah lama teringin nak beli barang dari China, hmm Ezbuy memang dah memudahkan kerja korang semua :).

Tempoh penghantaran

Tempoh masa yang diambil dengan keahlian Prime.

Tempoh penghantaran adalah dalam tempoh 3 hingga 5 hari untuk penghantaran melalui pengangkutan udara. Manakala untuk item in bulk, berat dan besar, mereka akan menggunakan kapal yang akan mengambil masa 6 hingga 22 hari perjalanan. Item ni termasuklah perabot dan item yang sensitive.

Kelebihan PRIME
Dalam ilustrasi ini korang nampak dengan jelas kelebihan ahli PRIME. Berbaloi-baloi, setakat nak order almari, sofa tu serius sangat recommended. Caj penghantaran pada kadar murah iaitu RM8.80 sahaja. Orang kata murah, berbaloi dan tak menyesal 🙂

Prime Wishlist

Dengan menjadi ahli Prime atau membayar langganan tahunan, anda boleh memilih item dari ‘Non Prime’ kepada kategori ‘Prime’. Maknanya, barangan yang tidak tertakluk kepada flat shipping rate RM8.80 juga layak untuk mendapat kadar rata ini apabila kita memasukkan barangan tersebut di dalam list ‘ wishes’ kita selepas ianya di ‘approve’ oleh Ezbuy.

Sokongan dari Perkhidmatan Pelanggan

Customer Service sedia membantu

Dan yang paling best, setiap pertanyaan anda akan dilayan oleh perkhidmatan pelanggan yang sedia menjawab semua persoalan tentang kemusykilan. Bagus sebab kita akan dapat jawapan secara cepat tanpa menunggu lama. Dan ianya memudahkan proses kita untuk membeli dan seterusnya membuat bayaran.

Klik untuk ——> Daftar Ezbuy

Dan untuk korang yang berminat untuk mula membeli barangan dari luar negara dengan penjimatan atas kos penghantaran, bolehlah terus mendaftar di laman web Ezbuy sekarang. Seterusnya korang boleh mendapat baucer tunai RM15 dan 15% diskaun atas kos penghantaran. Jimat kan?

Klik banner untuk promosi lanjut

Dan tak lupa juga, Ezbuy akan mengadakan kempen Year End Sales 12.12 dengan pelbagai promosi menarik untuk anda. Jangan berlengah untuk daftar sekarang. Dapatkan pelbagai promosi menarik untuk penjimatan berganda.


Spread the love

Tags : , ,

4 Comments

  • mamatisya posted on December 6, 2018 at 9:42 am

    hah tk lama dh nk 12.12 ..sure kaki shopping online tk sbr2 tgu ni

    Reply
  • Azian Khalil posted on December 6, 2018 at 11:18 am

    Okay…i’ll save the date!

    Reply
  • Azian Khalil posted on December 6, 2018 at 11:19 am

    Okay…i’ll save the date. Tq aju

    Reply
  • Mimi posted on December 22, 2018 at 4:38 pm

    Murah juga shipping yang ditawarkan ezbuy. Berbaloilah kan kalo shopping banyak banyak

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge