Parenting Adam sakit perut, ingatkan gastrik rupanya sebab selalu tahan berak January 18, 2019

Spread the love

Anak-anak ramai ni memang banyak ragam dan ceritanya. Kekadang sampai tahap penat nak layan kerenah diorang ni. Anak saya yang berlima ni pelbagai kerenahnya dari peringkat remaja, kanak-kanak dan bayi. Lengkap peringkat umurnya :). Walau Ammar dah setahun 11 bulan, ianya tetap bayi dihatiku hahaha.

pediatrik hospital avisena shah alam
Unit Pediatrik Hospital Avisena Shah Alam, si adam tu relax je nampak tapi sebenarnya sakit perut tahap mengerekot

Doktor suspek gastrik

Satu hari si Adam mengadu sakit perut. Sakit sangat katanya sampai dia menangis-nangis. Kalau sakit perut biasa kita mesti tak panik dan paling tidak pun maybe masuk angin sebab lambat makan ke apa.

Ini tak, kalau dah tahap menangis, something wrong rasanya. Saya ni risau bawakla ke klinik swasta. Doktor kata perut Adam berangin, hmm padahal dia makan je, tang bila pulak masuk anginnya?.

So takpelah doktor pun bagi ubat angin. Saya masakkan bubur sebab risau gastrik ke apa kan. Orang gastrik kan tak boleh makan makanan pejal sebab tu saya masakkan bubur untuk Adam. Tak bagi minum susu.

Lepas beberapa hari, still lagi sakit perut memulas. Sampai mengerekot badannya tahan sakit, menangis-nangis. Tak boleh duduk tegak, mesti kene tunduk atau mengerekot badannya. Tengok anak macam tu, hati siapa tak sedih kan? Aduyai pehal pulak ni. Then saya bawa gi klinik swasta lagi, then doktor kata maybe gastrik.

doktor roliza avisena hospital
Dr pakar Roliza ni bestlah, recommended kalau korang nak jumpa doc ni. sangat friendly dan pakar bab kerja itu usahlah dinafikan.

Suspek gastrik

Yang kita ni memang ingatkan gastrik, still lagi bagi Adam makan ubat angin dan ubat gastrik tu. Tapi still takde perubahan nak baik ke apa. Still mengadu sakit perut menangis. Lemah sangat mukanya. Tapi doktor suggest bawa jumpa pakar dan bagi surat rujuk ke hospital swasta.

Dan bila kira-kira dah 8 hari Adam macam ni, so saya dan suami bawa jugalah Adam ke Avisena Hospital, Shah Alam. Masuk bilik doktor, macam biasa doktor akan tanya kenapa ni? So saya terangkan panjang lebar pada doktor bla bla bla bla.

Doktor Pakar kata ianya bukan gastrik

Tapi doktor boleh senyum je dengar penerangan saya tu. Dan korang tau apa doktor cakap? Sebenarnya ramai yang macam ni puan. Hari ni saja dah beberapa patient kanak-kanak yang sakit macam ni.

Saya dah suami ternganga dengar doktor cakap macam tu. Bukan disebabkan virus atau sakit gastrik tapi perangai bebudak yang selalu tahan berak ni. Doktor tu kata selalunya budak perempuan yang ada masalah macam ni, sebab diorang penggeli nak ke toilet di sekolah. So suka tahan je dari buang air di sekolah. Aiyooo.

hospital pakar avisena shah alam
Menyibuk pulak nak tengok apa yang nurse key in dalam sistem tu. Hmm yang pasti dah lega lepas jumpa doktor. Hmm alhamdulillah
Diorang berdua ni pun menyibuk juga ya. Sebelum tu boleh diorang ni gurau-gurau

X-ray untuk kepastian

Bila doktor tekan-tekan perut Adam, katanya penuh najis ni. Katanya kalau selalu tahan berak, najis akan jadi keras dan berketul. Jadi tu yang berhari-hari tak membuang. So untuk lebih kepastian, doktor minta Adam di X-ray dulu. So lepas tu jumpa doktor semula. Hmm anak bujang den sorang ni, memang kene bebel la dengan omak eaa.

X-ray done, sekejap je uols. Tak perlu tanggal baju pun. Yang masuk dalam bilik x-ray tu pun Adam seorang je. Kami tunggu di luar bilik. Bila dah settle x-ray, then kami ke bilik doktor semula. Hmmm sah memang doktor kata najis dah penuh dalam usus.

Semua taknak keluar sebab dah jadi macam sembelit. Kalau yang hujung tu lepas sure yang lain mengikut hahahaha. Sebab tu Adam ada bagitau, masa dia sakit perut hari tu, dia berak dua tiga ketul je. Tapi bukan hari-hari beraknya.

akibat selalu tahan berak
inilah budak yang selalu tahan berak ni, dah kena macam ni moga jangan ulang lagi ya

Masuk ubat di punggung

Doktor bagi ubat air yang masuk di punggung tu. Ini kalau masuk sure berlari cari toilet hihii. Kita mak-mak ni sebelum bersalin pun memang diberi ubat ni kan?

Memang iye pun. Abahnya kata huisshhh kemain busuk tahi si Adam ni :). Mana taknya seminggu lebih punya stok hahahaha. Inilah antara ubat yang dibagi untuk Adam makan. Ya Allah lega sebab doktor kata Adan tak gastrik pun.

ubat untuk berak tak lawas
Yang kiri tu ubat air masuk di punggung, yang kanan tu glukose untuk dimakan

Hmmm Alhamdulillah ibu lega dengar anak ibu dah tak sakit perut lagi. Tak tahan tengok bila dia menangis tu, kesian ada, nak marah pun ada hahaha. Bila dah sihat ni, memang hari-hari kene bebel dengan ibu. Adam jangan tahan berak! jadi berani!

Doktor pun nasihat banyakkan makan sayuran hijau, banyak minum air. Hmm Adam, makan sayur pun sayur kobis masak lemak je, hmm apo nak dikato huhu.

Penakut nak ke tandas

Adam ni memang jenis penakut nak ke toilet. Sure nak berteman doploh empat jam. Mangsanya kekadang si Dzar yang 3 tahun tu. Diajaknya adik teman dia ke toilet. Ntah apa yang ditakutnya pun tak taulah.

Toilet zaman sekarang semuanya dalam rumah. Lainlah zaman saya dulu, toilet belakang rumah. Dahla kat belakang, jauh plak tu. Dengan takde letriknya. Diorang ni lengkap dengan air paip, lampu bagai pun menggatai takutla apalah, hmmm tak taulah nak cakap apa kan.

Kesianlah kat diri Adam tu, kesian kat ibu abah jugak. Hmm lepas dari insiden tu, nampaknya Adam sudah takde masalah nak ke toilet sendiri. Tapi time tu semua lampu di on nya. Takpelah nak, janji kau bahagia :).


Spread the love

Tags : , , , ,

7 Comments

  • Ema posted on January 19, 2019 at 12:59 pm

    Tahan berak pun boleh jadi punca sakit perut sangat…alamak, risau gak dengan anak Ema sorang ni…dia pun jenis tahan berak…..selalu berak keras…dia kepit tak nak kasi keluar…haishh….

    Reply
  • Azian Khalil posted on January 20, 2019 at 10:42 am

    anak sulung saya pun penakut yaamat. Adik yg 5 tahun tu la jadi mangsa kena teman naik atas kalau dia nak buang air ke..nak mandi ke…ambik barang ke. pdhal dah dajah 5 dah

    Reply
  • Mama Hakim posted on January 22, 2019 at 1:12 pm

    Alamak, macam macam perangai anak anak ni kan aju, sakit perut tahan ke tandas sebab takut rupanya. Mujur senang selesai, Bayangkan gastrik, lagi susah nak setel
    Mama Hakim recently posted..6 Pelan rumah 2 tingkat 4 & 5 bilik tidur. Design plan banglo percuma untuk anda!My Profile

    Reply
  • Ibu Zaid posted on January 23, 2019 at 12:11 pm

    Mujurlah aju mampu untuk dapatkan rawatan doktor pakar di hospital avisenna tu kan. Kalau tak, macam macam diagnostik doktor bagi untuk anak.
    Ibu Zaid recently posted..Hotel Amverton Heritage Resort berhantu, Betul ke?My Profile

    Reply
  • Khairul Zamri posted on January 25, 2019 at 10:45 pm

    Semoga cepat sembuh dan kembali kepada normal semula ya Adam
    Khairul Zamri recently posted..10 Ways to Revamp Your Style In 2019: Fashion Trends!My Profile

    Reply
  • sueizza posted on January 27, 2019 at 3:52 am

    alahaiiiii mujur la bukan gastrik…bahyaa jugak ye tahan berak huhuu

    Reply
  • Ahsan Habib posted on January 30, 2019 at 1:06 am

    Great job.I like your theme. The information you give will be of great value to me, I hope.Thanks for sharing so much valuable information. This will definitely help me out.. Best regards.

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge