Umum Tebus point terkumpul IKEA, dapat jugak si Bekvam idaman hati March 7, 2019

Spread the love

Saya ni bukanlah suka sangat pergi Ikea tu, tak sukalah pergi tempat sesak-sesak!!! Tipuuuuu!!! Hahaha Ikea oh Ikea, memang tempat berhantu, sapa yang tak suka pegi Ikea? Tahniahlah untuk korang yang berjaya menahan nafsu hahaha. Saya ke sini pun sebab nak tebus point terkumpul Ikea je 😏, diulang lagi, jeeeerr….

Dah berbulan tak jejak kaki kat Ikea. Tapi bila dapat emel dari diorang, kata ada mata terkumpul akan expired, hmm teruslah nak redeem point tu dari expired macam tu je. Banyak juga mata terkumpul kita tau, walau dapat baucer dalam RM25 je hihihi, eh tapi ada jugaklah dari takde kan hahaha.

tebus point ikea
Nak cek dan redeem point ni kat website Ikea ya.
tebus mata ikea
Selepas redeem point, besoknya baru boleh print voucher tu. Ni kat Ikea, ada beberapa kaunter untuk print voucher ni.
tebus mata ikea, print voucher ikea
Bolehla dari takde kan, walau pun sikit je haha

Bila dah convert point ke voucher, hmm dah satu hal pulak nak fikir nak beli apa. Satu hal lagi, laki saya dah warning awal-awal, pergi sana biar ada tujuan, macam hidup jugak perlu ada tujuan. Ye memang ada tujuannya bang, kalau tak beli barang pun kita masih boleh pergi makan meatball Ikea what?? Hahaha

Sebenarnya dilema mak-mak yang ada kitchen cabinet ni adalah nak ada something yang boleh panjat untuk ambil barang kat atas kabinet tu. Contohnya tangga ni. Da lama mengidam, sebab tak larat nak hangkut kerusi dari depan ke dapur.

Lepas tu nak simpan kerusi tu semula dari dapur ke meja makan kat depan. Hmm memanglah exercise, tapi bila pagi-pagi nak cepat buat bekal, bercinta pulak ko nak exercise pepagi tu kan. Bekal tupperware dan tipuware memang saya simpan di tempat yang sama walau taraf mereka berbeza.

Nampak macam boleh capai je, kekadang nak cepat saya lompat je nak ambil bekas tu. Tapi berterabur jatuh sampai kene kepala. Aduhh sakit, sakit kepala, sakit hati semua ada 😂.

tebus voucher ikea
Bekvam ikea, dah lama duk teringin nak beli
Harga pun mampu milik, sambar je tak fikir banyak dah

Dan akhirnya, selepas dah print voucher Ikea ni, terus tarik husband masuk ke bahagian showroom. Nak pesan ni, kalau korang  kalau nak print voucher, misalnya hari ni redeem point kat website dan besok tu baru boleh print voucher ya.

Kalau ikutkan macam-macam nak beli kat Ikea ni, tapi dah set dalam kepala nak beli tangga tu je. Selalu macam tu, nak beli lain, tapi terbeli yang lain jugak. Dan ke Ikea ni bukan berdua dengan husband je, tapi dengan askar berlima orang.

Tapi syukur diorang takde meroyan nak beli hitu hini. Jimat duit ibu abah korang hahahaha. Mana taknya, diorang dah pau abahnya makan meatball, kepak ayam, mushroom soup, burrpppp kenyang bangat, rosak diet ibu korang pulak. Hmm hidup kalau terlalu memikir itu ini pun tak seronok juga. Makanya makanlah apa yang korang nak. Hihi.

kabinet dapur warna merah
Yeay dah senanglah nak ambil tupperware. Takdelah nak melompat lagi hihi
Susun atur tak berapa nak ikut size tupperware. Janji hado

Taraaa!!! Inilah hasilnya selepas menyinggah di Ikea. Senang kerja mak korang nak ambil tupperware dan tipuware. Ini opis kedua mak-mak selepas balik opis pertama. Selain tempat melipat baju, mak-mak akan menghabiskan masa yang lama di sini.

Makanya perlu jadikan ianya tempat yang selesa untuk pastikan masakan mak-mak adalah yang terbaik untuk keluarga. Alhamdulillah semoga ibu istiqamah memasak untuk suami dan anak-anak.


Spread the love

Tags : , , ,

17 Comments

  • Wan syahida posted on March 7, 2019 at 9:46 am

    sambar jangan x sambar.. huhu…

    Reply
  • Hafiz posted on March 7, 2019 at 9:57 am

    Baru je mgg lepas org rumah tebus voucer ikea rm10… dapat lah jimat sikit beli stool..
    Hafiz recently posted..Mr Coil Treatment pencuci aircond keretaMy Profile

    Reply
  • mamatisya posted on March 7, 2019 at 9:58 am

    senang ada bangku tu kan..kt umh mertua pn ada juga…syok la redeem point dpt bangku tu..bole la amik brg2 yg tinggi2 atas tu

    Reply
  • Ibu Mifzal posted on March 7, 2019 at 11:36 am

    wow. menariknya. teringin nak ke IKEA tapi jauh..huhu.

    ps : cantik dapur aju, merah hitam padanan yang hebat.
    Ibu Mifzal recently posted..Menonton Filem Captain Marvel 2019My Profile

    Reply
  • Jane posted on March 7, 2019 at 2:33 pm

    Best juga with Ikea points. Times for me to apply the membership to collect the points and be rewarded.

    Reply
  • Saidila Rahman posted on March 7, 2019 at 2:36 pm

    wahhhh best nih , tapi dah lama ke ikea cumanya tahu sekarang kalau nak beli barang ikea online pun boleh…barang ikea memang best kan…cantik dan kualiti….lawa KC dia…hehehe
    Saidila Rahman recently posted..ASMAK HAIR CARE , SHAMPOO TANPA BUIH DENGAN EKSTRAK BUNGA RAYA SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT USIAMy Profile

    Reply
  • izaramli posted on March 7, 2019 at 3:31 pm

    Banyak point ni mesti selalu shopping dekat Ikea kan? Heheh. Iza punya point belum tebus lagi. Harapnya tak expired lagi la. Kalau tak nangis tepi bucu katil.

    Reply
  • el posted on March 7, 2019 at 3:38 pm

    memang kalau nak pergi ikea ni kena bertabah takut nak beli lain..tu dia satu troli duk angkut..mmg berhantu..ni ikea penang nak bukak mgu dpn..kita relax2 dulu bagi orang sopin..kita pun x suka bersesak2 wak hahaha..dah lama sikit baru pergi terjah..tp hatiku ni dah terkinja2 nak pergi hahah sabariah lahhhh

    Reply
  • JMR posted on March 7, 2019 at 11:46 pm

    bestlah, dapat gak merasa dapat redeem barang best. Kami ni, tak pernah tahu berapa point terkini dlm kad ikea..
    JMR recently posted..5 Bandar Menarik untuk di Terokai di MalaysiaMy Profile

    Reply
  • Ayu Rafikah posted on March 8, 2019 at 8:44 am

    Comelnya stool ni. Nampak praktikal sangat. Kalau ada anak2 senang dowang nak amik barang kat dapur dll. Ingat nak cari satu la

    Reply
  • Julia Mahir posted on March 8, 2019 at 9:44 am

    Ni mesti selalu shopping kat Ikea ni sbb banyak point. Kita ni point tak naik-naik pun. Hahaha. Tapi pasni Ikea bukak kat Penang..taktau la kan hahah

    Reply
  • Mek Onie posted on March 8, 2019 at 10:25 am

    Adoiiii rindu lak nak shopping dekat IKEA. Semua barang dia menggoda jiwa,hehe… Tulah, onie tak apply kad member lagi dengan IKEA. ADUDDUDUDUUD…Bestla dapat kerusi tu ,heee

    Reply
  • Hanny Abdullah posted on March 8, 2019 at 11:36 am

    Lama dh tak gi jalan jalan n beli barang kat Ikea. Ekonomi meleset skrg ni..haha. Tapi mmg syiok kalau dapat kesana, rambang mata

    Reply
  • Wui Kathy posted on March 10, 2019 at 6:47 pm

    Hang jugak rajin shopping kat IKEA ya? Sama jugak. Hari tu dpt RM5 jugak dan telah redeem sbb ada masa luput tu. takut terlepas pandang.

    Reply
  • azian khalil posted on March 11, 2019 at 3:25 pm

    baru sekali sampaki IKEA Tebrau. tu pun tak beli apa2…pusing je satu round lepas tu balik. sebab tak reti nak beli

    Reply
  • Ibu Zaid posted on March 12, 2019 at 9:10 am

    Kira menabung kat ikea juga ni aju. Hehe, untung jadi pelanggan setia ikea kan
    Ibu Zaid recently posted..5 Susu fernleaf di Malaysia! Ini ke susu formula terbaik untuk keluarga kita?My Profile

    Reply
  • Mawardiyunus posted on March 14, 2019 at 10:49 am

    Baca artivle ni tetiba teringain nak makan karipap ikea. Bestnya. Nanti kalau turun KL nak p cari lah

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge