Travel Makan angin ke Cherating sememangnya percutian mendamaikan May 17, 2019

Spread the love

senarai hotel di cherating

Wehuuuu wah lamanya tak bercuti kan korang. Sesekali bercuti tanpa planning pun bagus kan? Percutian adhoc gitu😆. Bila sebut bercuti, kalau dapat makan angin ke Cherating pun best jugak.

Cherating ni pada saya memang tempat yang best nak bercuti. Ada pantai, banyak hotel cantik dengan harga menarik. Bab makan?, emm lagilah banyak weh. Sebut je nak makan apa? Semua pun ada dan terpenting sedap😆.

Kenapa saya pilih Cherating?

makan angin ke cherating
Picture dari Google

Mesti korang tertanya kenapa saya suka makan angin ke Cherating tu kan? Of course, kata orang tempat jatuh lagikan di kenang. Manakan sama dengan Cherating. Pantun ke? Bukan!!

Sebagai rakyat Pahang, memanglah saya wajib memperkenalkan keunikan tempat di sini. Nak pergi pun tak jauh. Kalau dari KL drive 3 jam dah sampai. Celik je mata, eh dah sampai?🤭. Owh co-pilot tertidur haha.

Banyak pilihan hotel yang cantik dan murah

makan angin ke cherating
Picture dari Bagasi.my

Kemudian harga hotel pun takdelah mahal sangat. Pilihan hotel pun banyak dan korang boleh check kat https://bagasi.my/hotel-di-cherating/. Serius banyak pilihan dan cantik. Nak tema bilik yang macamana? Menghadap laut? Menghadap pemandangan alam semulajadi? Pilih je ikut bajet poket sendiri.

Syurga makanan, owh my!!

kedai makan best di cherating
Picture dari google. Bab makan jangan risau, banyak tempat makan yang best-best kat Cherating

Selain tu Cherating ni yang bestnya, adalah makanan dia. Kat sini kan dah dekat dengan Kemaman. Jadi ada kepok lekor, kepok keping semua pun sedaplah.

Dan yang pasti jangan tertinggal makanan laut diorang. Sebut je ketam, udang, ikan, lala, siput. Semua pun ada dan sedap. Duk cerita ni pun jenuh telan airliur.

Bercuti ni mana fikir nak masak apa kan. Kalau nak masak juga, haishh tabik spring lah ngan korang. Tapi dapat rehat dari masak tu lebih afdal. Barulah percutian lebih bermakna gitu.

Pemandangan laut mengasyikkan

turtle cherating
Picture dari google. Ada rezeki boleh jumpa si anak turtle

Selain makanan, pemandangan laut Cherating sangat mendamaikan. Kita ni dah penat bekerja, badan dan minda perlukan rehat. Kita bukan robot kan.

So isikan masa yang ada dengan reward diri sendiri dan keluarga dengan aktiviti yang bermakna. Anak-anak sapa yang tak suka mandi pool? Anak saya? Memang hantu mandi!!

Kalau kat rumah kerjanya lepas mandi, mandi! lepas tu mandi lagi. Kalau dah jumpa pool, pakat berendamlah kisahnya. Seronok dapat moment macam ni. Tengok diorang gembira depan mata.

Outdoor activities

Picture dari Google

So kalau bercuti kami akan pastikan hotel tu ada swimming pool. Atau paling tidak ada bath tub juga. Kalau korang suka aktiviti mencabar dan outdoor games pun ada.

Manalah tahu majikan nak raikan pekerja kan. Nak bonding-bonding gitu. So buatlah aktiviti sikit, bagi hadiah. Ha barulah pekerja sayang, kerja lagi kuat. Company dapat untung banyak. Tahun depan bercuti lagi. Ha mudah kan konsep dia.😆

Jom makan angin ke Cherating!

Jom makan angin ke cherating

Jadi untuk korang yang terfikir nak bercuti ke atau honeymoon ke. Eh, percutian di Cherating ni terbaik ok. Bolehlah survey hotel untuk korang stay. Syoknya nak bercuti. Lets holiday!!!


Spread the love

Tags : , ,

19 Comments

  • ana posted on May 17, 2019 at 1:31 pm

    dan lagi pegi cherating bulan pose ni eh

    Reply
  • Anuar posted on May 18, 2019 at 10:12 am

    Bestnya cherating… Dapat tengok anak-anak penyu… Dah lama tak ke sana…
    Anuar recently posted..Syukur Alhamdulillah…. Dapat Bonus Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 2019My Profile

    Reply
  • naim posted on May 18, 2019 at 11:45 am

    Memang teringin nak pi sana. Semoga ada kesempatan nanti.

    Reply
  • Hamidah posted on May 18, 2019 at 11:52 am

    Bestnye gi Cherating..seafood dia pun fresh2 kan

    Reply
  • Suria Amanda posted on May 18, 2019 at 1:31 pm

    Nak sangat pi Cherating bawak mak abah, tp perjalanan panjang kan..mak SA plak perlu dialysis 3 kali sehari…

    Reply
  • KhaiArtzFar posted on May 18, 2019 at 2:11 pm

    Wah bestnya bercuti! So far khai tak pernah lagi pergi cherating. Ada juga simpan hasrat nak beli one day. Tq tau share

    Reply
  • Qeela posted on May 18, 2019 at 3:56 pm

    Waa mmg seronok kan bila plan nk pergi holiday bersama family terutamanya ni hehe. As for Cherating, last year qeela dah pergi jugak, mmg best mcm2 experiences qeela dpt masa tu, paling tak lupa masa tengok fireflies, mmg best! Anyway, have fun nnt yea! 😁
    Qeela recently posted..Kocostar : The New Innovative and Mommy Approves Slice Masks!My Profile

    Reply
  • Penaberkala posted on May 18, 2019 at 4:11 pm

    Hujung tahun lepas sempat bercuti ke cherating. First time ke sana. Memang best. Kitorang sempat pi ganu sebab dah dekat. Makan cendol, makan kopok lekor, pi pantai, memang heaven

    Reply
  • Qaseh posted on May 18, 2019 at 8:27 pm

    Cherating memang mendamaikan , pernah buat aktiviti tengok kelip2 , best sangat sebab jarang tengok dah skrg hehe

    Reply
  • Mahamahu posted on May 18, 2019 at 9:35 pm

    Lamanya kita tak pergi Cherating kat sana memang banyak tempat menarik dan resort yang kita sendiri tak tahu kadang-kadang ada yang best dan murah hehehehe sebagai anak jati pahang kita sendiri jarang sampai sana wakakakaka…

    Reply
  • farhana jafri posted on May 19, 2019 at 10:38 am

    Dah lama tak dengar pasal Cherating, dulu agak famous dengan telur penyu dan pantai yang cantik. Boleh masuk dalam list nak bercuti ni.

    Reply
  • Syiera Mat Saman posted on May 19, 2019 at 1:22 pm

    Wow cantiknya cherating. Tak pernah lagi pergi tapi nampak menarik. Boleh jadikan wishlist ni

    Reply
  • Nina Mirza posted on May 19, 2019 at 11:12 pm

    Pernah bercuti kat Cherating. Memang best sana. Aktiviti tempat menarik pun banyak. Nanti plan nak pegi lagi.
    Nina Mirza recently posted..Alhamdulillah.. TAHNIAH McDonald’s ..!!My Profile

    Reply
  • Min posted on May 20, 2019 at 11:54 am

    Suka jugak ke Cherating sebab saya suka kan pantai..tenang je

    Reply
  • Chaza Xiaojie posted on May 21, 2019 at 1:40 pm

    Seronoknya dapat pergi bercuti ke cherating dengan keluarga. Dahlah cherating ni tempat dia cantik dan menarik. Tempat penginapan pon boleh tahan banyak pilihan . Bolehlah ni dok plan dengan family nyk pergi sana

    Reply
  • ChikTie posted on June 4, 2019 at 11:41 am

    Cantik dan mendamaikan. Tenang je walaupun tengok gambar je.

    Reply
  • Sabrijati posted on June 9, 2019 at 9:58 am

    Dah lama rasanya tak bawa isteri dan anak-anak bercuti. Rasanya dah tahu dah nak bawa mereka kemana kali ini. Disebabkan perjalanan yang tak jauh sangat dari kl cuma tiga jam dan paling penting suasana pantai yang mendamaikan, Cheratinglah tempat yang paling strategik rasanya untuk berehat. Peluang untuk refresh semula selepas berhempas pulas berjualan.

    Reply
  • Zurainny Ismail posted on June 10, 2019 at 5:41 pm

    Cantiknya tempat2 tu….tapi di mana2 pun best kan kalau dpt bercuti dgn family. Salam Aidilfitri dear! 😀
    Zurainny Ismail recently posted..Laneige Beauty SamplesMy Profile

    Reply
  • Lela posted on July 8, 2019 at 1:26 pm

    Cherating boleh tahan seronok. Lautnya pun cantik.

    Cuma sayangnya, pentadbir tak pandai nak menaikkan tempat-tempat tepi laut jadi cantik, dan gah macam kat Sydney contohnya (yang kawasan tepi pantainya cukup best dan dekat dengan kawasan perumahan, tapi bersih)
    Lela recently posted..20 Things To Do Around the KLCC Twin Towers Kuala Lumpur (For Those Stuck in This Area)My Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge