Umum DIY sendiri wainscoting dengan bajet hanya RM280 July 9, 2019

Spread the love

Kami dah siap dah DIY sendiri wainscoting, kembang hidung nak cerita ni hahaha. Siapa tak suka tengok rumah sendiri cantik kan?!!! Suka sangat nak deko-deko rumah. Nak bagi selesa dan sepertinya tak nak keluar dari rumah dah. Itu lebih kepada suami lah tu, tak nak bagi naik motor selalu hahaha.

diy wainscoting sendiri
Wainscoting yang dah siap dipotong. Benda ni datang dengan ukuran 1.5meter. Ada 2 saiz, lebar 4cm dan 8cm. So ikutlah citarasa korang nak pilih yang mana. Saya beli ni semua di SHOPEE PEE PEE
cat majestic yang cantik
cat majestic true beauty. Harga dia RM120 untuk 5 liter.

Eh saya dah bagitau korang kan, saya bukanlah pandai bab deko ni. Tak pandai langsung nak hias rumah. Saya dah duduk rumah ni dari tahun 2016 lagi. Sebelum ni kitaorang cat ruang tamu warna merah. Then tampal wallpaper Kaison. Dan sekarang nak ubah sikitlah 😁.

Tapi yelah walau bukanlah pasangan interior designer, tapi lebih kepada sehati sejiwa. Makanya kami bedal je 😁. Tapi itulah, benda boleh belajar kan. Berkat join group deko FB dan cuci mata di IG. Walau tak pandai berdeko, tapi bolehla ceduk idea sana dan sini sikit.

diy wainscoting sendiri
Dinding ni belum cat lagi. So suami ukur sana sini, letak selotape untuk bezakan cat putih dan wash linen tu.
diy wainscoting sendiri
Ada jugak yang silap ukur, tapi takde masalah boleh je ukur semula. Itu normal bagi newbie macam kita ni hihi

So hasil dia meletop! Itu apa yang saya nampaklah, meletop hasil dia. Tapi citarasa orang lain tak pastilah saya, tapi pada saya wow gitu. Semangat kan saya bercerita kikiki.

Bila benda boleh buat sendiri dan jimat. Mestilah kita pilih nak jimat dan murah kan. So buatlah sendiri dengan kudrat yang hado. Ha meh saya share sebab kos saya diy sendiri wainscoting ni murah je. Bawah RM300, lebih kurang RM280++ macam tu.

diy wainscoting
Kerja mengebat tu cepat kalau guna roller tu dari guna berus cat kecik. Seronok sebab anak2 tolong sama
Rasa rumah sangat luas bila cat putih dan light grey ni

Kalau nak harap orang lain buatkan, kenelah bayar upah dia kan. Kalau nak buat sendiri, memang kene cari masa. So setiap orang dapat masa yang sama, doploh empat jam. Makanya, carilah masa yang bersesuaian untuk realisasikan impian mendeko.

Benda ni saya bagitau korang ea, saya buat mula jam 2 petang. Siap jam 10 malam. Itupun laki saya sempat tidur 2 kali. Sebab dia selsema hahaha. Kesian dia kene paksa ngan bininya nak hias dinding rumah.

Tapi apa guna ada anak ramai kan? So yang mengecat dinding tu, saya, Najwa dan si Najiha yang buat. Adam pun tolong sama. Pendek kata semua ringan tulang. Waktu tu, si kecik berdua tu tengoklah upin ipin kat tv. Astro kan boleh record, so ulang, ulang dan ulang cerita. Dan takdelah diorang mengacau.

pasang wainscoting sendiri
Masa ni dah nampak hasil dia sikit, wah lagi tak sabar nak pasang border tu.

Hai perempuan di luar sana semua!, nak mengecat tu tak susah. Yang susah kalau hampa malas. Ha citer dia, memang korang kene rajinlah. Nak rumah cantik tak?

Ha so bermulalah cerita mengecat. Tapi mula-mula tu suami saya dah ukur sana dan sini. Mana nak letak wainscoting besar, yang mana letak yang kecik. Lebar dan tinggi semuanya ukur. Ikut citarasa sendirilah ukur tu, kalau ikut citarasa jiran ko, memang tak jadilah kan.

pasang wainscoting sendiri
So nampak kan di situ, so geram tengok sebab cantik sangat!! sapa nak puji lagi kalau bukan diri sendiri.
Ha siap dah yang bawah ni, wahh seronok bebudak tu sebab katanya rumah kawan diorang pun pasang cenggini jugak. Hmm pasni bolehlah citer kat kawan korang pulak hahaha

Then bila dah confirm ukuran, mulalah dia letak selotape. Ok cat putih sampai situ je, cat atas tu dari selotape tu ke atas. Kalau tak sampai, pakailah tangga.

Jangan melompat pulak, nanti peranakan jatuh wei. Sebab memula tu saya lompat juga sikit. Macamlah terror sangat kan hahaha. Padahal laki saya dah letak je tangga tu kat tepi. Nak melompat tu pasal apa?

Dah siap cat satu layer, cat lagi layer kedua. Dan bila cat dah kering. Kami mulalah proses nak pasang wainscoting tu. Hmm ukuran dah ada kan. So memang senang kerja.

wainscoting sendiri diy
ha nampak tak?? Alhamdulillah sedikit demi sedikit lelama siaplah Jahh!!
DIY wainscoting sendiri
Adududuhhh sukanya tengok part sini dengan juntaian pokok hijau. emmm cantikk

Wainscoting yang yang guna ni material dia plastik. So potong guna gergaji jugalah. Wainscoting ni ada jenis lain juga, yang dari kayu dan juga plaster. Yang saya guna ni murah je harga dia. Murah tapi cantik.

Korang nak sambung petak-petak tu kene ukur 45° nak match penjuru tu. Tak susah pun sonang sangat. Bila buat kerja dengan hati terbuka, memang semua kerja cepat dan mudah je.

Inilah hasilnya, pada saya memang cantiks sangat!!! TQ suami dan anak-anak.
Ok dah siap, bolehla tidur lena malam ni. Tak mimpi dah sebab dah jadi kenyataan hahaha

Syukurlah laki ai jenis suka jugak berdeko. Kalau tak kena buat sendirilah jawabnya. Akhirnya setelah bertungkus lumus. Berhenti rehat, then sambung. Berhenti rehat jap dan sambung lagi, maka inilah hasilnya DIY sendiri wainscoting!!.😘.

Pheww pertama kali Najiha kata rumah ni cantik. Sebelum ni tak kena dengan citarasa dia rupanya. Alhamdulillah settle bahagian kanan rumah. Next time kita sambung sebelah kiri yang ada wallpaper ni pulak.


Spread the love

Tags : , , , ,

23 Comments

  • Ezna posted on July 9, 2019 at 12:08 pm

    Saya memang suka design macam ni. Nampak macam english sangat. Cuma kalau pasang sendiri tu kena ukur precisely. Kena buat sendiri juga tapi puas hati kalau hasilnya cantik kan?. Bila dah siap lawa la….

    Reply
  • Nhazla posted on July 9, 2019 at 1:19 pm

    Sangata cantik. Terserlah English style. Ada usul pada suami sebelum ni. Tapi ditolak disebabkan dinding rumah saya tak rasa. Kalau nak buat jugak, hanya pada pintu sahaja. Pintu saya plywood biasa je. Boleh la buat

    Reply
  • Qeela posted on July 9, 2019 at 1:56 pm

    waa bagusnya boleh diy sendiri jee kan semua kerja..kalau dah minat tu mmg senanglaa tinggal lagi kena rajin or carik masa yg sesuai la nk pulun siapkan deco kan hehe. cantik hasilnya.
    Qeela recently posted..My Honest Review Of MyKoriDessertCafe’s Durian Cheesecake Kakigori and ToastMy Profile

    Reply
  • Muhammad Naim Abdullah posted on July 9, 2019 at 6:01 pm

    Design nampak simple tapi cantik. Mesti dah perah idea sangat ini. Apapun terbaik

    Reply
  • Mawardiyunus posted on July 9, 2019 at 6:14 pm

    Jimatkan kalau buat sendiri. Sekarang ni semua boleh belajar dengan mudah. Cuma kita nak x nak ke buat sendiri.

    Reply
  • Nadia Johari posted on July 10, 2019 at 3:02 am

    Cantik sangat sis..cantik gilerr..bgusla suami pandai berdeko dan bertukang ni..memang jimat la..nak upah orang mahal kot..huishh..jeles tau..hehe

    Reply
  • Syamimi posted on July 10, 2019 at 7:31 am

    Hebat. Buat sendiri. Guna tenaga kerja seisi keluarga je kan. Jimat kos. Hasil pun cantik sangat. Nampak mcm orang profesional yang buat tau.
    Kalau kita dduk rumah sendiri, mau buat juga mcm ni

    Reply
  • Rawlins GLAM posted on July 10, 2019 at 7:39 am

    Rawlins pun akan DIY untuk hiasan dalam rumah sebab lebih murah dan kalau salah pun, kita hanya salahkan diri.
    Lagipun sekarang produk banyak dan ada merata-rata kan.

    Reply
  • Julia Mahir posted on July 10, 2019 at 8:15 am

    Wahhh bestnya! Julia pun teringin nak buat wainscoting kat rumah tapi buat masa ni tak mampu nak DIY sbb anak kecik sat lagi jadi benda lain pulak. Hahaha!

    Reply
  • Sunshine Kelly posted on July 10, 2019 at 9:48 am

    Wow! hebat la you ni, I don’t have the skill to do that. But i think using the right products and guide i might be able to try it.
    Sunshine Kelly recently posted..MYTHEO: Digital Investment Management Service Top 6 Benefits Invest in Moment!My Profile

    Reply
  • Hanny Abdullah posted on July 10, 2019 at 10:07 am

    Woww cantik sangat. Memang nampak macam english style pulak. Sis tak reti buat sendiri ni, baru ni pun nak cat umah kecik ni pun panggil org, best kalau pandai, jimat

    Reply
  • Yaya Azura posted on July 10, 2019 at 10:47 am

    berubah wajah terus bila pasang wainscoting. cantik sangat!
    bagusnya seisi keluarga ringan tulang..rumah cantik sama-sama nikmati..
    Yaya Azura recently posted..Breakfast Roti Binjai Legend Kuala BerangMy Profile

    Reply
  • AhmadiKatu posted on July 10, 2019 at 12:10 pm

    Menarik ni. boleh dicuba. Terima kasih atas infonya.
    AhmadiKatu recently posted..Kalah Dalam Menang – Itulah HakikatnyaMy Profile

    Reply
  • Ayu Rafikah posted on July 10, 2019 at 3:57 pm

    Canteknyaaaa. Memang kena betul2 rajin nak biat macam ni kan. Buat sendiri memang lebih jimatkan. Tapi untung sebab cik somi sama2 rajin heheh

    Reply
  • Lia Hasty posted on July 11, 2019 at 10:18 am

    Wah terus nampak macam rumah baru beli. hehhe suka juga dengan deko2 ni. kalau upah orang mesti mahal. baik buat sendiri kan. terus rasa terinpirasi lepas baca blog ni. insyaallah boleh cuba.

    Reply
  • precious cla posted on July 12, 2019 at 8:35 am

    Cantik ! low cost lagi tu dan paling memuaskan hati bila kita nampak hasil tangan kita sendiri. Inspirasi ! thanks for sharing.

    Reply
  • Ibu Mifzal posted on July 12, 2019 at 9:45 am

    Wah.. cantiknya. minat juga nga wainscoting ni.

    Reply
  • zarul farhana posted on July 12, 2019 at 10:21 pm

    Serius cantik…. .

    Reply
  • Ema posted on July 15, 2019 at 5:09 am

    dapat jimat banyak… cantik dan puas hati bila tengok hasilnya… Alhamdulillah.

    Reply
  • Wui Kathy posted on July 15, 2019 at 3:21 pm

    Cantiknya! Pandai buat sendiri ni! 🥰💓💓 Terima kasih kongsi tip-tips ni! Amat memanfaatkan.
    Wui Kathy recently posted..kidzooona AEON Taman Equine | Fun Interactive Play At Our Neighbourhood Playland!My Profile

    Reply
  • sd posted on July 19, 2019 at 11:15 am

    sd

    Reply
  • Kereta sewa shah alam posted on July 26, 2019 at 9:36 am

    Kat mana boleh dapat ye wainscotting yang plastik/kayu tu? kedai hardware biasa ada tak?
    Kereta sewa shah alam recently posted..Kereta Sewa Shah AlamMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge