Parenting Cara penjagaan fiddle leaf fig indoor plant September 10, 2019

Spread the love

Hai korang pencinta pepokok indoor dan outdoor!! Boleh gitu? Hahaha..Dah 3 minggu mood I terlebih happy. Sebab apa? Sebabnya kat rumah kita dah ada pokok fiddle leaf fig indoor plant!! Yeay!!! Dah lama sangat saya mengidamkannya.

indoor plant
Pokok ni saya beli pada 18/8/2019. Nampak segar bugar kan? Saya beli pasu baru dan minta orang di nursery tu tukarkan ke pasu hitam tu. Dia tambah tanah hitam dalam 1 beg lebih kurang. Hmm memang beratlah, tapi I datang dengan shuben, so dialah yang carry the plant 😆

Plan awal nak beli pokok palsu

Dah berbulan-bulan saya survey pokok palsu atau artificial fiddle fig. Dari IG ke Shoppee ke SSF. Saya bandingkan harga dari saiz 120cm, 160cm dan 180cm. Konon kalau beli, nak tayang kat tetamu masa rayalah kan.

Ada yang murah, tapi kualiti pula berbeza-beza. Dan hampir dah nak beli yang artificial ni sebab mudah nak jaga. Tak perlu siram, tak payah nak baja dan tak risau ianya kiok atau mati 😂.

Fikir punya fikir dan bincang pula dengan husband. Makanya  keputusan dah dibuat serta muktamad. Kita beli pokok hidup. Katanya bolehlah dapat oksigen lebih 😆. Tapi memang betul pun kan?

Dan harga pun tak mahal. Oklah saya ikutlah cakap suami. Ingat tagline kita, “ikut cakap suami atau isteri, rumahtangga Insha Allah harmoni!!!”. Gitteww!!! Wei bela pokok hidup pun salah satu cara release stress kan. Tengok kehijauan dalam rumah, terus rasa tenang jek.

Beli juga fiddle fig indoor plant

Selepas kata putus dibuat, kami pun pergilah nursery kat area Sungai Buloh. Dekat je dengan hospital, ala dekat dengan Pusat Kawalan Kusta tu. Kat situ banyak juga pilihan pokok fiddle fig indoor plant  yang ada.

Harga pun berbeza-beza. Kena pandai cari, dan tawar menawar. Bukan ada pokok indoor je, pokok outdoor pun banyak sangat. Nak pokok tanam kat tepi laman? Dalam pasu? Pokok gantung? Semua pun ada.

fiddle fig
Kat penjuru tu saya letakkan fiddle fig tu. Tepi dengan pintu ke taman. At least boleh buka pintu dan dedahkan si pokok dengan cahaya matahari. Setakat ni pokoknya memang sihat dan segar. Daun tu saya lap dengan kain basah. Masa di nurseri kemain kotor dan berhabuk daunnya. Bila dah lap, emm bersinar 😊
fiddle fig indoor
Ini pandangan waktu siang. Memang cukup pencahayaan di waktu siang. Gambar ni saya ambil pada 9/9/2019. Bertahan ya si pokok hahaha

Belek punya belek, cari punya cari, terjumpalah si pokok idaman hati. Suami terberkenan indoor plant yang lain. Saya tak membantah, tapi muka dah sedikit mencuka. Akhirnya pokok fiddle fig juga yang tetap dibeli 😂😂. Harga pokok tu RM60 tapi dapat RM55. Pasu hitam tu pula harga RM25.

Saya pun tanya pada si penjual pokok macamana cara nak jaga pokok fiddle fig. Sebab indoor plant kan. Risau juga kalau kurang atau terlebih itu dan ini. Nanti mati 😭.

TIPS jaga pokok indoor plant.

Pencahayaan

Katanya pokok ni walau tanaman indoor tapi masih perlukan pencahayaan. Misalnya letak di tepi tingkap atau pintu rumah, tapi buka langsir untuk pencahayaan. Kalau korang perasan pokok ni macam pokok ketapang pun ya kan.

Cara siram indoor plant

Siram 2 kali seminggu sahaja tau. Tak perlu siram hari-hari dowh. Senang kerja kan, kalau nampak tanah tu macam lembap, tak perlulah disiram. Kalau kering tu, silalah siram. Simple kan?

Kekerapan membaja

Dan pokok ni juga perlukan baja tau. Baja daun tu letak 2 minggu sekali pun dah ok. Saya juga ada terbaca, kalau nak siram dengan air basuhan beras pun boleh.

daun fiddle fig
Elok hijau daunnya kan. Memang tahan tak gugur sejak beli. Dah hampir sebulan dalam rumah ni, memang tahan hayatnya
daun fiddle fig
Kene rajin lap daunnya. Nampak berkilat je lepas dilap dengan kain basah.

Ha senang kan nak jaga pokok fiddle fig ni. Alhamdulillah setakat hari ni, masih lagi segar dan bertahan nampaknya. Seronok jaga pokok hidup ni rupanya, tak susah. Kalau betul caranya memang panjanglah umur dia :).


Spread the love

Tags : , , , ,

17 Comments

  • AlongMurni posted on September 10, 2019 at 12:19 pm

    Info yang bagus dan harga pun menarik.. AM pun letak pasu kat balkoni la.. Mesti nampak menarik..
    😍😍😍

    Reply
  • Anak Perak posted on September 10, 2019 at 3:20 pm

    lebih kurang je rupa fiddle leaf ni dgn pokok viral yg daun mcm pokok pisang tu. memang cantik pokok simple gini buat hiasan. rasa segar mata memandang. btw, cantiknya tema warna living hall tu..merah! i like.hehe

    Reply
  • Fadzil Ahmad posted on September 10, 2019 at 8:13 pm

    My mom sukalah tanam pokok2 ni. Kena rajin jaga jugak kan? Kalau lupa siram habislah. Tapi bagusnya pokok ni sejukkan rumah kita. Mak cerita pokok juga berzikir untuk kita setiap masa

    Reply
  • Qaseh posted on September 10, 2019 at 8:58 pm

    Beli haritu, okay lagi pokok ni walaupun kadamg lupa siram haha hope sihat sihat je la

    Reply
    • Mrs Pip posted on September 10, 2019 at 9:37 pm

      Menariklah pokok tu, cantik..
      Tapi ni yang rajin nak menjaga, bolehlah beli n jaga elok2, mcm kak pip ni memang tak lah rajin mana bab jaga2 pokok …
      Mmg berkilatlah daun tu, mesti happy pokok tu dijaga dgn penuh kasih sayang.

      Reply
  • Dilah posted on September 10, 2019 at 10:56 pm

    Wahh.. bagus share tips penjagaan indoor plant ni.. Dilah pun teringin nak letak pokok dlm rumah.. masih survey2 lagi ni..

    Reply
  • Mohamad Khairil Bin Khairil Bin Hassan posted on September 11, 2019 at 12:53 am

    Sangat menarik! Dulu ada jugak pokok indoor kt rumah. Tapi bila ada kucing, tau2 jee lah hahha. Habis pokok tu dikerjakannya. Thanks share ya.

    Reply
  • Nadia johari posted on September 11, 2019 at 4:46 am

    Memamg srronok kalau ade pokok hijau dalam rumah.. Tennag je.. Tapi and tak leh la jaga pokok hidup.. Takut mati je.. Hahaha.. Kalau pokok hidup letak luar jela.. Hehehe

    Reply
  • Ema posted on September 11, 2019 at 5:09 am

    wah, cantiknya…kena rajin lah yer bila tanam yang hidup ni.

    Reply
  • Rawlins GLAM posted on September 11, 2019 at 7:01 am

    Adanya pokok sebegini mesti kena rajin jaga kan. Kena selalu bersihkan kalau tak memang jadi perangkap habuk kan. Kalau Rawlins memang sejenis kurang rajin hahaha

    Reply
  • Izaramli posted on September 11, 2019 at 7:50 am

    Bestnya tanam pokok dalam rumah. Teringin jugak nk ada pokok dlm rumah. Tp risau bab penjagaan tu. Tapi klau mcm ni simple dia boleh la try cari nnti.

    Reply
  • Ibu Mifzal posted on September 11, 2019 at 8:39 am

    wah. suka juga dengan pokok ni. Rasa macam segar dan bersih je rumah bila ada pokok hidup n warna hijau ni kan. ainey pun ada bela pokok hidup juga dlm rumah tp pokok kecik je lah letak dekat sinki. senang nak siram haha. Nanti ada rezeki nak tambah koleksi jgk.

    Reply
  • Decamellia posted on September 11, 2019 at 9:36 am

    Tq share. Boleh forward article ni kat suami. Bodek cara berilmiah gitew hehehe. Nur mmg suka ada pokok hidup dlm rumah, terasa hidup je rumah kita tu. Tp maklumlah ade anak kecik ni, haishhhh kene meeting dulu dgn suami ni hahahaa

    Reply
  • Saidila Rahman posted on September 11, 2019 at 11:29 am

    walaupun tak minat tapi bila baca entry ni timbul rasa minat nak letak pokok dalam rumah…lagi dah siap dengan cara penjagaan . kalau tak mau hari ni hidup esok dah mati sebab tak pandai jaga…tq infonya

    Reply
  • mekyunie posted on September 11, 2019 at 11:31 am

    oh. cantik and satu idea yang bernas. cuma mungkin ruang rumah mek sempit so mek tak berpeluang nak letak tumbuhan macam ni dalam rumah.

    Reply
  • budak bandung laici posted on September 11, 2019 at 9:56 pm

    BBL pun minat pokok ni..yup macam pokok ketapang jugak tapi bukan spesis sama. kat ikea selalu sold out pokok ni. oh murah betul compare harga ikea eh. insyallah BBL nak jugak beli pokok ni satu. suka tanam pokok indoor sejak duduk rumah sendiri ni hehehe

    Reply
  • Wan Syahida posted on September 19, 2019 at 11:15 am

    Ooo sejenis pokok yang sesuai ditanam indoor ye… Buah tin pula tu. Mudah-mudahan ada keberkatannya memelihara pokok fig dalam rumah. Nampak bersinar betul daunnya. Pandai jaga :-).
    Wan Syahida recently posted..Peluang Bisnes Shaklee – 3C Yang Sangat Awesome!My Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge