Umum Hadiah handbag Charles & Keith sempena hari lahir September 28, 2019

Spread the love

handbag charles & keith
Tq shuben, next year bagi lagi ya hahaha

Sebenarnya banyak yang nak tulis kat blog ni. Tapi kekadang mood ke laut, so mulalah malas nak mengarang kat blog. Ingat tak last month birthday saya? Tak ingat? Sila baca entry best ni hahaha.

BACA —>> Birthday ke 38 tahun

Suami saya bukan yang type suka buat surprise untuk isteri dia. Bukan jenis yang hantar bunga kat opis, bukan bukan bukan!! Hahaha. Kalau dia buat macam tu mau histeria bini dia hahaha.

Tapi dia yang saya kenal, suka meraikan dan jenis suka tanya nak hadiah apa tahun ni? Apa yang nak abang hadiahkan? Kalau tanya on the spot memang tak boleh nak bagi jawapan. Kene ambil masa seharian baru boleh fikir dengan tenang 😂.

Last-last bila bini dia masih tak bagi jawapan, dia terus duit cash, suruh saya beli hadiah sendiri. Alhamdulillah dapatlah beli handbag baru hihi. Nak beli handbag MK, Coach, Furla dah over budget, so beli yang within the budget ya.

Kenapa saya suka handbag charles & keith?

Memang kita dah lama  teringin nak beli handbag baru. Eh lama tau, percayalah!! haha. Last beli 3 tahun lepas. Lama kan? Bila survey-survey nampak macam terberkenan dengan handbag charles & keith.

Kenapa handbag charles & keith? Satu, sebab design dia 2 in 1. Boleh untuk shoulder dan juga crossbody. Kedua, sebab harganya oklah 😄.

charles & keith handbag
Just muat untuk purse kecik comel dan handphone je. Takdelah nak angkut macam-macam barang dalam ni
handbag charles & keith
manalah duit i yang berjuta ni, kosong je dalam ni hahaha. Owh lupa dalam bank rupanya 😂😂

Bila pergi cari kat fizikal outlet, tak jumpa design yang berkenan di hati. Cuba itu tak berkenan, yang ini tak lawa. So kita usha online je.

Terjah website Charles & Keith

Tau jela kalau kita dah mula search jenama ni kat website, maka setiap kali buka blog kengkawan, semua iklan mula tunjuk handbag CK 🤣. Sana sini pun CK, adui rambang mata.

Last-last saya pilih design ni dengan harga RM259.90 dan FREE SHIPPING. Walaupun diorang courier dari Singapore, tapi pembayaran online semua guna local banking juga. Mudah 😄.

TQ en suami

Terima kasih encik suami sebab bagi kita hadiah ni. Sebagai balasan saya masakkan sedap-sedap nanti. Pemurah sangat, suka-suka!! Nanti bagi hadiah lagi ya hahahaha.

handbag charles & keith
Memula nak cari yang sama color dengan kasut i tapi susah pula nak match. jadi belasah jela janji cantik di mata sendiri
beli beg charles and keith
eh nampak kecik kurus pula lengan i, next time elok view macam ni

Tak susah nak buat perempuan ni happy. Bagi je hadiah sure senyum je sepanjang tahun 🤣. Eh tapi kalau tak bagi hadiah pun ok je tau. Saya bukan materialistik hokey!

Ok dah dapat handbag baru, melaramlah kita ke opis. Rasa semangat lebih sikit lepas dapat handbag baru. Awal pagi dah tercegat kat opis, hahaha.

Kalau takde handbag baru pun memang saya akan sampai awal. Nak beat the jammed katanya, gitu!! Lagi satu tugas saya sebagai grab, hantar anak-anak ke rumah pengasuh dan ke sekolah. Memanglah kene awal. Kalau lambat keluar, kita pun lewatlah nak ke opis.

Handbag ni sederhana saiz nya. Tak besar dan tak kecik. Just nice! So sesuai untuk pakai ke pejabat dan juga jenjalan. Kalau ikutkan nak pilih warna hitam, tapi out of stock. Last-last pilih merah, sebab dia pun ada 2 kaler je 😂.

Tapi kalau tengok bahagian dalam, boleh muat purse kecil dan dan handphone seketul je. Kalau nak letak banyak-banyak barang memang tak muat. Memang taknak handbag besar sebab tau makin besar beg, makin banyak  barang nak hangkut kan. So kita pilih yang sederhana je.

Jadi beg mekap pun dah kene bawak asing. Oklah tu takdelah berat bahu nak menggalas kan. Kalau tidak, rasa sakit bahu sebab handbag macam bawak lesung batu. Perempuan ni kalau almari tu boleh bergerak, dah lama diangkut berjalan sekali 😂😂.

Bila kita dah dapat hadiah, so turn suami pulaklah lepas ni. Harap-harap dia takdelah minta yang merapu. Sebelum dia tanya, baik kita yang suggest hadiahnya. 😅. Anyway, Love u Zairul!!!


Spread the love

Tags : , ,

5 Comments

  • RAIHANAH AHMAD posted on September 30, 2019 at 10:14 am

    happy bday Aju!
    RAIHANAH AHMAD recently posted..Kesihatan Saya Lebih Baik Selepas Jom Detox JutawanMy Profile

    Reply
  • sheila posted on September 30, 2019 at 4:14 pm

    merah makngah..tp cantik.

    Reply
  • RAIHANAH AHMAD posted on October 3, 2019 at 9:53 am

    sesuai ke majlis rasmi, elegan gitu
    RAIHANAH AHMAD recently posted..Jana RM2000 Dengan Bisnes ShakleeMy Profile

    Reply
  • Perunding Takaful Keluarga posted on October 9, 2019 at 11:25 am

    blh tahan juga design dia ye.. nampak simple dan elegance.. warna tu mmg menarik sgt2… blh la masuk list hadiah birthday dkt wife tahun depan..
    Perunding Takaful Keluarga recently posted..Takaful Ikhlas – Pengendali Takaful Keluarga Terbaik Untuk Negeri KedahMy Profile

    Reply
  • Zurainny Ismail posted on October 22, 2019 at 5:08 pm

    Happy birthday sis! Akak pun suka Charles & Keith, especially kasut. Tapi kasut tu pulak x suka akak, sekejap ja dah rosak sbb akak ni jenis lasak bila jalan. Kalau high heels memang akan patah.
    Zurainny Ismail recently posted..Online ShoppingMy Profile

    Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge