Happy 5th Birthday My Dear Najiha!

My Sweet Heart!!
Hari ini 23/4/2012 genap 5 tahun umur kamu, Najiha. Masih ibu terasa sakit bersalinkan kamu di Hospital Besar Kuala Lumpur. 2 kali ibu di induce nak, rupa-rupanya nak melahirkan Najiha yang montel ini ye. Tepat jam 3.20 pagi, lahirlah bayi perempuan yang comel ini seberat 3.2kg.
Daku pernah terbaca yang anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fleksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan. Namun di sebaliknya anak kedua ini seorang yang cepat terasa.
Yang pasti pengalaman manjaga anak2 memang berbeza kan. Berbeza dari segi karektor, sifat dan kelebihan masing2. Tapi ibu dan abah tidak pernah membezakan anak2 semua. Pada kami semua anak2 itu ada keistimewaan mereka tersendiri, kan?
Kami sayang kamu, Angah!

Apapun ibu, abah, Najwa dan lil Adam nak ucapkan selamat Hari Lahir buat Najiha. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ye sayang. Semoga menjadi anak solehah dan mendapat keberkatan di dunia akhirat. Kami doakan Najiha kuat dan tabah mengharungi kehidupan Najiha.

Jangan pedulikan ejekan “gemuk” itu ye, maafkan kami kalau pernah menyinggung hati permata ibu ini.KAMI SAYANG NAJIHA!!!!

21 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge