Persediaan persekolahan Sesi 2013

Kelmarin dah settle beli buku Darjah 2 untuk Najwa dan sudah mendaftarkan Najiha 6 tahun di Tadika Little Caliphs Sri Gombak. Bagi Najiha, tahun depan merupakan tahun ke 2 dia bersekolah di tadika ini. Nampak peningkatan dalam kemahiran membacanya. Bukan cikgu je main peranan di sekolah, ibunya pun sama mengajar Najiha membaca di rumah.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Tengok yuran tu boleh beli Samsung Galaxy Tab seketul ;). Sekarang ni mak pak mesti nak yang terbaik untuk anak-anak. Bagi yang lebih berkemampuan ada yang menghantar anak-anak ke Tadika Genius Aulad, Tadika Brainny Bunch atau tadika Montessori. Banyak pilihan, terpulang kepada kemampuan poket mak pak itu sendiri.

Masa daftar tu jugak, tanjat boboi sebab yuran bulanan tadika Lil Caliphs untuk tahun depan telah meningkat sebanyak RM20 kepada RM230 sebulan. Kalau campur transport RM40 dah jadi RM270. Fuihhhhh, gaji naik tak seberapa lepas tu semua harga segala benda naik juga ye.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Ini pula buku kerja Najwa untuk Darjah 2. Total semua ni lebih kurang RM67 macam tu. Cuma tshirt sukan belum ada lagi sebab sudah kehabisan stok. Kenelah pegi lagi minggu depan ni. Anak-anak tidak sabar nak memulakan persekolahan dengan barangan serba baru, baju lama pun masih pakai lagi, bukan apa nak bagi semangat diorang pegi sekolah.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Photobucket Pictures, Images and Photos

Ini antara stationeries untuk anak-anak. Colour faber castle tu 24 batang hanya RM8.50 di Econsave, yang lain-lain tu memang saya suka buat stok sebab paham-paham jelah bebudak ni macam biskut, kejap ada kejap takde. At least ada simpanan di rumah, tapi ni kene sorok kalau tak kejap je habis ;).

13 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge