Gambar Terkini Anak Sherie Merlis Dan Ash

KALI terakhir pelakon Sherie Merlis melalui pengalaman melahirkan bayi adalah 19 tahun lalu, sewaktu menyambut kehadiran Harris Daniel, anak keduanya bersama bekas suami Esma Daniel, selain anak sulung, Habib Daniel, 20.

Selepas melangsungkan perkahwinan dengan Ash, penyanyi kumpulan Gabba Gabba, awal tahun lalu, sekali lagi Sherie, 42, melalui fasa yang sama.

Kehadiran Tengku Kaseh Anaquah yang lahir pada 28 Ogos yang lepas merupakan pengikat dan penyambung kasih sayang antara Sherie dengan Ash atau Tengku Shafiz-Rullah As Syafiee Tengku Mohd. Shahidd, 29 itu turut dialu-alukan oleh dua orang abangnya.

Cerita Sherie, pernah sekali sewaktu tersedar di tengah malam, tiba-tiba Kaseh tidak ada di sampingnya.

“Panik juga saya waktu itu kerana tengok Kaseh tak ada. Bila saya turun ke ruang tamu, lihat dia tidur nyenyak sahaja sambil diapit oleh abang-abangnya.

“Saya tahu mereka begitu teruja dapat adik, tambah pula adik perempuan. Lepas ini saya tidak perlu bersusah-susah sebab sudah ada tiga orang pengawal Kaseh, termasuk suami yang memang suka dengan kehadiran Kaseh,” ceritanya tersenyum.

4 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge