Menempah baju kurung peplum untuk anak-anak

23.5.2013 | 10:00

Bayangkan Najiha yang gebu ni pakai peplum!!! Heheheh mesti comel kan!! Saya teringin nak tengok diorang ni bergaya sakan raya tahun ni. Dengan kegilaan tahap gaban pada kain cotton, saya belikan 2 pasang untuk Najwa and Najiha. Biasanya memang saya suka mereka pakai baju kurung dengan corak dan warna yang sama sedondon. Almaklumlah sepasang kain tu 4 meter jadinya cukup untuk baju kurung mereka berdua sepasang seorang.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Bila dah pakai baju sama color dan corak, ramai yang tanya kembar ke? Lagipun diorang ni beza setahun lebih je umurnya, memang orang akan ingat diorang ni kembar. Huhu terus teringat masa nak besarkan mereka, yelah rapat-rapat lahirnya, memang jerih sikit nak menjaga tu, bila dah besar elok je ada kawan nak bermain kan hihihi seronok pun ada.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Photobucket Pictures, Images and Photos

Sementara tempahan untuk hari raya masih dibuka, saya tidak berlengah membawa anak-anak untuk ke kedai jahit yang biasa saya kunjungi. Upah untuk jahit baju kurung peplum kanak-kanak ialah RM40, manakala baju kurung adalah RM30. Emm boleh tahan juga ye upahnya, rugi rasanya tak pandai menjahit. Nak pulak saya dan anak-anak memang suka berbaju kurung. Upahnya sahaja dah boleh dapat sehelai kain pasang. Kalau ikutkan macam senang je nak belajar jahit baju kurung tapi biasalah urat malas bersimpul hehehe.

Kepada yang ingin tahu dan belajar cara untuk menjahit baju kurung, anda boleh mendapatkan caranya di Panduan Jahit Baju Kurung. Langkah yang ditunjukkan memang mudah difahami dan anda boleh menambah pendapatan sampingan juga tau!! Setiap langkah seperti mengambil ukuran baju, melukis pola dan memotong kain akan diajar secara terperinci sekali.

So dah settle tempahan untuk baju raya anak-anak perempuanku, baju saya dan suami beli siap sudahlah. Lagipun hadiah dress Maybelline kan ada hihihi. Suami dan si Adam of course beli ready made cap Jalan TAR or PAS Shah Alam.

Tidak lupa anda boleh mencuci mata di Butik Alianajiha yang sentiasa di kemaskini dengan stok-stok baru. Seperti biasa penghantaran pos laju adalah percuma ke seluruh Malaysia ;). Selamat membeli belah!!!

13 comments


  1. IntaNBerliaN
    May 23, 2013 | 10:15 AM
    Reply

    wah, beraya sakan la anak dara 2 org ni thn ni.. baju peplum lagi.. mesti comel! :-)
    IntaNBerliaN recently posted..Alisha & kameraMy Profile


  2. lizz
    May 23, 2013 | 10:31 AM
    Reply

    qaysara pun ingat nak tempah jugak…kalo sempat kalau tak beli siap jerla…
    lizz recently posted..segalanya tentang sayaMy Profile


  3. kakngah
    May 23, 2013 | 10:41 AM
    Reply

    aku yg jahit merapu2 ni pun ramai duk tny nk tempah peplum. mak tak mampu nak.. parkinson tgn mak buat peplum kehkehkeh!!
    kakngah recently posted..DIY – Reversible DressMy Profile


  4. BUI JUNAIDI
    May 23, 2013 | 1:14 PM
    Reply

    MURAH SANGAT UPAHNYA TU AJU
    KALAU DI KUCHING NI UPAH BUAT BAJU KURUNG BUDAK SEKITAR RM90
    TP ITU KALAU DI KEDAI,KALAU UPAH DENGAN ORANG DALAM RM50..
    BUI JUNAIDI recently posted..Kami Sudah Putus HubunganMy Profile


  5. Mp
    May 23, 2013 | 1:37 PM
    Reply

    Betulkan Aju..untung kalau pandai jahit baju sendiri..jimat blnja..tapi akak pun sama ngan Aju..urat malas tersimpul..kiih kih kih…
    Mp recently posted..Stok utk setahun…..My Profile


  6. hafiz
    May 23, 2013 | 3:13 PM
    Reply

    belajar sendiri Ju, nanti boleh buatkan anak..
    hafiz recently posted..Mee HailamMy Profile


  7. adianiez AIDA
    May 24, 2013 | 3:54 PM
    Reply

    hai. aida kemas bloglist. patut la blog lama ajumohit tak naik-naik, rupa nyer da tukar ke tempat lain… sib baik aida rajin ari ni klik kat blog2 yg tak ber update. i follow u sini la :-)
    adianiez AIDA recently posted..IZZAT TIDO LENA TAK?My Profile


  8. Izzuddin Fauzi
    May 24, 2013 | 4:22 PM
    Reply

    Sy tak ada lah menempah-nempah… Tak sompat lai… Beli dekat PAS Shah Alam je akhirnye…
    Izzuddin Fauzi recently posted..Abaikan DiGi WWWOW AwardMy Profile


  9. Qashmere
    May 25, 2013 | 12:04 PM
    Reply

    Hi Aju..

    Sekarang ni memang trend peplum kan. Saya pon dah tempah baju peplum untuk anak kecil saya…
    Qashmere recently posted..Say NO To FIVIOMy Profile


  10. Hafizul
    May 27, 2013 | 8:51 AM
    Reply

    Emm awal buat baju raya..hehe


  11. suri
    May 27, 2013 | 10:36 AM
    Reply

    sy buat sendri alahai untung ada rn lebih blh htr kedai …
    suri recently posted..Semacam Aku Tidak Boleh Fokus Pada Blog Lagi..My Profile


  12. ema
    May 27, 2013 | 4:35 PM
    Reply

    ema tak risau sebab MIL tukang jahit…hehehe


  13. Zida
    May 28, 2013 | 4:22 PM
    Reply

    amboi amboi adik-adik ni. memang bergaya habislah depa raya nanti! tak sabar nak tengok hasilnya ;)

    ps.mungkin mak diorang ni boleh buat satu peplum jugak? hehe
    Zida recently posted..Ringan Di Mulut, Berat Di TimbanganMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*



You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge