Borang Permohonan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

20.4.2013 | 09:00

Berita baik untuk semua penjawat awam. Hmmm penjawat badan berkanun teringin jugeee.

Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) sebagai satu usaha terbaru kerajaan membantu penjawat awam membeli kediaman mampu milik yang bermutu.

Perdana Menteri berkata pada peringkat permulaan, 10,336 unit rumah mampu milik akan dibina menerusi projek PPA1M di Putrajaya pada harga antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai dari 1,000 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi.
Fasa pertama di Presint 11 dan Presint 17 dijangka siap dalam tempoh 18 bulan berbanding 36 bulan yang ditetapkan sebelum ini supaya pembeli tidak perlu menunggu terlalu lama.

Photobucket Pictures, Images and Photos

“Kakitangan awam hanya perlu membayar minimum RM2,000 sebagai deposit dan mula membuat bayaran apabila mula mendiaminya. Pembeli akan ditentukan menerusi cabutan undi di kalangan mereka yang layak supaya proses pengagihan dilakukan secara adil.

Undian pusingan kedua

“Kalau tidak berjaya kali pertama kita akan adakan undian pusingan kedua supaya tiada yang terkecuali, khususnya kakitangan awam yang sangat memerlukan rumah bermutu dengan harga mampu dimiliki,” katanya.

Serentak pengumuman itu, projek PPA1M di Putrajaya dimulakan dengan cadangan pembangunan 1,000 unit rumah di Presint 17 dan 256 unit di Presint 11, yang dibuka untuk jualan kepada semua kakitangan awam dan badan berkanun.

Majlis pecah tanah di Presint 17 dihadiri lebih 2,000 penjawat awam. PPA1M adalah inisiatif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik khusus untuk penjawat awam di bandar utama seperti Putrajaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Baharu.

Kerjasama awam-swasta

Projek perintis PP1M di Putrajaya itu dibangunkan menerusi kerjasama awam-swasta membabitkan SP Setia Bhd, Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd atas tanah milik kerajaan yang membolehkan kos pembangunan dikurangkan sehingga 10 peratus, sekali gus mengurangkan harga rumah.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat, berkata mereka yang berminat boleh mengisi borang PPA1M yang boleh dimuat turun daripada laman web PPj di www.ppj.gov.my atau mengambilnya di kaunter PPj.

Borang boleh di download di link ini

http://www.ppj.gov.my/cpnavigation/general/PPA1M.pdf

Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke kaunter PPA1M di kompleks PPj, sebelum jam 5 petang 9 Mei ini.

11 comments


  1. Oneblogsocial
    April 20, 2013 | 11:01 AM
    Reply

    Pemohon harus berada di dalam bandar ka?Kalau tinggal sabah macam saya ini masih bolehkah memohon?
    Oneblogsocial recently posted..10 Blog Akan Saya ReviewMy Profile


  2. Sumijelly
    April 20, 2013 | 1:09 PM
    Reply

    Nak apply juga… dpt x dpt belakang kira kan…

    Ambil pekuang mana yg dtg..memandangkan rumah sekarang mahal
    Sumijelly recently posted..7 hari percuma bersama HYPPTVMy Profile


  3. Wan Mohd Hafiz
    April 20, 2013 | 6:26 PM
    Reply

    Untunglah penjawat awam. Ambil lah peluang yang ada depan mata ni.
    Wan Mohd Hafiz recently posted..Harga Rasmi Samsung Galaxy S4 (GT-I9500) di Malaysia Adalah RM2199My Profile


  4. papa mifz
    April 20, 2013 | 6:45 PM
    Reply

    pada yang layak harus tidak lepaskan peluang baik nih…
    papa mifz recently posted..Mandi Manda Pada Usia 2 tahun 6 bulanMy Profile


  5. Myra Jay
    April 21, 2013 | 10:04 AM
    Reply

    Menarik ni, bila nak launch kat Penang ;)
    Myra Jay recently posted..Seminar Buat Duit dengan BlogMy Profile


  6. Hazmin Hamudin
    April 21, 2013 | 11:31 AM
    Reply

    Kakitangan badan berkanun macam saya pun nak jugak.. Hehe… Tapi dengar diutamankan untuk yang bekerja di sana je.
    Hazmin Hamudin recently posted..Gambar Dan Video Kemalangan Maut Di Federal HighwayMy Profile


  7. hatiputera
    April 22, 2013 | 7:31 AM
    Reply

    Banyak betul kemudahan yang disediakan untuk penjawat awam
    hatiputera recently posted..Samsung Galaxy S4 Di MalaysiaMy Profile


  8. Fiza Rahman
    April 22, 2013 | 9:29 AM
    Reply

    Untungnya penjawat awam. Penjawat swasta tak boleh ker nak memohon? Kami pon nak juga ☺☺
    Fiza Rahman recently posted..MAGNUM!!!My Profile


  9. kak ieda
    April 22, 2013 | 11:38 AM
    Reply

    memang untung penjawat awam !
    jeless mak ;)
    kak ieda recently posted..SUASANA PRU 13 : KREATIVITI RAKYAT YG TERBAIKMy Profile


  10. BeritaKaki
    April 23, 2013 | 4:17 PM
    Reply

    peluang yg baik ni ..hehe.. :)
    BeritaKaki recently posted..HotKaki : Pelawak Wanita Ini Tidak Mahu AnakMy Profile


  11. Ibu Mifzal Arsyad
    April 24, 2013 | 9:16 AM
    Reply

    untung la staff kt putrajaya.

    kami yang jauh ni terpaksa la cari option lain..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*



You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge