Nak Menang RM45,000? Jom Kibar Jalur Gemilang!!

29.7.2012 | 06:10

20120729-061640.jpg

Korang mesti teruja tengok nilai hadiah tu kan? Sekarang ni Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menganjurkan Pertandingan Keceriaan Merdeka 2012 bersempena sambutan kemerdekaan negara pada tahun ini.

Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Malaysia melalui satu kenyataan media memberitahu, pertandingan Keceriaan Merdeka 2012 terbahagi kepada lapan kategori.

“Kategori terbabit adalah Bangunan Kerajaan dan Swasta, Kampung, Sekolah, Taman Perumahan, Individu, Pintu Gerbang dan Anjung Komuniti 1Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, penilaian pemenang akan dibuat berdasarkan kepada tiga kriteria utama iaitu aspek kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah.

Antaranya termasuk kepelbagaian hiasan dan reka letak bendera, membuat bendera menggunakan flora dan bahan terpakai serta paparan lukisan, grafiti, pantun atau slogan yang menterjemahkan tema Hari Kemerdekaan.

Jelas kenyataan itu, borang penyertaan boleh diperolehi secara dalam talian di laman web www.penerangan.gov.my atau di semua pejabat Jabatan Penerangan Daerah berhampiran.

Setiap penyertaan perlu dihantar ke pejabat Jabatan Penerangan Daerah yang berhampiran atau di alamat Urusetia Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2012 Jabatan Penerangan Malaysia Aras 11, Kompleks KPKK, No.49, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Tambah kenyataan itu, tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos ini dan hadiah keseluruhan yang ditawarkan kepada para pemenang berupa wang tunai sebanyak RM45,000.

Kata kenyataan itu, pertanyaan lanjut boleh menghubungi Urusetia Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2012 di talian 03-8911 7306/7325 atau melalui e-mel di merdekapkpm@inform.gov.my.

1 comment


  1. kakcik
    July 29, 2012 | 6:33 AM
    Reply

    Sampai terpaksa sediakan hadiah untuk menggalakkan pengibaran jalur gemilang…
    kakcik recently posted..Doa Hari Kesembilan RamadhanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*



You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge