Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia [BL1M]

15.1.2013 | 22:00

Sejumlah 500 ribu belia bakal menikmati harga rendah dalam permohonan baru lesen motosikal kelas B2 di bawah insentif Bantuan Lesen 1Malaysia, BL1M. Semoga dengan bantuan ini akan memanfaatkan mereka yang memerlukan.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Objektif BL1M

• Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
• Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
• Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
• Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
• Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.

Syarat Kelayakan

• Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
• Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
• Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
• Sihat tubuh badan
• Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
• Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
• Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
• Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ

Cara Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia

1. Untuk membuat permohonan, sila dapatkan borang dengan klik pada laman dibawah:

http://www.bl1m.my/daftaronline.html atau http://www.bl1m.my/download/Form%20BL1M%20FA.pdf

(Borang BL1M Online) atau
http://www.bl1m.my/

2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.

3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya.

12 comments


  1. umialya
    January 16, 2013 | 5:21 AM
    Reply

    ambil lesen ntuk anak masa cuti sekolah RM450, rugi sapa yg xmo mohon..
    umialya recently posted..nak kata apa erk..My Profile


  2. kak ieda
    January 16, 2013 | 9:14 AM
    Reply

    hurmmm malas nak komen ekekek aci !
    kak ieda recently posted..RABU TANPA KATA : ZAHRIEN OH ZAHRIENMy Profile


  3. syaifuddin alias
    January 16, 2013 | 10:50 AM
    Reply

    adakah ini salah satu cara untuk …. meraih….. tak nak teruskan..haha
    baik jugak skim ni :3
    syaifuddin alias recently posted..10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile


  4. hairulafiz
    January 16, 2013 | 2:59 PM
    Reply

    senang skrg kan so jgn lepaskan peluang…
    hairulafiz recently posted..Wordless Wednesday # 12 : My Lovely HerosMy Profile


  5. nazra
    January 19, 2013 | 11:26 AM
    Reply

    haaaaaaaaaaaaa alhamdulillah jumpa. dok cari ni tapi kt fb cuma jumpa gambar ja. kat sini ada details. fuh! :D
    nazra recently posted..Tiada ekstrak babi dalam produk Shaklee!My Profile


  6. eca
    January 28, 2013 | 11:07 AM
    Reply

    ape ni , nk daftar secara online ta bleh . ble tekan daftar online benda lain yang kluar, tak ade pon borang nye , kite beriya2 nak ambil lesen. tp buat kite mcm ni plak ,


  7. rosnamilah
    January 31, 2013 | 3:47 PM
    Reply

    Cam mana pula bagi warganegara malaysia yg berumur 41 th keatas tiada apax keistimewaan ke?


  8. azri kamarudin
    February 2, 2013 | 10:48 PM
    Reply

    Btuah anak2 muda Malaysia rezeki dtg brgolek….INI LAH KERAJAAN BN..Terbaik…
    Lepaaas pru 13 lum tau..


  9. Joe
    February 7, 2013 | 11:12 AM
    Reply

    Dh rgister online tgh tggu jwpn klau blh cpat skit.TQ


  10. aboydayah
    February 20, 2013 | 9:20 PM
    Reply

    Bru je nx mhon br1m…..mnx2 dpt laa…


  11. Mohd rizdwan
    February 27, 2013 | 2:31 PM
    Reply

    Saya dh dftar.. Byar… Tp pabila semak online pengesahan penerimaan yuran rm199.00 blum lg d trima… Apa ni…dh 2 hari sya semak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*



You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge