Sinopsis Takdir Qismah Slot Azalea TV3
Drama terbaru untuk Slot Azalea terbaru Takdir Qismah telah menemui peminat drama pada 16 Julai. Para pelakon yang menjayakan drama ini ialah Lisadawati, Lana Nordin, Lynda Roslan, Aida Aris, Zul handy Black, Arash Mohamad, Adik Aqish, Alex Yanz dan ramai lagi.
Drama 24 epsiod ini terbitan MIG Production. Saksikan kisah penderitaan dan pengorbanan seorang wanita.
Lisdawati memegang watak Qismah, Lana Nordin sebagai Rosmah seorang wanita yang teraniya dan dipaksa menjadi pelacur.
Sinopsis Takdir Qismah
Qismah disahkan mengandung, ibu Qismah terkejut apabila mengetahui qismah mengandung dan meninggal dunia kerana diserang angin ahmar. Kekasih Qismah Amir entah ke mana menghilang, Qismah harungi penderitaan seorang diri. Anak yang dilahirkan dijaga oleh keluarga angkat.
Dia hidup daif dan putus asa, manakala di tempat kerja dia sering diganggu oleh penyelianya. Setelah beberapa lama Qismah memulakan hidup baru dan bekerja di rumah keluarga Tuan Rashid dan Puan Ella.
Di rumah Puan Ella Qismah menjaga anak Puan ella yang sebaya dengan anaknya dulu. Semakin hari semakin dia sayang Anis dan akhirnya Qismah percaya Anis adalah anak kandungnya kerana terdapat tanda lahir di badan Anis menyerupai tanda di badan anaknya.
Bagaimanakah kesudahan cerita ini, saksikan di tv3 petang ni jam 4.

‹ Semakan Online Kursus Induksi SSM 2012 Sinopsis Drama Kau Yang Terindah | Slot Akasia TV3 ›









copy yer kak
minta izin 

pengumpul lirik lagu recently posted..Sinopsis Takdir Qismah – Slot Azalea TV3
Mcm best jer drama ni
Yg pakai tudung tu cantek la.
Sapa ekkk
LadyAyu recently posted..♥ Ramadhan Yang Terindah ♥
lynda roslan tu..model tudung radiusite tak silap..hehe
wah menarik
)
dah lama x tgk lisdawati berlakon
bestla muka baru blog aju…mahal tak nak buat camni??
nafisa81 recently posted..Cikgu Rania 2 (Siri 3): Hati yang terluka!