Tarikh Pembayaran BR1M 2.0

24.12.2012 | 23:40

Sedikit info tentang pembayaran BR1M 2.0. Masih ada masa lagi untuk mendaftarkan permohonan anda. Sila rujuk di link ini untuk mendapatkan borang permohonan BR1M 2.0.

Kepada yang sudah berdaftar, anda boleh menyemak status permohonan anda dengan cara menghubungi talian hotline ini 1-800-222-500 dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), 1-300-88-3010.

Pemohon juga boleh menyemak status permohonan tersebut dengan menghantar pertanyaan ke email ini br1m2@treasury.gov.my.

Mengikut akhbar hari ini, pembayaran BR1M akan dibuat pada Januari 2013. Manakala tarikh akhir menghantar permohonan pula pada 31 Disember 2012. Kepada yang layak cepat-cepatlah memohon.

Photobucket Pictures, Images and Photos

    Kuala Lumpur: Tiada sebarang keputusan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang tamat 31 Disember ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

    Justeru, katanya, mereka yang layak diingatkan supaya tidak bertangguh untuk mendaftar segera berikutan proses pembayaran BR1M dijangka bermula bulan depan.

    Beliau berkata, mereka yang sudah menerima BR1M sebelum ini walaupun tidak perlu mendaftar semula, perlu mengemas kini maklumat jika ada sebarang perubahan seperti pertukaran alamat.

    “Buat masa ini, tarikh tutup pendaftaran kekal akhir tahun ini. Pembayaran BR1M akan dilakukan secara berperingkat mulai Januari 2013. Jika boleh, kita menyasarkan proses pembayaran itu selesai pada Februari depan,” katanya kepada BH, semalam.

9 comments


  1. titan
    December 25, 2012 | 1:11 AM
    Reply

    ha..siapa yang kena bayar..sila bayar ye..
    titan recently posted..Pemidato yang menghargai masa.My Profile


  2. Kujie
    December 25, 2012 | 2:21 PM
    Reply

    tak layak……….. rezeki orang lain.
    Kujie recently posted..4 Perkara Asas Perlu Diketahui Oleh BloggerMy Profile


  3. hairulafiz
    December 26, 2012 | 12:00 AM
    Reply

    cepat jugak ye dapat BR1M 2.0 ni yek
    hairulafiz recently posted..2012 Tahunku Yang KacakMy Profile


  4. Ibu Mifzal Arsyad
    December 26, 2012 | 8:31 AM
    Reply

    x layak mohon..huhu..nsb baik nnt dapat baucer buku..leh la shopping buku n stationery nnt :D
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Drama Adam & Hawa Episod 69 – 72My Profile

  5. [...] Cara Semak BR1M 2.0 [...]


    • salbiah binti salbani
      February 13, 2013 | 12:21 PM
      Reply

      Saya nak tahu saya layak atau tak…sebab surat tak dapat2 lagi


    • ahmad bin abdullah
      April 18, 2013 | 1:33 PM
      Reply

      sye nak tahu nama sye layak atau tidak..???


  6. HERMAN BIN HAINDANG
    February 27, 2013 | 4:20 PM
    Reply

    kenapa emak saya dikatakan tidak layak mendapatkan br1m 2.0, sedangkan yang pertama kali br1m keluar dia layak.Alasan yang di bagi oleh LHDN sebab dia sudah kahwin. sedangkan emak saya itu tergolong warga emas sebab bapak saya telah lama meninggal tahun 2010 dan sampai sekarang belum kahwin2 lagi.status emak saya sekarang balu warganegara malaysia……………
    apa kes nya??????????


  7. ahmad bin abdullah
    April 18, 2013 | 1:21 PM
    Reply

    sye tak tahu ada sama sye layak atau tidak?sye bru dpt surat Br1m bewarna biru (PESANAN IKHLAS DARI PERDANA MENTERI)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*



You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge