Gandingan Aaron Aziz Dan Rozita Che Wan pulak

DUA wajah popular ini tidak pernah digandingkan dalam fotografi, drama atau filem sebelum ini. Awalnya, hero popular, Aaron Aziz dan pelakon seksi, Rozita Che Wan malu-malu, maklumlah kali pertama bertentang mata. Tapi, lama kelamaan mereka nampak serasi dan selesa bekerjasama.

Seorang berstatus suami orang, seorang lagi berstatus ibu tunggal. Siapa kata, status suami atau ibu tunggal, tidak mampu pergi jauh dalam dunia persada seni tanah air?

Nyata, Aaron dan Rozita dapat membuktikan, status bukan halangan untuk popular. Aaron, finalis Pelakon Lelaki TV Popular dan Pelakon Lelaki Filem Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, manakala Rozita dipilih kelompok lima popular dalam kategori Pelakon Wanita TV Popular. Aaron juga antara artis yang diramal bakal diangkat sebagai Bintang Paling Popular, ABPBH 2011.

INFO: Aaron
NAMA: Aaron Mustapha Aziz
USIA: 36 Tahun
TARIKH LAHIR: 23 Februari 1976
ASAL: Singapura
ISTERI: Diyana Halik
ANAK: Danish Anaqi, 8, Dewi Ariana, 6, dan Dahlia Arissa, 2.
ANTARA DRAMA: Sumaiyah, Emil Emelda, Janji Diana, Sadiq & Co, Cinta Gila, Cinta Lelong, Rahsia Cinta dan Bulan Bertemu Matahari, Dilemma Wanita, Cahaya Kasih, Malam 7 Likur, Hana Hani Strawberi & Oh Ibu
ANTARA FILEM: Evolusi KL Drift 1 & 2, Shh… Dia Datang, Bohsia… Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, Datin Ghairah, Dua Alam, KL Gangster, Ombak Rindu, KL Gangster 2, Kerat 14 & Tyckooun.
PENCAPAIAN: Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Pesta Perdana Singapura dan Personaliti Paling Popular Singapura (2003, 2004, 2005).

INFO: Rozita
NAMA: Rozita Abu Bakar @ Che Wan
USIA: 39 Tahun
TARIKH LAHIR: 9 Mac 1971
ASAL: Alor Setar, Kedah
ANAK: Ammar Effendy, 16, & Aniq Ezzra, 14
FILEM: 4 Madu,
ANTARA DRAMA: Cinta Terhalang, Manjalara, Sesuci Cinta Sofia, Jelatang, Susuk 2, Anissa, Ayyad, Hati, Cerciter Cinta, Iparku Diva, Goyang Syafiq, Kiah Beraya Solo, Kiah Pekasam, Hilang, Dewi Di Sebalik Cermin, Sesuci Cinta Sofiya, Hati Yang Terpinggir, Bila Suami Jadi Suri, Pontianak Beraya di Kampung Batu.

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge