Sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013
January 28, 2013, ajumohit, blogging, , 26
Fiuuhhhhh selesai sudah Majlis yang buat saya senak perut 2/3 hari sebelum ianya berlangsung. Makan semestinya berselera, tidur lena dan mandi of course basah, biarpun hati dup dap dup dap namun saya gagahkan jua diri untuk ke sana. Banyak yang saya fikirkan, saya pergi ni seorang diri kalau dah berjumpa sesama blogger nak citer pasal apa? Maklumlah pertama kali pergi event macam ni. Saya memang pemalu!! Dalam dewan pun saya tak bergambar dengan blogger lain selain mereka yang berada satu meja dengan saya hihihi. Melampau kan, sombong ke saya? Haippp saya ok kan? Tanya si Nadot, blogger pertama yang saya jumpa sewaktu nak solat Zuhur.
Jangan kata saya nyorok dalam surau pulak tau hahahahaha. Saya sampai awal, jam 1 petang, so register pulak jam 2 petang, jadi dengan tidak membuang masa terus saya ke surau untuk mendirikan solat. Owhh lupa nak citer, sewaktu saya parked kereta, rupanya sebelah saya tu kereta Zarul Umbrella, dan sewaktu tu saya tengok dia, saya pikir, nak senyum ke tak? nak senyum ke tak? Mesti dia pun pelik tengok awat minah ni tengok dia semacam kan? Segannya nak tegur, walaupun suami tiada di sisi saya tetap menjaga tatasusila tau kekekekeke.
Kemudian sempat bersalaman dan berkenalan dengan blogger cik pjaz, kak ain dan Cik RA yang merupakan rakan sekerja ciklaili, mereka berdua ni luck sangat-sangat sebab dapat cabutan bertuah iaitu tudung dan ipad mini!!! Wahh rezeki kan!!!
Sewaktu majlis berlangsung, saya duduk semeja dengan blogger Ema, Mrsfiza, cikgu naman, Kak jie. Awesome!!! Kesemua mereka dapat hadiah cabutan bertuah except for me and ema. Tahniah korang!!! Semasa sedang mengambil makanan untuk memujuk sang perut yang kelaparan, sempat pulak menjeling ke arah blogger famous lain seperti shakiddo, eyriqazz, yuyu zulaikha, bicara mak dara, bro beautifulnara dan lain-lain. Hmmm memang takde peluang nak bergmbar sebabnya segan tahap gaban. Hahahha dan yang paling best sempat tegur seorang blogger kaki cendol ni iaitu si Titan. Pemalu pulak dia ni, ke saya yang terover? Hahahha
2 mini forum yang berlangsung banyak memanfaatkan semua pihak, tips yang dikongsikan oleh beautifulnara dan kak jie sememangnya menjadi pedoman yang ikutan terutamanya buat blogger seperti saya. Berblogging perlu tahu arah tujunya dan blog kita ini lebih menjurus kepada blog hiburan ke, kekeluargaan ke atau tentang kesihatan. Fokus itu penting, bak kata kak jie, kurangkan ber FB barulah ada masa untuk update blog dan banyakkan membaca untuk tambah ilmu di dada. Baca! Baca! Baca! (lebih kurang cenggitulah kata-katanya kalau salah minta betulkan, yang baca 3x tu saya yang tambah hehehe)
Oklah last sekali sempat jugak berkenalan dengan blogger fieza yang merupakan isteri kepada blogger hafizmohd.com. Hahahahha gelak dulu baru boleh cerita. Rupa-rupanya kami jiran taman bersebelahan di Sri Gombak. Tak sangka kecil sahaja dunia realiti dan alam maya ini. Ada masa boleh kita berjumpa, suami dan anak-anak rajin mengayuh basikal pagi-pagi weekend, kot-kotlah terserempak kan bolehla join skali
.
Hmmm itu sahaja laporan dari saya untuk kali ini. Tiada yang mengujakan selain menatap gambar-gambar sepanjang majlis ini, saya copy from Denaihati Network (minta izin ye tuan punya). Adiosss
gambar majlis sepetang bersama blogger

‹ Majlis Sepetang Bersama Blogger [SBB2013] Layan corner di Highway Karak ›
26 thoughts on “Sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013”
Leave a Reply Cancel reply
UserOnline
Sudah klik? TQ
10 Entri Panas Dari Oven
- Menempah baju kurung peplum untuk anak-anak
- Corat-coret Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013
- Harga Emas di Kuala Pilah RM129/G
- Bersua kita di Seminar Buat Duit Dengan Blog
- Hadiah Sempena Hari Guru 2013
- WW ~ Pemanggang Ajaib
- Sesi Bergambar Bersuka Hati
- Selamat Hari Ibu | Baju Kurung Saiz Besar
- Apabila si bujang rajin melipat kain
- Macam inilah si Adam kalau balik Pahang
10 Entri Yang Korang Suka
- Daftar Online Borang BR1M 2.0 (107873)
- Borang Rayuan BR1M 2.0 Online (19738)
- Permohonan PR1MA Perumahan Rakyat 1 Malaysia Online (19530)
- Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa Slot Akasia TV3 (17440)
- Dress Muslimah di Butik Najjah (9625)
- Semakan Daftar Pemilih (Pengundi) Secara Online Dan SMS (8412)
- Doa Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri (7787)
- Sinopsis Drama Ruby Slot Samarinda TV3 (7465)
- E-Rayuan Permohonan Sekolah Berasrama Penuh [SBP] 2013 (6413)
- Water World i-City Shah Alam sudah dibuka (6380)
Recent Comments
- Sara on Corat-coret Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013
- hafiz on Menempah baju kurung peplum untuk anak-anak
- dja@sishaza on Corat-coret Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013
- Mp on Menempah baju kurung peplum untuk anak-anak
- BUI JUNAIDI on Menempah baju kurung peplum untuk anak-anak
- Mp on Corat-coret Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013
- kakngah on Menempah baju kurung peplum untuk anak-anak












wowwwww bestnya..
umialya recently posted..Bantuan Pelajar RM100
wah, bestnya kak ju… gambar kakju mana

IntaNBerliaN recently posted..Mini Giveaway #11 : Tinggalkan link blog di entry ini sebelum pukul 12 tengah malam (28/01/2013)
akak duduk di tgh antara ema an mrsfiza
insya allah kalau ada majlis macam ni lagi bolehlah kita jumpa. mesti dah tak rasa malu2 kucing lagi kan..?
ciklaili.com recently posted..5 Blog Pilihan ciklaili.com (Part 3)
opss..baru perasan. rakan sekerja saya yang datang ke SBB ialah cikRA & kak Ain..
manis2 hensem2 gambar abang ensem..hihi
syaifuddin alias recently posted..Pilu Melihat Keadaan BroJejai Teratakarmo
Bestnye dapat jumpa ramai kawan blogger…

Samalah kita ni Aju..pemalu..kalau orang yg tak kenal mungkin cakap sombong..dalam blog jer banyak cakap ni..
lily @ MamaQistina recently posted..Random Photo From Instagram
kak jie baru balik dari Kuantan, cuba intai orang lain update..hihi
sebenarnya kak jie nak ckp hal lain, tp kelaut membebelnya
Kujie recently posted..#SBB2013 Bebel Si Kuda Belang
wah, bestnya aju pegi event camni….
event ni dijemput ke blh je nak pegi? kalau dijemput, mmg tak merasa la aanie nak pegi….huhuhu….
aanie recently posted..Sakit berganti-ganti
k.aju tetiba mghlg..trus balik ke? nak bergambar waktu hbis tu best skit berdiri..tgk2 dh tkde.. hbis plk lmbt smua dh kalut nak blik..tmsk kam..hehe
fiza recently posted..Hadiah dari SBB2013 | Iphone 5 dalam genggaman
best kat sana, blogger2 semuanya okay tak…
hairulafiz recently posted..Nasi Tomato
boleh.. boleh.. kadang2 kami pun pergi main kat padang fasa 5 tu.. hehe.. rumah kami dekat dgn padang fasa 4..
fiezaradzi recently posted..Gambar #sbb2013
bestnya aju n blogger lain..sy x dapat nak join sbb ada kelas..teringin gak sebenarnya..
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Tonton Online : Drama Sehangat Asmara Episod 4 – 6
Meriahnya. Teringin juga nak join event mcm ni tapi malu lah.
Fiza Rahman recently posted..Bro…Kenapa KURANG AJAR sangat???
bestnya! cabutan bertuah ipda mini. baru berangan =)
kadang2 kita ni, mmg jiran pun x kenal. hihihi
mama adam recently posted..Gaya Anak Bujang Study
KENAPA X AMBIL GMBR DGN BLOGGER FOFULAR AJU..SYGNYA..HEHE
BUI JUNAIDI recently posted..Gambar Nora Danish Dan Rayqal
Memang sangat pemalu tu kak Aju… saya tahu, saya heret akak ambik gambar dengan semua2 yang saya ambik gambar sekali…hehehe
Jumpa lagi, insyaAllah!

Nadot recently posted..3 Tahun Yang Seronok la Jugak
agaknya..ema balik awal tu yg tak bertuah…hehehe
ema recently posted..Happy Birthday Dear!!!!
wah..seronoknyer..
fieda recently posted..Hello kitty pulak
Koz pun pertama kali join event blogger ni..xpi mmg seronok sangat2 bertemu sesama blogger^^
kozumi_ro recently posted..Budak Nakal – Blogger Terkenal Malaysia
sronok baca.. tersusun je ayat. wat org xrasa nk skip baca..
sue pn pemalu, penyegan gak ni.. nasib baik hari majlis tu sue bz ngn tugas, so xde la rasa malu sgt.. hehe
suraya recently posted..Cubaan Kempiskan Perut – Wordless Wednesday
tak apelah yang penting bisa menyerap ilmu dari blogger-blogger top tersebut
munir ardi recently posted..Merekam jejak kesuksesan blogger top di #SBB2013 bagian 2
Tentunya banyak ilmu yang dikongsikan dalam Pertemuan Sepetang Bersama Blogger 2013 tersebut…
Melihat gambar-gambar kemeriahan SBB2013 memang menyenangkan dan akan lebih menyenangkan kalau bisa bergabung dalam acara tersebut
Sama la kita malu jg..Kalau semeja ok jg se geng…dia orang dah glamor banding akan..apapu n syukur alhamdulillah dapat mini iPad..in shaa Allah ada rezeki kita jumpa
[...] Sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 dari Blogger Ajumohit [...]
hahaha.. kenapa nak segan tu?hehehe
boni kacak recently posted..Berhenti Berblog Disebabkan #SBB2013