#DIY1 | Pokok Segar Sebagai Hiasan
Sesekali kita boleh membangkitkan keceriaan kediaman dengan menjadikan pokok-pokok segar sebagai salah satu hiasan. Apa yang penting, kita perlu pastikan pokok segar yang hendak diletakkan sebagai penyeri kediaman mestilah bersesuaian dan bertepatan. Pokok yang sesuai diletakkan di dalam rumah adalah seperti pokok yang kurang memerlukan cahaya matahari secara terus. Ini bagi memastikan pokok tersebut hidup tanpa ada pencahayaan yang cukup.
Ok korang tahu di ofis pun saya tanam pokok ini kan. Memang segar bugar walaupun sudah setahun usianya di dalam balang kaca ini. Dulu saya bela ikan laga, tapi ikan tersebut di jumpai mati kekeringan di lantai berdekatan workstation. Difahamkan ianya telah melompat keluar ketika semua orang bercuti. Ia melompat kerana lapar dan tempat ianya mati itu merupakan jalan laluan kami semua untuk ke PANTRY. Hehehe sedihhhhhh!!! Dia nak cari biskut kot, apapun saya dah tak bela ikan dah, saya takut kejadian sama berulang kembali.
Jadi selain di ofis, saya pun gunakan pokok yang sama sebagai hiasan di dapur rumah. Kebetulan saya ada beli pasu di Ikea. Hanya RM5 kot macam tu, saya pun dah lupa harga dia. Tapi tak mahal sebab kalau mahal saya tak beli kekeke. Kos saya hanyalah pasu tersebut sahaja, kerana pokok tu saya curi ambil di tepi koridor nak ke KL Sentral tu. Siapa familiar tempat ni, korang boleh serbu untuk dapatkan pokok ni secara percuma hahaha. Tapi tengok kiri kananlah nak ambik pokok ni, kot ada pak guard kat situ janganlah korang ambil kan.
Tapi saya selamba je ambil, ada saya kisahhh?? Hihi lagipun berlambak pokok kat tepi jalan tu, masa saya ambil tu ramai je lalu lalang kat situ, malu sebenarnya tapi lantaklah
, janji free!! Mudah kan tips deco DIY kita kali ini?? Selamat mendeco ye

‹ Semakan Tawaran Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013 Live Streaming Maharaja Lawak Mega Akhir 2012 ›












segar mata memandang hijau
dah lama x bercucuk tanam ni kak 

huda recently posted..Kisah 1 dan 2
rajin aju bertanam…sy ni kurang minat sket nak tanam2 pokok ni…tp berangan gak bila dah duk umah sendiri nnt..nak deco-deco gak la cam aju…hehe
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Blog Kembali Pulih?
RAJIN NYA AJU..KALAU BUI MATI KEKERINGAN LA POKOK2 TU..BUI RS TGN BUI NI JENIS PANAS SBB BILA TANAM BUNGA ATAU POKOK,CONFEM AKAN MATI..HUHU
BUI JUNAIDI recently posted..Aurat Lelaki Dan Wanita Dalam Islam
kena rajin tukar air dia kalau tak jadi tmpt nyamuk membiak ni…
hairulafiz recently posted..Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs ATM
mudah aje tipsnya… tapi, tetap memerlukan sedikit kerajinan… hihii
rajin!
mama adam recently posted..Lagu Kanak-Kanak : Mari Bersolat
bagus la ada gak hiasan dr x da langsung mcm saya..hehe
CikGu Ma recently posted..about me
Sejuk mata memandang. Mati ikan tu yer…sian.
Fiza Rahman recently posted..Selamat Berhujung Minggu!!!
suka sgt tengok…menghijau je…segar dan sihat mata…
wah3…dari dibiar bekas tu kosong baik tarok bunga kan..hihi
syaifuddin alias recently posted..Rahsia Trafik Blog Mencanak