dekorasi

Jalan-jalan cari lampu rumah

20130919-091605.jpg

Lampu kat rumah saya ni kalau diikutkan dan lebih 5 tahun kot. Sejak beli rumah ni dulu tahun 2006, memang tak pernah berganti langsung panelnya tu. Memang pakai jenis lampu yang bulat dan ada cover kat bahagian luar dia tu. Lepas tu suasana dia pun jadi suram jek, alah kalau tukar lampu tu je dah boleh nampak cerah tapi disebabkan saya memang nak merasa lampu baru, so pakat memujuk psikologi dengan suamiku ;).

20130919-091714.jpg

20130919-091615.jpg

20130919-091639.jpg

Tak sangka bila saya suarakan hasrat murni saya tu, suami pun bersetuju juga. Ehehehehe mudahnya kerja saya kali ini, so apa tunggu lagi? Keizinan dah dapat jadi jom kita terjah!!! Kat area Batu Caves ni memang banyak kedai lampu yang cantik-cantik, dan dah tentu-tentu harganya pun menarik. Takpelah namapun baru nak survey kan, tengok dulu design dan harga, kalau berkenan boleh rembat terus ;). So kami decide nak pergi kedai lampu yang dekat dengan Giant Batu Caves tu, kat situ memang banyak kedai lampu. Dari luar bukan main lip lap lip lap suasana kedai tu hihi.

20130919-091624.jpg

20130919-091630.jpg

Rambang mata saya ni, nasib baik tak juling ;). Korang cakap je nak design macamana, semua pun ada kat kedai lampu ni. Sampai saya pun tak tahu nak pilih yang mana satu dah kekekek. Ada yang berjuntai, petak, bulat, macam-macamlah. Tapi disebabkan saya nak lampu yang ready stok, jadi inilah pilihan kami dan harganya ialah RM280 untuk 1 set yang ada 5 kuntum bunga ;). Yang cantik-cantik tu takde stok di kedai, so kene pre-order dalam 2/3 hari stok sampai, suami kata pilih ready stock ajelah, oklah ;).

20130919-091646.jpg

20130919-091653.jpg

20130919-091700.jpg

So bila dah sampai rumah, kata excited kan, terus suami saya ambil tangga dan saya pula pasang lampu tu satu persatu. Baguih duk ada kan ;). Punyalah semangat kata ko!!! Terus rajin je memasing, anak-anak pun sama tengok mak paknya ralit nak pasang lampu baru ;). Syukurlah punya suami yang rajin dan bolehla nak buat wiring simple simple tu, so sweeetttt!! Hihihihi

Semangat! Semangat!!. Taraaaa!!!! Terang benderang rumah saya dengan lampu baru ni setelah 6 tahun bersuasana suram hehehe. Barulah semangat dan rajin nak buat kerja rumah ecececehehhhhh, rajin ke??? hehehhe at least rumah jadi ceria kan.

(2973)

Related Posts

19 Comments

  • Reply
    mamatisya
    September 19, 2013 at 11:00 AM

    semangat ye nk wat kj ngan lampu baru..hehe
    mamatisya recently posted..Bila rasa nk demam……My Profile

  • Reply
    Mimie
    September 19, 2013 at 11:16 AM

    saya memg xleh tgk lampu rumah yg cntik2//meroyan sy kak
    Mimie recently posted..Siapa nak buat part time job contact saya yeMy Profile

  • Reply
    Hazmin Hamudin
    September 19, 2013 at 12:02 PM

    Terus rajin buat kerja rumah ye kak. Hehe. Pencahayaan pun main peranan jugak ye. :p
    Hazmin Hamudin recently posted..SPAM Semakin Ganas MenyerangMy Profile

  • Reply
    mama maman aka yana
    September 19, 2013 at 12:16 PM

    cantik arrr

  • Reply
    nafisa81
    September 19, 2013 at 12:44 PM

    cantik…yg pasti pegi kedai lampu hendaklah ber2-2an…sekali hero-heroku terjah…awww,..pengsan mak nak ganti nak..
    nafisa81 recently posted..Pantang Jumpa PenMy Profile

  • Reply
    Hairul Azni
    September 19, 2013 at 12:52 PM

    Semangat untuk menulis blog pun makin bertambah la nampak gayanya ye?..hehe
    Hairul Azni recently posted..Berhibur Di Pantai Hiburan RompinMy Profile

  • Reply
    papa mifz
    September 19, 2013 at 1:56 PM

    biasanya kalau pergi kedai lampu sure leher jadi lenguh sebab asyik dok pandang ke atas jer…hehe
    papa mifz recently posted..Hari Ini Genap 35 BulanMy Profile

  • Reply
    hafizmd
    September 19, 2013 at 2:32 PM

    fuh! rasa macam sampai silaunya kat sini… =)

    terbaiklah…ni beli kat light zone tu ek?
    hafizmd recently posted..Ibu Tersalah Makan, Bayi Sakit Perut?My Profile

  • Reply
    suri
    September 19, 2013 at 3:44 PM

    wah berposing-posing mata nak melihatnya 🙂
    suri recently posted..Kasut SPAMy Profile

  • Reply
    ema
    September 19, 2013 at 4:49 PM

    wah..lampu baru….
    ema recently posted..CemasMy Profile

  • Reply
    Ibu Mifzal Arsyad
    September 20, 2013 at 8:45 AM

    lama nya x singgah sini..suka dgn layout blog aju..dulu sy guna layout ni jgk..

    seronoknya menghias rumah kan..cantik2 lampunya..
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Sudah Update iOS 7My Profile

  • Reply
    luqmanzakaria
    September 20, 2013 at 9:43 AM

    kalau pergi kedai lampu mesti pening kepala..byk sangat..haha
    luqmanzakaria recently posted..Review Produk: L’oreal Men Expert White Activ Anti Spot plus Oil Control Charcoal FoamMy Profile

  • Reply
    lizz
    September 20, 2013 at 10:52 AM

    waa pandai pujuk suami yek hehe…lawo tu lampunyer tu…gigih pasang sendiri tu..kalo saya memang upah orang dedua tak pandai bab masang ni…
    lizz recently posted..gelagat abang balik sekolahMy Profile

  • Reply
    hafiz
    September 20, 2013 at 6:08 PM

    Mesti nampak lagi terang…
    hafiz recently posted..Genap setahun berbloggingMy Profile

  • Reply
    ciklaili.com
    September 21, 2013 at 10:30 AM

    cantiknya lampu baru rumah Aju..
    ciklaili.com recently posted..Penambahbaikan Sistem e-Penyata Gaji Mulai September 2013My Profile

  • Reply
    Myra Jay
    September 23, 2013 at 12:10 PM

    Hheee, ada lampu baru semangat dia lain kan 🙂

    Tamabhan pula boleh pilih sendiri lampu lagi la teruja ;D
    Myra Jay recently posted..My Big Day 21 Sept 2013My Profile

  • Reply
    Hafizul
    September 23, 2013 at 4:00 PM

    Emm cantik gak ni..kalau beli letak rumah saya rasanya dialah paling menonjol sekali..hahaha
    Hafizul recently posted..Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan BloggingMy Profile

  • Reply
    Mp
    September 23, 2013 at 5:22 PM

    Cantik lampu tu…..semakin bersmngat buat kerja rumah ya….
    Mp recently posted..debaran makin terasa. ..My Profile

  • Reply
    Fiza Rahman
    September 26, 2013 at 11:47 AM

    Cantiklah lampu tu aju. Rasa mcm nak tukar lampu plak ☺☺
    Fiza Rahman recently posted..Selamat Hari Lahir QAHIRAH BT HUSAINI!!!My Profile

  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline