Istiadat Pertabalan Yang diPertuan Agung ke-14

PETALING JAYA: Upacara pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah selaku Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 pada Rabu sudah pastinya akan mencatat sejarah sebagai peristiwa bersejarah yang paling tinggi ditonton oleh orang ramai menerusi kaca televisyen.

Yang lebih menjadikan upacara itu unik ialah ia hanya berlaku sekali setiap lima tahun dan apa yang menjadikannya lebih istimewa ialah Tuanku Abdul Halim bakal ditabalkan untuk kali yang kedua selaku Yang di-Pertuan Agong.

Sejak sistem ketua negara ini diperkenalkan pada tahun 1957, inilah kali pertama, seorang sultan ditabalkan untuk kali yang kedua dalam sejarah negara ini.

Kali pertama Seri Paduka Tuanku Abdul Halim ditabalkan ialah pada tahun 1970 dan berkhidmat selama lima tahun sehingga 1975 selaku Yang di-Pertuan Agong yang kelima.

Esok (Rabu) Seri Paduka akan ditabalkan selaku Yang di-Pertuan Agong yang ke-14.

Upacara pertabalan kali ini juga bakal menyaksikannya berlangsung di Istana Negara yang baru dan adalah dijangkakan seramai 780 tetamu negara termasuk Raja-Raja Melayu akan menghadirinya.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge