♥ AjuMohit ♥

Blogging Untuk Suka-Suka

Layan corner di Highway Karak

Dah lama dah, dah lama dah suami pujuk saya naik motor dengannya. Bukan saya taknak, tapi takut dengan kelajuannya dan baru-baru ini kita dikhabarkan dengan 2 kemalangan melibatkan motorsikal berkuasa tinggi. Namapun berkuasa tinggi, mana maunya nak bawak slow-slow kan.

Saya kata saya tiada safety jacket, tiada kasut yang sesuai, nampak sangat macam orang menumpang di belakang. Tumpang nak balik kampung sebab tiket dah habis hihi. Suami kata takpe pakai jaketnya yang ada tu, ish alasan saya taknak naik motor kan, elok pulak jaket tu ngam dengan badan saya ish!!!

Alasan tak menjadik!! oklah kasut takde, suami kata pakai je dulu kasut kasual saya tu, hahahahah ha gelak besar Jah! Sah nampak sangat baru masuk dunia permotoran hehehe. Lantaklah orang nampak kasut saya tapi tak nampak muka kan? Hihi alasan itupun kurang relevan jugak.

Akhirnya tewas juga, dengan hati yang berat saya akur dengan kemahuan suami, ceh ayat macam drama ko!! Saya banyak berdoa, doa moga selamat perjalanan pergi dan balik. Anak-anak saya tinggalkan di rumah pengasuh. Ok ready, jacket ready! glove ok! Kasut lantaklah, korang pun tak nampak kasut saya kan? hihihihi dah kene crop!

Photobucket Pictures, Images and Photos

Jam 8:15 pagi bertolak, ish nak duduk macamana pulak atas motor ni, nampak tonggek sangat ke dari belakang? Aduyai renyah betul nak naik motor R1 ni Jah! Posisi kene betul, tonggek seadanya jangan main sedap je ko menonggek atas tu, bukan apa saya ni risau dengan sakit pinggang dan lenguhnya duk melawan angin kuat dari hadapan, hehehe jakun betul.

Ok masa untuk ride, sekali suami saya pulas minyak, terus saya mengucap Ya Allah berdesup peginya!! Haih ni baru 60-70km/jam. Keluar je kawasan rumah saya tu, terus laluannya masuk highway karak, rumah saya memang dekat sangat dengan highway. Tu dia!! Terus 100km/jam ke atas. Takut mula hilang, seronok layan corner mula datang.

Photobucket Pictures, Images and Photos

Dari Tol Gombak ok lagi langit cerah, setibanya di kawasan rehat Lipur Lentang, hujan baru sahaja reda namun masih ada rintik-rintik lagi, air je yang tak bergelombang :) . Ha waktu ni suami saya mula slow sikit, yelah jalan basah dan jalan licin kan, waktu ni lagi saya mengucap panjang berulang kali. Risaunya!!! Tapi mana boleh nak berborak dengan suami sebab enjin motor kan kuat ngalahkan enjin motorbot kan, so saya dendiam je kat belakang tu hehehe.

Alhamdulillah jam 8;45 pagi selamat tiba di Pekan Karak. Biasa kalau naik kereta 1 jam jugak nak sampai sini kan. Naik motor kejap jek rasanya. Makan nasi lemak hilangkan ketar kata kau, sudu tu gigil sebenarnya tapi control lah kan.

Hmmm seronok jugak naik superbike ni, tima laju layan corner cecah lutut tu yang best tu, tapi suami saya takdelah nak cecah lutut time saya kat belakang, mau kene jentik telinga ngan saya nanti :) . Anyway selepas makan, kitaorang berangkat pulang ke Gombak semula. Wahhh time ni saya dah pandai menonggek dah, hehehe takdelah lenguh ke apa. Dah boleh ikut rentak rider kata orang tu.

Seronok!!! Tapi kalau suami saya ajak ride lagi taknaklah kot, baiklah saya duduk di rumah layan anak-anak tengok Upin Ipin, kalau tak jantung saya tak berhenti berdegup kencang, sekencang desupan motor Yamaha tu jugak. Sekian..

,

21 thoughts on “Layan corner di Highway Karak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge