Legoland pertama Asia dibuka pada 15 September 2012

26.4.2012 | 11:45

Daku terbaca di Harian Metro yang Legoland pertama Asia akan dibuka bagi perniagaan pada 15 September.

Kalau korang nak tahu, taman tema berharga RM700 juta di kawasan seluas 76 ekar di Iskandar Malaysia, Johor itu kini sudah 75 peratus siap.

Legoland Malaysia di sini merupakan taman tema Legoland keenam di dunia dan yang pertama di Asia.

Taman itu yang ditampilkan dengan tujuh tema khas iaitu ‘Lego kingdom’, ‘imagination’, ‘land of adventure’, ‘lego technic’, ‘the beginning’, ‘lego city’ dan ‘miniland’, direka khas bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak berusia dari dua hingga 12 tahun.

Hingga kini, lebih 35,000 pas tahunan telah dijual dan 60 peratus daripada pembelinya adalah warga Malaysia. Pas tahunan berharga RM195 bagi orang dewasa dan RM150 bagi kanak-kanak itu sah hingga akhir 2013.

“Tiket harian taman ini akan mula dijual dalam talian dalam bulan ini dengan harga tawaran pengenalan khas sebanyak RM96 bagi orang dewasa dan RM70 bagi kanak-kanak.

Tiket-tiket boleh didapati dalam talian melalui laman sesawang AirAsia RedTix dan Legoland Malaysia.

9 comments


  1. fieda
    April 27, 2012 | 12:24 AM
    Reply

    wah..bestnya..dh macam kat oversea plk.


  2. ~ yus ~
    April 27, 2012 | 12:32 AM
    Reply

    wah! pas ni tambah satu lagi tempat untuk pergi bercuti dengan anak2 kan aju…:)


  3. putri_roh
    April 27, 2012 | 12:37 AM
    Reply

    bleh la mula menyimpan utk ke sini pulak.. ekekekeke…. mende baru mesti sume berminat nak pegi… jgn harga mencabar kewibawaan sudah la.. huhu


  4. mama tisya
    April 27, 2012 | 1:04 AM
    Reply

    ada rezeki nk pegi gk nanti


  5. amiey lee
    April 27, 2012 | 1:08 AM
    Reply

    insyaAllah planning tuk hujung tahun ni nak ke sini….


  6. ieda
    April 27, 2012 | 1:15 AM
    Reply

    waa bestnyaa
    x sabar nak terjah .. ;)


  7. [sutera kasih]
    April 27, 2012 | 2:19 AM
    Reply

    bestnya legoland..mau pegi !


  8. mamaNoriz
    April 27, 2012 | 3:00 AM
    Reply

    mahal gile tiket masuk dia..

    kalah Universal Studios!


  9. Bui Junaidi
    April 27, 2012 | 4:09 AM
    Reply

    HA,AH..BETUL KATA MAMA NORIZ TU,MAHAL GILA TIKETNYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*



You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge