Minuman Pelangsing Ada Racun sibutramine | Sendayu Tinggi Mohon Maaf

KUALA LUMPUR 16 April – Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan hari ini merampas sebanyak 170,000 peket minuman pelangsing keluaran sebuah syarikat kosmetik terkenal bernilai RM500,000 dipercayai mempunyai racun berjadual yang diharamkan.

Pengarah Penguat Kuasa Farmasi kementerian itu, Mohd. Hatta Ahmad berkata, berdasarkan aduan daripada orang awam, pihaknya telah menjalankan siasatan dan kajian terhadap produk minuman tersebut sebelum ini.”Hasilnya, minuman pelangsing tersebut disahkan mempunyai sibutramine iaitu sejenis racun yang merbahaya dan telah diharamkan penggunaannya di seluruh dunia.

“Berikutan itu, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi hari ini bertindak menyerbu sebanyak 27 premis serentak di seluruh negara termasuk kilang dan ibu pejabat syarikat itu di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan merampas 170,000 peket minuman berkenaan yang mempunyai dua perisa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge