Panduan e-filing Cukai Pendapatan LHDN 2012

15.3.2012 | 12:18

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia telah mengumumkan pembukaan Sistem e-filing LHDN online untuk borang e-BE, e-B, e-M, e-P,dan e-E bagi tahun taksiran 2011 disediakan mulai 1 Mac 2012. Kini segalanya sudah berubah menjadi serba moden dengan adanya Sistem e-filing LHDN secara online.

Anda boleh membaca panduan e-filing LHDN cukai pendapatan di bawah:-

Panduan Lengkap e-filing Cukai Pendapatan LHDN Malaysia

Bagi pengguna sistem e-filing LHDN kali pertama, anda perlu membuat permohonan no.pin melalui e-mel ke pin@hasil.gov.mymenggunakan alamat email sendiri dan permohonan harus disertakan dengan:-

1. No. Rujukan Cukai Pendapatan
2. Alamat terkini
3. Salinan MyKad (muka depan dan belakang)
4. No telefon

Selain mendapatkan no.pin e-filing melalui online, pengguna kali pertama juga boleh hadir sendiri ke pejabat LHDN terdekat bagi mendapat nombor pin untuk akses sistem e filing LHDN Malaysia.

Bagi yang pernah melakukan e-filing, anda boleh menyediakan semua perkara yang disenaraikan di bawah:-

1. No. Rujukan Cukai Pendapatan & no.pin.
2. Penyata gaji daripada majikan cth. borang EA
3. Resit dan dokumen penting untuk mendapat pelepasan cukai.
4. Dokumen sokongan tidak perlu menghantar borang EA atau EC dan dokumen pelepasan cukai (cth. resit).
5. Dokumen sokongan harus disimpan selama 7 tahun bagi LHDN menyemak kebenaran tuntutan anda.

Selepas anda mendapat no.pin anda perlu melakukan segala arahan di bawah:-

1. Pilih kategori pembayar cukai samaada (cth. gaji atau peniaga)
2. Masuk ke laman web sistem e-filing LHDN
3. Pilih kelas (cth. Be-gaji / B-berniaga)
4. Masukan angka gaji bagi yang mengunakan kelas Be
5. Bagi kelas B pastikan penyata akaun untung rugi dan kunci kira-kira. Pastikan semakan oleh akauntan dibuat untuk mengelakan kesilapan.

Tarikh akhir penghantaran borang cukai pendapatan adalah pada 30 April 2012. Denda sebanyak RM200 akan dikenakan jika lewat. Anda juga boleh melawat ke hasil.gov.my.

4 comments


  1. umialya
    March 15, 2012 | 12:23 PM
    Reply

    Naperlah akak leh lupa, e-filing dah bleh start ek, tk tolong ingatkan akak


  2. Aleyn
    March 15, 2012 | 1:32 PM
    Reply

    Dah selamat submit…tak sabar nak tunggu refund


  3. Mama Ema
    March 16, 2012 | 12:32 AM
    Reply

    tak pernah register pun..huhuhu

    p/s : aju pun boleh join…trafik tu ramai yang tak lepas sebenarnya..tapi cubalah..


  4. IntaNBerliaN
    March 16, 2012 | 4:18 AM
    Reply

    saya baca je lah.. sekadar utk inform hubby blhlah ni :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*



You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge