Permohonan Tajaan JPA Tahun 2012 Lepasan SPM

Permohonan Tajaan JPA Tahun 2012 Kepada Pelajar Lepasan SPM 2011 Di Bawah Program Khas (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea). Permohonan ini dibuka mulai 16 April 2012 (Isnin) sehingga 22 April 2012 (Ahad).
Syarat Permohonan
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2011 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan PerkhidmatanAwam (JPA) bagi mengikuti pengajian di luar negara. Calon-calon yang berjayadipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan dikolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luarnegara.
Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonanseperti berikut:
I. Syarat-Syarat Umum
a) Warganegara Malaysia.
b) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2011; dan
c) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
Untuk syarat lanjut, sila baca di SYARAT PERMOHONAN JPA 2012 LEPAS SPM
Permohonan Tajaan JPA Lepas SPM
Permohonan program penajaan JPA menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang ‘Daftar’ di  Halaman Utama ePermohonan.
Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja (Single Sign-On) untuk setiap pemohon. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan.
Permohonan sila layati pautan  SISTEM PERMOHONAN TAJAAN JPA dan sila daftar terlebih dahulu untuk mendapatkan borang.
Panduan membuat Permohonan
Sebelum membuat sebarang permohonan sila baca panduan mohon JPA Online di  PANDUAN PERMOHONAN JPA 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge