Petua Hilangkan Bintik Hitam Di Muka

 Madu Lebah

Korang ada masalah bintik hitam di muka? Emmm daku terjumpa petua-petua untuk menghilangkan bintik hitam tersebut, setakat ni belum pernah try lagik, tapi madu yang beli kat Cameron Highland aritu ada lagik, pasni blehla mencuba kan

1. Ubat Gigi

Ubat gigi antara ‘ubat’ paling berkesan untuk menghentikan masalah bintik-bintik hitam. Caranya sapukan ubat gigi tersebut hanya pada kawasan bintik berkenaan. Kemudian biarkan sehingga ia kering. Lalu setelah ia dibiarkan kering kemudian cuci dengan air bersih.

2. Madu

Madu juga adalah penawar terbaik. Jika di amalkan secara harian ia akan memberi kesan yang sangat baik. Sapukan madu setiap pagi di bahagian yang berbintik hitam di wajah anda, kemudian biarkan sehingga kering kemudian dicuci bersih.

3. Susu Segar

Celupkan putik kapas ke dalam susu segar dan kemudian sapukan pada bahagian bintik hitam tersebut. Lakukan sebelum anda masuk tidur. Warna bintik – bintik berkenaan akan beransur hilang dan menjernihkan wajah sekaligus.

20 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge