Promosi Termurah Air Asia ke Jepun Dan Korea Sempena Musim Bunga

SHAH ALAM – Syarikat penerbangan tambang murah negara, AirAsia Bhd menawarkan tawaran hebat bagi penerbangan AirAsia X ke Korea dan Jepun sempena musim bunga dengan harga serendah RM399 sehala.
Tawaran itu dibuka untuk tempahan bermula hari ini sehingga 11 Mac bagi perjalanan pada 1 April sehingga 30 Jun 2012.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani berkata, tawaran hebat itu memberi peluang kepada pelancong untuk menikmati pengalaman musim bunga di Korea dan Jepun.

“Penumpang AirAsia X dari Jepun ke Korea juga boleh merebut peluang untuk meneruskan penerbangan menerusi rangkaian perjalanan AirAsia X bagi destinasi menarik seperti Thailand, Indonesia, China, Singapura, Vietnam dan Hong Kong.

“Selain itu, destinasi lain jarak jauh yang turut ditawarkan termasuk Perth dan Sydney, Australia ke Osaka, Jepun serendah AUD399 (RM1,288) dan dari Melbourne, Australia ke Tokyo serendah AUD469 (RM1,514),” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge